2008 MarsdenLR 4606
CHEW SOO HO, EMPLOYERS PANEL: S SIVAGNANAM, EMPLOYEES PANEL: MOHAMAD SHAIRI ARIFIN
MAHKHAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
KESATUAN PEKERJA - PEKERJA PERUSAHAAN LOGAM - Appellant
Versus
KONG BROTHERS ENGINEERING SDN BHD - Respondents
AWARD NO: 791 TAHUN 2008 (KES NO: 5/1 - 2058/07)
Decided On : 05/06/2008
Bagi Pihak Pengadu - G Rajasekaran
Bagi Pihak Responden - Abdullah Abdul Karim; Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia
Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Logam ("Pengadu") telah membuat pengaduan di bawah Seksyen 56(1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 ("Akta") bahawa Kong Brothers Engineering Sdn. Bhd. ("Responden") telah tidak mematuhi Award No. 738 Tahun 2006 dalam Kes No. 15/2-1575/05.
AWARD
Pengaduan ini adalah difailkan oleh Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Logam, Pihak Pengadu pada 30 Oktober 2007 terhadap Kong Brothers Engineering Sdn. Bhd., Pihak Responden, menurut Seksyen 56(1) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 melaiui Borang S kerana Pihak Responden tidak mematuhi Award No. 738/2006 yang diperturunkan oleh Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur pada 3 Mei 2006 menurut Kes No. 15/2-1575/05 (kemudian ini dikenali sebagai "Award tersebut").
Kes ini telah dibangkitkan untuk perbicaraan pada 6 Mei 2008 dengan kehadiran Encik G. Rajasekaran sebagai wakil Pihak Pengadu dan Encik Abdullah bin Abdul Karim dari Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia, yang mewakili Pihak Responden. Encik Abdullah bin Abdul Karim memaklumkan Mahkamah bahawa kedua-dua pihak telah mencapai suatu penyelesaian di dalam kes ini atas terma-terma seperti berikut:
1. Pihak Responden akan membayar KWSP ke atas 21 (Dua puluh satu) orang pekerja yang terlibat di dalam kes ini yang dikira mulai daripada Januari 2007 sehingga ke April 2008. Untuk bulan Mei 2008 ke atas, KWSP mereka akan dibayar seterusnya oleh Pihak Responden; dan
2. Bayaran KWSP bagi Januari 2007 sehingga April 2008 tersebut akan dijelaskan oleh Pihak Responden dengan tiga bayaran bulanan mulai Mei 2008 hingga Julai 2008.
Encik G. Rajasekaran mengesahkan terma-terma penyelesaian tersebut. Beliau juga sahkan bahawa bayaran lain menurut Award tersebut seperti kenaikan gaji, bonus dan elaun kerja lebih masa telah pun dijelaskan oleh Pihak Responden.
Maka Mahkamah dengan ini mengeluarkan Award bahawa Pihak Responden hendaklah mematuhi terma-terma penyelesaian di atas seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.