SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2010 MarsdenLR 3210

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH MELAKA
XXXXXX LWN. XXXXXX
[Kes Mal No: 04100-042-0507-2009]



Pemohon gagal membuktikan kewujudan pernikahan, mengakibatkan pernikahan dianggap tidak sah menurut hukum syarak.

Headnote:(A) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Melaka) 2002 - Seksyen 72, 73 dan 76 - Permohonan untuk pengisytiharan pernikahan tidak sah - Pemohon mendakwa bahawa pernikahan antara Responden 1 dan 2 adalah tanpa kebenaran wali mujbir dan tidak mempunyai bukti sijil nikah - Responden 2 menafikan pernikahan tersebut dan mengaku hanya mengetahui setelah menerima permohonan - Mahkamah membuktikan bahawa Pemohon telah gagal membuktikan kewujudan pernikahan dan sijil nikah yang sah. (Paras 1-41)

(B) Beban pembuktian - Mahkamah merujuk kepada prinsip bahwa beban untuk membuktikan sesuatu fakta terletak pada pihak yang mendakwa (al-mudda'ii) dan pihak yang menafikan (al-mudda'a alaih) - Pemohon tidak dapat memberikan bukti yang mencukupi untuk menyokong dakwaannya. (Paras 12-21, 32-40)

(C) Kegagalan bukti - Tanpa bukti yang sah bagi kewujudan pernikahan, pengakuan sebagai bukti tidak mencukupi untuk membuktikan kesahihan pernikahan. (Paras 22-24)

Facts of the case:
Pemohon adalah bapa kepada Responden 1, memohon untuk mengisytiharkan pernikahan Responden 1 dan Responden 2 tidak sah kerana pernikahan tersebut tidak mendapat kebenaran wali mujbir dan tiada bukti dokumen pernikahan. Responden 2 menafikan pernikahan tersebut. (Paras 1-4)

Findings of Court:
Mahkamah mendapati bahawa Pemohon gagal membuktikan kewujudan pernikahan dan sijil nikah yang diperlukan di bawah hukum syarak. (Paras 41)

Issues: 1) Wujud atau tidak pernikahan sah antara Responden 1 dan 2. 2) Kewujudan sijil nikah dan pematuhan rukun nikah. (Paras 10)

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa, tanpa bukti yang mencukupi bagi kewujudan pernikahan dan sijil nikah, pernikahan tersebut dianggap tidak wujud. Berdasarkan prinsip beban pembuktian, Pemohon bertanggungjawab untuk membuktikan kes beliau, namun gagal memenuhi syarat syarak. (Paras 32-40)

Result: Permohonan Pemohon ditolak.

Table of Content
1. factual background of the marriage dispute. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5)
2. claims regarding marriage validity and necessary proof. (Para 6 , 9 , 10 , 11)
3. conditions required for recognizing marriage validity. (Para 12 , 22 , 24)
4. principles governing evidentiary burden in marital claims. (Para 13 , 15 , 20)
5. conclusion on the non-existence of the marriage. (Para 38 , 39 , 40)

[1] Di dalam kes ini,Pemohon adalah bapa kepada Responden 1. Manakala Responden 2 dikatakan sebagai suami kepada Responden 1. Pemohon adalah merupakan wali mujbir kepada Responden 1, telah memohon kepada Mahkamah ini untuk mendapatkan satu perintah bagi mengisytiharkan bahawa pernikahan yang telah dijalankan di antara Responden 1 dan 2 adalah tidak sah di sisi hukum syarak. Ekoran daripada itu, Pemohon memohon supaya pernikahan mereka di farakhkan.

[2] Pemohon di dalam Afidavit yang diikrarkan pada 28 Oktober 2009 (kemudian daripada ini disebut sebagai " Afidavit tersebut") telah menyatakan bahawa maklumat yang diperolehi menunjukkan Responden 1 dan Responden 2 telah menjalankan pernikahan di Kuala Lumpur atau Selangor dan telah memperolehi dokumen nikah daripada Kedah. Pemohon seterusnya menyatakan di dalam Afidavit tersebut bahawa Responden 1 dan Responden 2 telah bernikah lebih setahun yang lalu.

[3] Walaubagaimanapun, Responden 2 di dalam Afidavit Jawapan yang diikrarkan pada 2 Februari 2010 (kemudian daripada ini dirujuk sebagai " Afidavit Responden 2) menafikan wujudnya pernikahan di antara Responden 2 dan 1. Responden 2 juga menyatakan bahawa beliau hanya berpengetahuan mengenai pernikahan itu (yang mana kesahihan pernikahan itu dinafikan) selepas Responden 2 menerima sesalinan permohonan memfarakkan penikahan tersebut daripada peguam Pemohon sendiri.

[4] Pemohon telah memfailkan Afidavit Jawapan Kepada Afidavit Responden 2 yang diikrarkan pada 17 Mac 2010. (kemudian dari ini disebut sebagai "Afidavit Jawapan Pemohon") dan menyatakan bahawa dalam bulan Ogos 2008, sebelum Hari raya Aidilfitri tahun tersebut, Responden 1 dan Responden 2 bersama dengan XXXXXX telah pergi ke rumah bapa saudara Responden I iaitu XXXXXX di No 7670 Jalan Orkid Klebang Besar Melaka. Semasa pertemuan tersebut, Responden 2 telah mengaku bahawa beliau dan Responden 1 telah bernikah di Gombak, Selangor. Walau bagaimanapun apabila XXXXXX meminta sijil nikah tersebut, Responden 2 menyatakan bahawa Tuan Imam yang mengendalikan pernikahan tersebut terbabit dalam kemalangan jalan raya dan dokumen nikah tidak dapat diperolehi.

[5] Pemohon seterusnya menyatakan di dalam Afidavit Jawapan Pemohon bahawa pada sekitar awal tahun 2009, Responden 1dan Responden 2 telah hadir ke rumah kakak kandung Responden 1 iaitu XXXXXX di Taman Bertam Jaya, Melaka dan kedua-dua Responden telah menyatakan mereka telah bernikah di Gombak, Selangor dan apabila XXXXXX meminta dokumen nikah, kedua-dua mereka memaklumkan bahawa Tuan Imam telah terbabit dalam kemalangan jalan raya dan dokumen nikah tidak dapat diperolehi daripada Imam tersebut.

Alasan Penghakiman YAA Datuk Mahammad Ibrahim

[6] Di dalam kes ini Pemohon telah membuat permohonan untuk mengisytiharkan bahawa perkahwinan yang telah dijalankan oleh Responden 1 dan Responden 2 adalah tidak sah. Ini adalah kerana pernikahan tersebut dilakukan tanpa mendapat keizinan dari wali mujbir atau bapa Responden 1 sendiri. Seterusnya Pemohon memohon supaya perkahwinan tersebut difarakkan.

[7] Manakala Responden 1 dan anak perempuan kepada Pemohon telah tidak menghadiri sepanjang perbicaraan di Mahkamah. Walaupun Mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap tetapi Responden 1 bukan sahaja tidak hadir tetapi telah menghilangkan diri entah ke mana walaupun berbagai usaha telah dilakukan. Responden 2 telah telah hadir sepanjang perbicaraan dengan mewakilkan kepada peguam untuk mewakilinya di dalam perbicaraan tersebut. Responden II telah menafikan sekeras-kerasnya dan menegaskan bahawa perkahwinan tersebut adalah tidak wujud dan tidak ada pertemuan dan peng

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top