2008 MarsdenLR 4673
AHMADI HAJI ASNAWI, J
MAHKAMAH TINGGI (MUAR)
HAU SWEW TUI - Appellant
Versus
KHOO HUAY CHONG CONSTRUCTION - Respondents
RAYUAN SIVIL NO 12-8 TAHUN 2006
Decided On : 06/24/2008
1. Perbezaan diantara Notis Kehadiran bersyarat dan kehadiran tanpa syarat tidak wujud dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980.Dengan itu Defendan/Responden boleh memasukkan permohonan dibawah Aturan 14 KMR ini pada bila-bila masa sebelum the return day to serve the Plaintiff a notice of appearance or a defence.
Dengan itu bantahan awal Plaintiff telah diketepikan dengan betul oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana,
2.Aturan 14 Kaedah 21(1)(a) KMR 1980 memperuntukan:-
(1) the court may at any stage of the proceedings order to be struck out or amended any pleading or the indorsement, of any summons or anything in any pleading or in the indorsement, on the ground that:-
(a) it discloses no reasonable cause of action or defence, as the case may be
3.Aturan 14 k. 21(1)(c) mestilah dibaca bersama dengan A. 14 k. 21(2) Kaedah Mahkamah Rendah yang memperuntukkan bahawa "No. evidence shall be admissible an application under paragraph 1 (a)". Dengan itu mahkamah must confine itself hanya kepada Writ dan Penyataan Tuntutan yang ada dihadapannya dan keterangan dari segi affidavit tidak dibenarkan untuk dipertimbangkan bagi samada membenarkan atau menolak permohonan dibawah Aturan 14 k. 21(1)(c) tersebut.
Otoriti
(i) Golden Century Development Sdn Bhd & Anor v. Ganhoe & Anor [1982] CLJ 106 (Rep); [1982] CLJ 536; [1983] 1 MLJ 86;
(ii) New Straits Times (M) Bhd v. Kumpulan Kertas Niaga Sdn Bhd [1995] 1 MLJ 225;
(iii) Ibrahim b. Mohamad v. Ketua Polis Daerah, Johor Bahru & Others [1996] 5 MLJ 15
4. Berpandukan kepada otoriti di atas, maka saya mendapati bahawa keterangan affidavit oleh Khoo Teck Lai yang diikrarkan pada 28.7.2005 seperti di muka surat 21 hingga 51 adalah di luar aturan. lanya tidak relevant bagi sesuatu permohonan dibawah Aturan 14 k. 21(1)(c) Kaedah Mahkamah Rendah. Dengan itu keterangan ini adalah satu keterangan yang inadmissible dan tidak wajar diberi pertimbangan, langsung.
5. Meaning of cause tindakan (cause of action).
6. Meneliti pleadings, pihak Plaintiff/Responden, hanya memplidkan:-
(i) Perayu/Plaintiff telah menjalankan sesuatu kerja
(ii) Bagaimana wang RM28,960.80 diperolehi.
(iii) Notis tuntutan bertarikh 16.6.2003 yang dikeluarkan oleh peguamcara Perayu/Plaintiff.
7. Persoalan yang berbangkit ialah:-
- adakah wujud satu perjanjian diantara Perayu dan Responden. Fakta bahawa Perayu pernah menjalankan kerja di atas tanah Responden tidak membuktikan terdapat satu perjanjian diantara mereka. Bila kontrak tersebut wujud/mula berkuatkuasa dan apakah scope of work yang sepatutnya dijalankan oleh Perayu dan bila kerja kontrak tersebut perlu dlsiapkan perlu ditunjukkan.
- Bagi tuntutan berdasarkan kemungkiran kontrak seperti dalam kes ini, fakta-fakta material menunjukkan kewujudan suatu kontrak dan kemungkiran terma-terma kontrak mesti diplidkan.
- Sekiranya terdapat perjanjian diantara Perayu dan Responded, maka terma-terma tersebut perlu dijelaskan dan adakah kerja-kerja yang dilakukan dan dituntut sekarang ini sebahagian daripada kontrak tersebut dan adakah kerja-kerja yang dilaksanakan bertepatan dengan terma-terma kontrak.
- Oleh kerana tuntutan pembayaran atas kerja-kerja yang dilaksanakan adalah intipati tuntutan Perayu, maka terma-terma kontrak tersebut mestilah diplidkan. Adakah pengiraan RM28,960.80 untuk kerja-kerja yang dilaksanakan merupakan terma-terma yang dipersetujui diantara Perayu dan Responden. Bila pula wang ini patut dibayar.
Dari pliding Perayu, mahkamah tidak dapat pastikan apakah kerja yang sepatutnya dilaksanakan oleh Perayu, berapakah harga yang dipersetujui dan bilakah wang ini seharusnya dibayar. Ini adalah material particulars yang perlu diplidkan.
Saya berpendapat tidak ada apa-apa salahnya bagi pihak Perayu untuk menyediakan pliding yang lebih terperinci yang boleh memberikan gambaran yang tepat akan tanggungan pihak-pihak yang bertransaksi dalam urusan tersebut.
Pliding Perayu tidak dapat menunjukkan terdapatnya suatu kontrak/perjanjian diantara Perayu dan Responden dan sesungguhny