SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2010 MarsdenLR 4184

MAHKAMAH TINGGI MALAYA, JOHOR BAHRU
KUNASEGARAN MARIMUTHU LWN. PP
[Rayuan Jenayah No: 42S-25-2009]



Kegagalan mendedahkan bukti cap jari tidak merosakkan kes pendakwaan, dan pertuduhan berasingan tidak difahami berdasarkan prinsip 'double jeopardy'.

Headnote:(A) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 - Seksyen 6 - Kanun Keseksaan - Seksyen 392 / 397 - Rayuan bagi sabitan dan hukuman - Perayu dijatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi kesalahan pertama dan lapan tahun bagi kesalahan kedua, dengan hukuman berjalan serentak - Kelemahan kesan cap jari tidak menjejaskan kes pihak pendakwaan - Keterangan saksi-saksi pendakwaan dianggap 'cogent' dan mencukupi untuk menyokong sabitan - Tiada bukti menunjukkan alat yang digunakan dapat mendatangkan kecederaan berat - Pertuduhan kedua diketepikan berdasarkan prinsip 'double jeopardy'. (Paras 1, 12, 31, 33)

Facts of the case:
Perayu didakwa melakukan samun menggunakan pistol tiruan dan alat kejutan elektrik di kedai mangsa pada 16 Mei 2007, tetapi menafikan tuduhan dan mengemukakan alasan tidak relevan.

Findings of Court:
Hukuman pertama dikekalkan, tetapi hukuman kedua diketepikan disebabkan kekurangan bukti bahawa senjata yang digunakan dapat mendatangkan kecederaan.

Issues: 1) Adakah pertuduhan di bawah s. 6 dan s. 392/397 Kanun Keseksaan kesalahan berasingan? 2) Adakah keterangan saksi mencukupi untuk menyokong sabitan?

Ratio Decidendi: Kegagalan menghantar barang bukti untuk cap jari tidak merosakkan kes pendakwaan yang bergantung kepada keterangan lisan. Tiada bukti yang cukup untuk menyokong pertuduhan kedua.

Result: Rayuan terhadap pertuduhan kedua dibenarkan, tetapi sabitan dan hukuman bagi pertuduhan pertama dikekalkan.

Table of Content
1. case initiated under firearm and robbery laws. (Para 1 , 2)
2. prosecution's eyewitness testimony and evidence. (Para 4 , 5)
3. defendant's denial of robbery and conflicting stories. (Para 6 , 7 , 8)
4. defense arguments against prosecution's evidence. (Para 9 , 10 , 11)
5. court's analysis on evidence credibility. (Para 12 , 13 , 14 , 15)
6. court's rejection of defense claims and theories. (Para 16 , 17 , 18)
7. judgment reflects proper legal standards followed. (Para 19 , 20 , 21)
8. legal understanding of double jeopardy principle. (Para 22 , 23)
9. analysis of charge distinctions and their legal implications. (Para 24 , 25 , 26 , 30)
10. final decision on convictions and sentencing. (Para 31 , 32)

[1] Ini adalah rayuan perayu terhadap sabitan dan hukuman oleh Tuan Hakim Mahkamah Sesyen di Johor Bahru (Tuan HMS) pada 23 Oktober 2009 di bawah s. 6 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan di bawah s. 392 /397 Kanun Keseksaan . Perayu telah dijatuhkan dengan hukuman penjara enam tahun bagi kesalahan pertama dan lapan tahun bagi kesalahan kedua. Kedua-dua hukuman penjara diperintahkan berjalan serentak mulai dari tarikh ditangkap (16 Mei 2007).

[2] Dua pertuduhan terhadap perayu dibacakan seperti berikut:

Pertuduhan Pertama

Bahawa kamu pada 16 Mei 2007, jam lebih kurang 9.30 malam di dalam kedai Sin Seng Cheong Department Store, No. 15, Main Road Senai, dalam Daerah Johor Bahru, dalam Negeri Johor Darul Ta'zim semasa melakukan samun keatas Chong Ka Fook No. KPT: 590210-01-5327 telah menunjukkan sepucuk pistol tiruan yang ada tercatat 'Custom Kendo Shop CYMA P. 626 Made In China' di bahagian kanan pistol tiruan tersebut, oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 6 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan boleh dihukum di bawah Akta yang sama.

Pertuduhan Kedua

Bahawa kamu pada 16 Mei 2007, jam lebih kurang 9.30 malam di dalam kedai Sin Seng Cheong Department Store, No. 15, Main Road Senai, dalam Daerah Johor Bahru, dalam Negeri Johor Darul Ta'zim semasa melakukan samun keatas Chong Ka Fook No. KPT: 590210-01-5327 menggunakan sepucuk pistol tiruan yang ada tercatat 'Custom Kendo Shop CYMA P. 626 Made In China' di bahagian kanan pistol dan alat kejutan elektrik dengan anggaran nilai kerugian sebanyak RM664.00, oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 392 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 392 /397 Akta yang sama .

[3] Perayu mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut dan minta dibicarakan. Diakhir kes pendakwaan, Tuan HMS mendapati setelah membuat penilaian yang maksima terhadap keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan, satu kes prima facie telah dibuktikan terhadap perayu atas kedua-dua pertuduhan. Seterusnya diakhir kes pembelaan, Tuan HMS mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kedua-dua pertuduhan melampaui keraguan yang munasabah dan perayu telah disabitkan.

Kes Pihak Pendakwaan

[4] Pihak pendakwaan telah memanggil seramai tujuh orang saksi untuk memberikan keterangan kes mereka. Bagaimanapun, kes pihak pendakwaan bergantung kepada dua orang saksi utama iaitu mangsa En. Chong Ka Fook (SP4) dan anaknya En. Lavin Chong Boon Get (SP5). Secara ringkasnya kes pihak pendakwaan adalah seperti berikut. Pada 16 Mei 2007 jam lebih kurang 9.30 malam semasa mangsa dan anaknya berada di kedai pasar mini mereka di Senai, perayu datang menunjukkan satu pistol (P11) kearah mangsa dan berkata dia mahu merompak. Oleh kerana ketakutan, mangsa telah mengeluarkan sejumlah wang anggaran RM600 dari dalam laci dan menyerahkan wang itu kepada perayu. Tidak puas hati dengan jumlah wang tersebut, perayu telah menarik leher anak mangsa dan mengacukan pistol ke kepala anak mangsa. Perayu minta wang lebih banyak dan telah meletakkan P11 diatas kaunter dan mengeluarkan satu alat kejutan letrik (P7) dan mengacukan P7 tersebut kearah mangsa dan anaknya. Mangsa telah mengambil P11 yang diletakkan diatas kaunter dan mendapati ianya adalah pistol

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top