SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2005 MarsdenLR 2988

MAHKAMAH TINGGI MALAYA, IPOH

VT SINGHAM H


PP
versus
GURDIAL SINGH GET SINGH

PERBICARAAN JENAYAH NO: 45-19-2001

Decided On : 01-28-05

Advocates:
Bagi pihak tertuduh - Gurbachan Singh; T/n Bachan & Kartar
Bagi pihak pendakwa raya - Siti Badariah Mohd Yusof TPR

PENGHAKIMAN

VT Singham H:

Dalam kes ini pertuduhan terhadap tertuduh adalah seperti berikut:

Bahawa kamu pada 29 Ogos 2000, lebih kurang jam 8.10 malam di tepi Jalan Besar Bercham, Ipoh di dalam Daerah Kinta di dalam Negeri Perak, bagi pihak kamu sendiri telah memperedarkan dadah berbahaya, iaitu Cannabis seberat 961 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan dibawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya, 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.

Untuk membuktikan pertuduhan, pendakwaan telah memanggil 10 orang saksi, iaitu, seorang Penjaga Stor (SP1), dua orang Jurugambar (SP2 dan SP3), seorang Ahli Kimia (SP4), seorang Ketua Serbuan (SP5) dan dua orang pegawai yang lain dalam pasukan serbuan, iaitu seorang Inspektor (SP7) dan seorang Lans Koperal (SP8), seorang Penyelia Stor Barang Kes (SP6), seorang saksi awam (SP9) dan Pegawai Penyiasat (SP10).

Melalui pembukaan kes, Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana diantara perkara yang lain menyatakan bahawa pendakwaan akan membuktikan pertuduhan melalui cara fakta dan undang-undang, bahawa semasa tertuduh ditangkap, pendakwaan akan mengemukakan keterangan bahawa tertuduh didapati dalam milikan cannabis 916 gram secara physical possession.

Dalam kes ini secara ringkas fakta-fakta yang didapati dari kes ini adalah seperti berikut:

Pada 29.8.2000 jam lebih kurang 6.40 petang diatas maklumat ASP Umar Ali Saifudin (SP5) bersama Inspektor Hilmi bin Ahmad (SP7) dan Detektif Koperal Magendran a/l S. Sagaram (SP8) dan empat orang anggota polis yang lain berlepas ke tempat kejadian di Jalan Besar, Bercham, Ipoh dan berkumpul di kawasan stesyen minyak Mobil. Kemudian mereka berpecah ke tiga tempat yang berlainan.

Pada jam lebih kurang 8.10 malam, sebuah motosikal No. AAJ 8190 di tunggang oleh tertuduh dan pemboncengnya Pelvinder Kaur a/p Karam Singh (SP9) iaitu isteri kepada tertuduh melintasi tempat yang ditunggu oleh SP5 dan motosikal tersebut berhenti di atas rumput di tepi jalan. SP5 dan anggota-anggota yang lain menghala ke tempat motosikal tersebut, mematikan enjin motosikal dan mengarahkan tertuduh dan SP9 turun dari motosikal tersebut dan tahan mereka. Setelah membuat pemeriksaan keatas motosikal dan didalam raga motosikal tersebut telah menjumpai satu plastik hitam (Eksibit P20) dan apabila dibuka dan diperiksa didapati satu ketulan mampat disyaki ganja. Setelah menjumpai ketulan mampat disyaki ganja, lelaki Sikh (tertuduh) digari oleh

L/Kpl Zulkifli dan ketika itu berlaku pergelutan. Dalam masa yang sama SP9 juga telah ditangkap. Setelah selesai tangkapan dibuat, SP5 bersama dengan SP7 dan SP8 membawa kedua-dua tangkapan (tertuduh dan SP9) dalam sebuah kereta ke pejabat manakala lain-lain anggota balik dalam kenderaan masing-masing. Motosikal tersebut dibawa balik oleh seorang anggota pasukan serbuan iaitu Lans Koperal Hosni. Kemudian satu laporan polis (Eksibit P23) dibuat oleh SP5 dan SP5 serahkan barang kes dan kedua-dua tangkapan (tertuduh dan SP9) kepada Pegawai Penyiasat Ketua Inspektor Mohd Yusmen bin Mohd Yusuf, (SP10). SP5 juga telah keluarkan senarai bongkar (Eksibit P19) kepada kedua-dua tangkapan iaitu tertuduh dan SP9.

Dalam kes ini, terdapat keterangan bahawa SP9 ditangkap di tempat kejadian dan ditahan kerana beliau adalah seorang suspek dan SP9 juga dituduh di mahkamah majistret dan ditahan selama lapan bulan. Selanjutnya, Senarai Bongkar (eks. P19) juga dikeluarkan kepada kedua-dua tangkapan iaitu, tertuduh dan SP9. SP9 hanya dilepaskan apabila tertuduh dikomitkan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.

Diatas keseluruhan kes, mahkamah ini mendapati bahawa:

(1) Anggapan statutori seperti di bawah s. 37(d), s. 37(g) dan s. 37(h) Akta Dadah Berbahaya 1952 tidak dapat dibangkitkan terhadap tertuduh diatas fakta dan keadaan kes ini dan ini juga diakui oleh Timbalan Pendakwa Raya (Lihat kes (1) Syed Ali bin Syed Abdul Hamid dan Anor lwn. Public Prosecutor [1982] CLJ 188; [1982] CLJ 340 (Rep); [1982] 1 MLJ 132 di ms 133 (2)Public Pr

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top