SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2009 MarsdenLR 1178

MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
ROSLAN MAT NOR

HNC ARCHITECTS
Versus
REDWIN @ BOY MIKE

AWARD NO: 1128 TAHUN 2009 (KES NO: 28/4-470/07)
Decided On : 16 SEPTEMBER 2009

AWARD

Ini adalah satu kes pembuangan kerja Encik Redwin @ Boy Bin Mike (Yang Menuntut) oleh HNC Architects. (Responden) pada 26.9.2005. Kes ini telah dirujuk oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia pada 10.8.2006 dan diterima di Mahkamah Perusahaan ini pada 10.1.2007.

Kes ini telah mula dibicarakan di hadapan Pengerusi Mahkamah Perusahaan yang bertukar pada 1hb. April, 2009. Saya telah menyambung perbicaraan tersebut pada 08hb. Jun 2009 di peringkat kes Pihak Menuntut.

Fakta Kes

1. Pihak Menuntut telah dilantik sebagai Architectural Designer di Syarikat Responden mulai 0lhb. Mac, 2004 dengan gaji RM2,400.00 sebulan. Tempoh percubaan selama 6 bulan.

2. Pihak Menuntut telah tidak disahkan jawatan melalui surat bertarikh 23hb. September 2005.

Keterangan

3. Di dalam kenyataan jawapannya Pihak Menuntut menyatakan bahawa, tempoh sebenar perkhidmatan di Syarikat beliau adalah 1hb. Mac 2005 dan bukannya pada 1hb. Mac 2004. Ia adalah satu kesilapan menaip. Bagi mengesahkan fakta tersebut, Mahkamah telah meneliti surat tersebut di halaman 1 COB. Apabila diteliti didapati surat tersebut adalah bertarikh 1hb. Mac 2005 dan di tandatangani dengan tarikh 15.3.05 oleh Redwan @ Boy Bin Mike, Kad Pengenalan No: 281022-12-5177.

4. Berdasarkan kepada gambaran kasar itu, adalah jelas menunjukkan bahawa tidak mungkin tempoh kuatkuasa surat perlantikan lebih awal daripada tarikh surat tersebut. Namun ia mungkin berlaku jika ada keterangan yang menunjukkan fakta tersebut, tapi ia tidak dapat di dalam kes ini. Oleh itu, Mahkamah mendapati tempoh berkuatkuasa Pihak Menuntut bekerja di Syarikt Responden ialah pada 1hb. Mac 2005.

5. Pada peringkat ini sebelum Mahkamah pergi lebih jauh dalam meneliti keterangan Pihak Menuntut dan Pihak Syarikat adalah wajar kiranya Mahkamah mengambil ingatan peranan yang perlu dilakukan oleh Mahkamah dalam mengendalikan rujukan seperti ini. Ini dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Milan Auto Sdn. Bhd. v. Wong Seh Yen [1995] 4 CLJ 449 di halaman 454 Y.A. Hakim Mohd. Azmi bin Kamaruddin menyatakan antara lain:

"... As pointed out by this Court recently in Hong Leong Assurance [1995] 2 MLJ 753, the function of the Industrial Court in dismissal cases on reference under s. 20 is two fold firstly to determina whether the misconduct complained of by the employer has been established and secondly whether the proven misconduct constitutes just cause or excuse for the dismissal."

Adakah Pihak Menuntut pekerja percubaan semasa notis ketidak pengesahan dikeluarkan oleh Syarikat

6. Dalam kes ini, isu yang telah dibangkitkan oleh kedua-dua pihak ialah sama ada Pihak Menuntut adalah pekerja percubaan atau sebaliknya semasa beliau ditamatkan perkhidmatan. Ini adalah kerana didalam surat perlantikan telah dinyatakan fasal mengenai percubaan seperti berikut:

"The probation period is six months. This probation is subject to termination without assigning any reason by either party giving 24 hours notice.

After 6 months of continuous service, if no letter of termination is given it is deemed that your appointment is confirmed and all conditions, privileges pertaining a confirmed employee shall apply."

7. Berkenaan isu ini, Pihak Menuntut berhujah tindakan Pihak Syarikat tidak mengesahkan Pihak Yang Menuntut adalah sesuatu yang bertentangan dengan perjanjian Syarikat dan beliau Pihak Menuntut berhujah:

"The reason that the company gave was unable to confirm the post after the 6 months of probation. This was a strange reasoning since the claimant was already deemed confirmed after the completion of his probation on 31.08.2005. The company was attempting to go back on its own contractual obligation by writing the so called letter A non confirmation on 23.09.2005, well after 23 days of his confirmation."

8. Sebaliknya, peguambela Pihak Responden menyatakan bahawa, surat non-confirmation yang dikeluarkan oleh Pihak Responden untuk tidak mengesahkannya pada 22.09.2005 adalah sah dan tidak bercanggah dengan perjanjian yang dimeterai di antara ke

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top