2010 MarsdenLR 1399
MAHKAMAH TINGGI SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN
PENDAKWA SYARIE LWN. MUHAMMAD FAUZULLAH AHMAD BASHEER
[Kes Jenayah Bil: 14700-142-0061-2010]
A person's confession constitutes a strong basis for conviction under Islamic law, which also places emphasis on punishment serving as a deterrent to prevent similar offenses.
Headnote:(A) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 - Section 23(1) - Cuplikan dalam tuduhan mengenai kesalahan persetubuhan luar nikah oleh seorang Islam - Tertuduh mengaku salah tanpa paksaan, akur dengan fakta kes serta berkelayakan untuk dibicarakan. (Para 1-3, 10, 31)
(B) Pengakuan Salah - Mahkamah mengesahkan pengakuan salah yang dibuat dengan penuh kesedaran. Pendakwa tidak perlu membuktikan kesalahan setelah pengakuan diterima. (Paras 20-29)
(C) Prosedur Perbicaraan - Tertuduh dijelaskan hak dan akibat; pengakuan salah adalah valid dan tanpa paksaan. (Paras 18-19)
(D) Penentuan Hukuman - Mahkamah mengambil kira keseriusan kesalahan dan tujuan pencegahan. (Paras 38-46)
Facts of the case:
Muhammad Fauzullah dituduh melakukan persetubuhan luar nikah dengan seorang wanita di Kuala Lumpur pada Julai 2009, menyebabkan wanita itu hamil. (Para 1, 3)
Findings of Court:
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat bulan, lima sebatan dan denda RM3,000. (Para 47)
Issues: Adakah pengakuan salah tertuduh sah dan bagaimana hukuman harus dilaksanakan? (Para 4, 31)
Ratio Decidendi: Mahkamah mengesahkan bahawa pengakuan salah tertuduh adalah sebagai iqrar sah; hukuman harus berfungsi sebagai pencegahan. (Paras 20, 38-39)
Result: Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara empat bulan, empat sebatan, dan denda RM3,000.00.
| Table of Content |
|---|
| 1. details of the accusation against the defendant. (Para 1 , 2 , 3 , 7) |
| 2. defendant's acknowledgment of charges. (Para 4 , 12 , 30) |
| 3. seriousness of the offense and deterrent measures. (Para 5 , 6 , 32) |
| 4. jurisdiction of the court in this matter. (Para 10 , 14 , 15) |
| 5. significance of punishment and its deterrent effect. (Para 31 , 44 , 46) |
| 6. final judgment and sentence. (Para 47) |
Fakta Kes
[1] Dalam kes ini Muhammad Fauzullah bin Ahmad Basheer (tertuduh) K/P: 7871211-08-5687 dituduh melakukan persetubuhan luar nikah dengan pasangannya Baraath Begiam binti Abdul Azis K/P: 870413-08-5102 pada pertengahan bulan Julai tahun 2009 di sebuah rumah beralamat No 11, Lorong Wangsa Ceria 1 A, Wangsa Melawati, 53300 di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dalam kes ini, tertuduh dituduh melakukan kesalahan yang berhubung dengan kesusilaan, iaitu kesalahan melakukan persetubuhan di luar nikah di bawah s 23(1) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
[2] Pada 21 September 2010, tertuduh hadir di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk didakwa dan dipertuduhkan atas kesalahan tersebut oleh Pendakwa Syarie JAWI. Pertuduhan dibacakan kepada tertuduh, tetapi sabitan kesalahan tidak diputuskan. Kes ini ditangguhkan ke 9 November 2010 untuk sambung bicara. Mahkamah telah memutuskan bahawa tertuduh dilepaskan dengan bon jaminan sebanyak RM2,000.00 dan seorang penjamin waiganegara Malaysia.
[3] Pada 9 November 2010, tertuduh hadir. Pendakwa Syarie JAWI membentangkan fakta kes, bahawa tertuduh telah melakukan persetubuhan luar nikah pada pertengahan bulan Julai 2009 bertempat di sebuah rumah yang beralamat di No 11, Lorong Wangsa Ceria 1 A, Wangsa Melawati, 53300 di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tertuduh semasa melakukan kesalahan yang dipertuduhkan bukan suami isteri yang sah dengan pasangannya. Akibat daripada perbuatan persetubuhan luar nikah, tertuduh perempuan iaitu pasangan tertuduh semasa disiasat oleh Pegawai Penguatkuasa Agama JAWI telah hamil 6 bulan 2 minggu dan dijangka melahirkan anak pada 15 September 2010. Tertuduh semasa melakukan kesalahan yang dipertuduhkan adalah seorang Islam, baligh, berakal serta melakukan secara sedar dan secara sukarela. Tertuduh bersetuju dengan fakta kes yang dibentangkan oleh Pendakwa Syarie tersebut.
[4] Mahkamah berpuashati bahawa tertuduh mengaku faham akan pertuduhan yang dibacakan, bersetuju dengan pertuduhan yang dibacakan, mengaku salah atas pertuduhan yang dibacakan, mengesahkan tiada orang memaksa pengakuan salah tersebut, mengaku faham akibat dan kesan daripada pengakuan bersalah tersebut serta tertuduh bersetuju dengan fakta kes yang dibentangkan oleh Pendakwa Syarie tersebut.
[5] Pendakwa Syarie telah menarik perhatian Mahkamah kepada keseriusan kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh. Ia merupakan satu dosa besar yang tidak terhapus melainkan dengan taubat nasuha ataupun melalui jalan pelaksanaan hukuman had.
[6] Pendakwa berhujah bahawa rayuan tertuduh hanya berkaitan dengan denda, sedangkan dalam undang-undang ada hukuman denda, penjara dan sebat. Rayuan tertuduh tanpa lafaz insaf dan bertaubat kepada Allah. Pendakwa Syarie mohon Mahkamah mengambil kira hukuman bagi maksud pencegahan atas alasan kesalahan ini amat serius dan berat. Ini adalah kerana hukuman bukan setakat memberi pengajaran atau pendidikan kepada tertuduh tetapi juga untuk memberi mesej kepada orang-orang lain supaya tidak melakukan kesalahan yang sama atau dengan perkataan lain bermatlamatkan untuk mencegah kesalahan itu dilakukan oleh orang lain.
[7] Dalam kes ini Muhammad Fauzullah bin Ahmad Basheer (tertuduh) K/P: 7871211-08-5687 telah dituduh melakukan persetubuhan luar nikah dengan pasangannya Baraath Begiam binti Abdul Azis K/P: 870413- 08-5102 pada pertengahan bulan Julai tahun 2009 di sebuah rumah beralamat No 11, Lorong Wangsa Ceria 1 A, Wangsa Melawati, 53300 di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dalam kes