2010 MarsdenLR 208
MAHKAMAH SESYEN KLANG
SHAMSUDIN BUSU LWN. MUSTAFA SELAMAT & SATU LAGI
[Saman No: 53-781-2005; 53-26-2006]
The court upheld the principle of fair compensation based on assessed injuries, prior judgments, and medical evaluations, ensuring plaintiffs receive just awards for damages endured.
Headnote:(A) Road Traffic Accident Liability - General and Special Damages - Defendant's liability established at 90% for injuries sustained by plaintiffs - Total awards provided post-evaluation of medical reports and precedents: (1) Plaintiff 1: RM4,000.00 for cerebral concussion, RM40,000.00 for right femur fractures; (2) Plaintiff 2: RM30,000.00 for left femur fractures, RM20,000.00 for left tibia and fibula injuries, additional awards for related impairments and loss of income - Interest rates established for both general and special damages, with decisions guided by medical evaluations and previous judicial awards. (Paras 4-46)
(B) Assessment of Damages - The court emphasized the need for fair awards based on medical reports and similar case precedents, taking into account the nature and extent of injuries suffered by plaintiffs. (Paras 14-24, 28-43)
(C) Liability - The court acknowledged the agreed liability between parties reducing the need for extensive legal deliberation on fault. (Paras 4, 5)
| Table of Content |
|---|
| 1. factual background of the case (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5) |
| 2. award amounts for special and general damages (Para 6 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12 , 28 , 32 , 36) |
| 3. court's rationale for compensation calculated (Para 13 , 14 , 15 , 16 , 17 , 19 , 23 , 25 , 30 , 31) |
| 4. arguments regarding damage assessments (Para 18 , 21 , 22 , 26 , 29) |
| 5. interest rates on awarded damages (Para 44 , 45) |
Latar Belakang
[1] Saman NO 53-781-2005 dan Saman NO 53-26-2006 telah digabungkan bersama melalui perintah mahkamah bertarikh Ogos 15, 2008.
[2] Rayuan ini adalah oleh defendan-defendan terhadap sebahagian keputusan saya iaitu berkaitan kuantum sahaja.
[3] Keputusan adalah selepas satu perbicaraan penuh telah diberikan pada Jun 30, 2010. Rayuan telah difailkan oleh defendan-defendan pada Julai 7, 2010.
[4] Liabiliti yang dipersetujui adalah plaintif dalam Saman NO 53-781-2005 ("P1") dan plaintif dalam Saman NO 53-26-2006 ("P2") bertanggungan 10% dan defendan-defendan ("D1" dan "D2") bertanggungan 90%.
[5] Fakta kes adalah P1 adalah seorang penunggang motorsikal dengan nombor pendaftaran WKU 5368 manakala P2 adalah pembonceng. D1 adalah pemandu motorlori manakala D2 adalah pemilik berdaftar motorlori tersebut.
[6] Pada masa kejadian, semasa P1 dan P2 menunggang motorsikal di Jalan Kebun, Klang menuju ke Bandar Sultan Sulaiman, apabila tiba di Lebuhraya Selat Klang Utara telah mengalami kemalangan apabila tayar motorlori D1 dan D2 telah tercabut dan merempuh motorsikal mereka. Tuntutan dibuat oleh P1 dan P2 terhadap D1 dan D2 untuk mendapatkan gantirugi akibat dari kecederaan yang dialami oleh mereka akibat kemalangan tersebut.
[7] Oleh kerana isu liabiliti telah dipersetujui, saya telah memutuskan isu kuantum (pada kiraan 100%) untuk gantirugi am seperti berikut:
Rengkasan award terhadap P1 (Saman NO 53-781-2005)
(a) Cerebral concussion - RM4,000.00;
(b) Fracture midshaft of the right femur; and
(c) United fracture of the femoral condyle of the right femur - RM40,000.00.
[8] Jumlah award untuk gantirugi khas ke atas kecederaan yang dialami oleh P2 adalah seperti berikut:
(a) Item (a) to item (b) RM200.00 (dipersetujui);
(b) Item (f) - RM22,700.00;
(c) Dokumen dalam kos;
(d) Pembedahan masa depan - RM6,000.00 (tanpa faedah).
Rengkasan award terhadap P2 (Saman NO 53-26-2006)
(a) Closed fracture basal neck of the left femur; and
(b) Comminuted fracture midshaft of the left femur - RM30,000.00;
(c) Grade II Open fracture of the left tibia and fibula - RM20,000.00;
(d) Laxity of the lateral posterior cruciate ligament of the left knee - RM10,000.00;
(e) Disuse osteoporosis of the right femur and ankle - RM5,000.00;
(f) Scars - RM6,000.00;
(g) Wasting - RM5,000.00.
[9] Jumlah award untuk gantirugi khas ke atas kecederaan yang dialami oleh P2 adalah seperti berikut:
(a) Item (a) to item (b) RM250.00 (dipersetujui);
(b) Item (d) - RM140.00;
(c) Dokumen dalam kos;
(d) Kehilangan pendapatan RM9,300.00;
(e) Pembedahan masa depan - RM9,000.00 (tanpa faedah).
[10] Faedah 4% p.a. terhadap gantirugi khas bermula dari tarikh kemalangan sehingga tarikh penghakiman.
[11] Faedah 8% p.a. terhadap gantirugi am bermula dari tarikh saman difailkan sehingga tarikh penghakiman.
[12] Faedah 8% terhadap gantirugi am dan gantirugi khas bermula dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh.
[13] Berikut adalah alasan penghakiman saya berkaitan isu kuantum gantirugi am dan khas.
Gantirugi am P1
[14] Untuk taksiran gantirugi am, saya merujuk kepada empat laporan perubatan yang dibuat terhadap P1 seperti berikut:
(a) Laporan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah bertarikh Mei 16, 208 ms 1 ikatan A.
(b) Laporan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah ms 2 ikatan A.
(c) Laporan pakar dari Sunthara Orthopaedic Physio Center bertarikh Disember 9, 2006.
(d) Laporan perubatan pakar oleh Dr Low Eu Huat bertarikh Ogos 25, 2008.
Kecederaan utama P1
(1) Kecederaan cerebral concussion
[15] Saya merujuk kepada semua laporan perubatan.
[16] Kes-kes mengikut trend of award di dalam Personal Injury Reports a