2013 MarsdenLR 1865
MAHKAMAH TINGGI SYARIAH KUALA LUMPUR
PENDAKWA SYARIE LWN. A MOHAD SAHAB HUSIN
[Criminal Case No 14600-138-0014 Of 2010]
Tertuduh didapati bersalah atas kesalahan berjudi di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah, dengan bukti yang cukup untuk mensabitkan kesalahan selain mematuhi prosedur perundangan.
Headnote:(A) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, Seksyen 18 dan 79 - Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, Seksyen 78(1) dan (2) - Tertuduh didapati berada di rumah judi, mematuhi syarat pertuduhan dan keperluan bukti yang diperlukan untuk sabitan - Kesalahan berjudi seperti yang dituduh di bawah s 18 Akta Kesalahan Jenayah Syariah telah terbukti dengan testimonies saksi yang kukuh. (Paras 8, 17, 21, 30)
(B) Pembuktian dalam kes jenayah syariah - Standard pembuktian adalah 'beyond reasonable doubt' untuk kes ta'zir - Tanggungjawab pembuktian terletak di pihak pendakwa syarie untuk memenuhi kehendak undang-undang. (Paras 26, 29)
(C) Hukuman - Tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya. (Paras 30, 28)
Facts of the case:
Tertuduh dituduh berada di dalam premis judi pada 18 November 2009. Pertuduhan dibacakan, tertuduh tidak mengaku dan memohon dibicarakan. Operasi penangkapan melibatkan penguatkuasa JAWI dan saksi-saksi yang menyokong pertuduhan.
Findings of Court:
Mahkamah berpuas hati dengan bukti pendakwaan, mendapati tertuduh bersalah di bawah Seksyen 18, dan perlu mengemukakan pembelaan.
Issues: Adakah pertuduhan mengikut akta dan prosedur yang ditetapkan? Adakah terdapat bukti yang mencukupi untuk mensabitkan kesalahan?
Ratio Decidendi: Mahkamah mempertimbangkan keterangan saksi-saksi dan memenuhi kehendak prosedur jenayah yang ditetapkan. Pendakwa berjaya membuktikan dakwaan di tahap 'beyond reasonable doubt'.
Result: Tertuduh dikehendaki mengemukakan pembelaan.
| Table of Content |
|---|
| 1. accused charged under syariah law for gambling. (Para 1 , 2) |
| 2. charges must comply with procedural requirements. (Para 3 , 4 , 5) |
| 3. accused pleaded not guilty and sought trial. (Para 6) |
| 4. court's jurisdiction confirmed under relevant law. (Para 7) |
| 5. charges and factual background of the case. (Para 8) |
| 6. legal standards for charges. (Para 9 , 10) |
| 7. witnesses testified on the accused's presence at the crime scene. (Para 11 , 12 , 13 , 14 , 15 , 16) |
| 8. court found prima facie evidence of guilt. (Para 17 , 18) |
| 9. differentiation between ta'zir and hudud punishments. (Para 19 , 20 , 27 , 28 , 29) |
| 10. evidence must meet legal standards. (Para 21 , 22 , 23) |
| 11. actus reus and mens rea elements discussed. (Para 24 , 25 , 26) |
| 12. prosecution met the burden of proof required. (Para 30) |
[1] Dalam kes ini A Mohad @ Sahab bin Husin (OKT) K/P: 480701-04-5117 telah dituduh melakukan kesalahan berada di rumah judi pada 18 November 2009 iaitu berada di alamat Sports Toto (M) Sdn Bhd No 96, Jalan Genting Kelang, 53300 Kuala Lumpur di bawah s 18 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
[2] Pertuduhan yang dipertuduhkan adalah seperti berikut:
Bahawa kamu pada 18 November 2009 iaitu lebih kurang jam 3.25 petang telah didapati berada di premis judi yang beralamat Sports Toto(M) Sdn Bhd, No 96, Jalan Genting Kelang, 53300 Kuala Lumpur.
Dengan itu, kamu dituduh melakukan suatu kesalahan berada di dalam premis judi mengikut s 18(1) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama.
[3] Mahkamah ini berpuas hati bahawa pertuduhan ini adalah bertepatan dengan peruntukan s 78(1) dan (2)Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Akta 560 mengenai darihal pertuduhan iaitu:
78(1) Tiap-tiap pertuduhan di bawah Akta ini hendaklah menyatakan kesalahan yang atasnya tertuduh dipertuduhkan.
78(2) Jika undang-undang yang mewujudkan kesalahan itu memberinya apa-apa nama tertentu, kesalahan itu boleh diperihalkan dalam pertuduhan itu dengan nama itu sahaja.
[4] Seksyen 79 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Akta 560 pula menyebut:
79 Pertuduhan itu hendaklah mengandungi apa-apa butir tentang waktu dan tempat kesalahan yang dikatakan itu dan orang, jika ada, yang terhadapnya atau benda, jika ada, yang berkenaan dengannya kesalahan itu telah dilakukan sebagaimana yang semunasabahnya mencukupi supaya tertuduh maklum tentang perkara yang mengenainya dia dipertuduhkan.
[5] Oleh itu, mahkamah ini berpendapat pertuduhan yang dikemukakan oleh pendakwa syarie terhadap tertuduh telah memenuhi kehendak ss 78(1), (2) dan 79 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah- Wilayah Persekutuan) 1997 Akta 560 iaitu dengan menyebut nama kesalahan iaitu 'pada 18 November 2009 iaitu lebih kurang jam 3.25 petang telah didapati berada di premis judi yang beralamat Sports Toto (M) Sdn Bhd, No 96, Jalan Genting Kelang, 53300 Kuala Lumpur.'
[6] Pada 4 Februari 2007, OKT hadir di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk didakwa atas kesalahan tersebut oleh pendakwa syarie JAWI. Setelah pertuduhan dibacakan, OKT telah tidak mengaku dan mohon dibicarakan. Tertuduh telah dilepaskan dengan bon jaminan mahkamah sebanyak RM500 dan dua orang penjamin.
[7] Pada 28 September 2010, OKT hadir bersendirian Ketua Pendakwa Syarie JAWI memulakan perbicaraan dengan keterangan saksi-saksi pendakwa. Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes ini berdasarkan. Seksyen 16(2)(a)Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993, seperti berikut:
Seksyen 16 Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah-
(a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen atau Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama