2008 MarsdenLR 179
AHMADI HAJI ASNAWI, JC
MAHKAMAH TINGGI (MUAR)
PP - Appellant
Versus
ISMAIL ALI - Respondents
RAYUAN JENAYAH NO: 42-23 TAHUN 2007
Decided On : 07/14/2008
Pada keesokan harinya SP1 terjaga dan mendapati beliau telah tertidur di atas lantai agak jauh sedikit dari OKT dan kedua-dua SP1 dan OKT adalah dalam keadaan lengkap berpakaian. Kemudian semasa SP1 buang air kecil beliau merasa sakit pada kemaluannya dan mendakwa ada keluar darah. SP1 tidak bertanya apa-apa kepada OKT dan tidak mengesyaki apa-apa telah berlaku kepada dirinya pada masa tersebut.
Tetapi kira-kira bulan Jun 2001, SP6 yang nampak perut SP1 membesar telah memberitahu seorang jiran SP1 iaitu makcik "Ruby" bahawa SP1 sedang mengandung. Jiran tersebut kemudiannya memberitahu emak SP1 dan SP1 telah dibawa oleh emaknya untuk pemeriksaan doktor. Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan bahawa SP1 sedang mengandung dan kandungannya berusia 7 bulan.
SP1 seterusnya telah membuat laporan polis pada 26.6.2001. Siasatan dijalankan oleh SP8 dan OKT telah ditangkap oleh SP2 dan dituduh dengan pertuduhan berikut:
"Bahawa kamu Ismail bin Ali K/P: 768209-01-7159 pada pertengahan bulan Disember jam lebih kurang 12.00 tengah malam, diruang pejabat tingkat atas sebuah bengkel di alamat Mega Power Engineering & Trading, No. 6, Jalan Malinja 5, Taman Perindustrian Matahari, Batu 6, Jalan Mersing, di dalam Daerah Kluang, di dalam Negeri Johor, telah merogol Hanna Aida bt. Isa, nombor surat beranak H631454 yang berumur 13 tahun 4 bulan, dengan itu telah melakukan satu kesalahan dibawah seksyen 376 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dibawah peruntukan yang sama".
Pihak pendakwaan telah memanggil 8 orang saksi dan diakhir kes pendakwaan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah membebaskan OKT dari pertuduhan atas alasan kesemua intipati pertuduhan telah gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Pihak pendakwaan tidak berpuashati terhadap keputusan tersebut dan telah memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi ini.
Setelah meneliti fakta kes, keterangan- keterangan yang ada dan hujahan kedua-dua pihak, isu-isu yang perlu diputuskan dalam rayuan ini adalah seperti berikut:
i. Samada Responden (OKT) telah melakukan hubungan seksual dengan mangsa (SP1)
ii. Samada hubungan seksual telah berlaku dalam salah satu dari keadaan keadaan yang dinyatakan di bawah seksyen 375 Kanun Keseksaan
iii. Samada berlakunya kemasukkan zakar OKT ke dalam kemaluan mangsa
iv. Samada eksibit P8 (lapuran DNA) boleh diterima masuk sebagai keterangan
i. Samada Responden telah melakukan hubungan seksual dengan mangsa (SP1)
Setelah menghalusi keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan juga alasan-alasan penghakiman hakim bicara, saya berpuashati bahawa hakim berkenaan telah gagal untuk membuat penilaian yang menyeluruh terhadap keterangan SP1 dan Iain-lain keterangan yang berkaitan dengannya. Beliau telah menilai keterangan-keterangan yang ada itu secara berasingan (isolated) tanpa menghiraukan serta mempertimbangkan wujudnya keterangan ikut keadaan (circumstantial evidence) yang menunjukkan OKT sememangnya telah melakukan hubungan seksual dengan mangsa seperti yang diterangkan dalam salah satu keadaan seperti yang ditakrifkan sebagai perbuatan rogol di bawah seksyen 375 Kanun Keseksaan.
Dalam kes Sunny Ang v. PP; [1966] 2 MLJ 195 di mukasurat 198 diputuskan bahawa "....the question in this case, depending as it does on circumstantial evidence, is whether the cumulative effect of all the evidence leads you to the irresistible conclusion that it was the accused who committed this crime..."
Keteranga