2007 MarsdenLR 358
HIGH COURT MALAYA, KUALA LUMPUR
SOUTHERN BANK BERHAD – Appellant
Versus
ANTHONY SURYASENA DE SILVA – Respondent
[Originating Summons No: S1-24-149-2006]
ALASAN PENGHAKIMAN LISAN
OLEH YANG ARIF HAKIM DATO' KANG HWEE GEE
(Oral Judgment delivered immediately after submission.)
This is my oral judgment (extempore) :
This is an application for an order for sale of a charge land by the plaintiff chargee under Section 256(3) (a) of the National Land Code, 1965 of which due notice under Form 16D had been served. The land was charged by the defendant to the plaintiff vide a Facility Agreement. The basis for the sale in this application is set out in the supporting affidavit of Henry Yee Hon Choon, Manager of the Credit Recovery Division of the plaintiff's bank as follows:-
1. Saya adalah Pengurus Bahagian Pemulihan Kredit ("Manager, Credit Recovery Division") Plaintif dan telah diberi kuasa untuk mendeposkan Afidavit ini bagi pihak Plaintif. Segala fakta-fakta yang dinyatakan di dalam ini adalah benar dan adalah dalam pengetahuan saya sendiri dan/atau dari penyemakan dokumen-dokumen yang ada dalam kawalan dan milikan saya dan yang aksesnya saya mempunyai, melainkan sebaliknya dinyatakan.
2. Pada semua masa yang material, Defendan yang dinamakan di atas adalah tuan punya berdaftar keseluruhan tanah di bawah No. Q.T. (R) 2526, L.O. No. PJ 632/59, Bandar Petaling Jaya, Daerah Kuala Lumpur, Negeri Selangor (selepas ini dirujuk sebagai "Hartanah tersebut").
3. Plaintif melalui Surat Tawaran bertarikh 9.11.1996 (selepas ini dirujuk sebagai "Surat Tawaran tersebut") telah meluluskan permohonan Defendan dan menawarkan dua Kemudahan Overdraf iaitu Kemudahan OD1 sebanyak RM700,000.00 (yang dicagarkan) dan Kemudahan OD2 sebanyak RM80,000.00 (bersih) kepada Defendan tersebut.
4. Sebagai balasan Defendan tersebut, Plaintif dan Defendan tersebut telah menandatangani satu Perjanjian Fasiliti bertarikh 7.1.1997 (selepas ini dirujuk sebagai "Perjanjian tersebut") dan Defendan tersebut telah menandatangani suatu Memorandum Gadaian yang didaftarkan pada 21.1.1997 (selepas ini dirujuk sebagai "Gadaian tersebut") atas Hartanah tersebut melalui Gadaian Perserahan 2456/97 Jilid 8 Folio 190 menggadaikan Hartanah tersebut kepada Plaintif sebagai cagaran bagi Kemudahan OD1 tersebut yang diberi oleh Plaintif.
Sesalinan Surat Tawaran tersebut, Perjanjian tersebut, Suratan Hakmilik dan Gadaian tersebut adalah dilampirkan bersama ini dan ditandakan secara kolektif sebagai Ekshibit "SBB-1".
5. Di antara terma-terma nyata Surat Tawaran tersebut, Gadaian tersebut dan Perjanjian tersebut adalah:-
a) Plaintif bersetuju memberi dan Defendan tersebut bersetuju meminjam jumlah prinsipal sebanyak RM700,000.00 sebagai Kemudahan Overdraf atas Hartanah tersebut (selepas ini dirujuk sebagai "Kemudahan OD1 tersebut") dengan faedah pada kadar 1.4% setahun ke atas Kadar Pinjaman Asas bank Plaintif (pada masa pemfailan Saman Pemula adalah pada kadar 6.25% setahun tetapi kini pada kadar 6.50% setahun bermula dari 1.3.2006) berdasarkan pada rehat harian;
b) Plaintif boleh menuntut supaya Defendan tersebut membayar kepada Plaintif semua wang yang pada masa itu terhutang oleh Defendan tersebut bersama-sama dengan faedah seterusnya;
c) sekiranya Defendan gagal untuk mematuhi tuntutan yang dibuat dan/atau memungkiri mana-mana terma Gadaian tersebut, jumlah pinjaman bersama faedah seterusnya serta semua caj-caj dan perbelanjaan yang dialami oleh Plaintif termasuk kos guaman atas dasar peguamcara dan anakguam akan dengan serta merta menjadi kena dibayar kepada Plaintif;
d) Gadaian tersebut memperuntukkan bahawa tempoh bagi Defendan untuk meremedikan kemungkiran dalam Notis Tuntutan Statutori (Borang 16D) mengikut Seksyen 254 Kanun Tanah Negara, 1965 adalah empat belas (14) hari menggantikan satu bulan; dan
e) Segala notis termasuk notis statutori akan dianggap sebagai telah disampaikan jika dihantar secara pos biasa ke alamat Defendan yang dinyatakan di dalam Gadaian tersebut atau alamat terakhir Defendan yang diketahui oleh Plaintif dan penyampaian dianggap sempurna selepas 3 hari dari tarikh notis tersebut diposkan atau dalam masa biasa yang diambil