SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2014 MarsdenLR 1420

MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN
AZMI HASSAN LWN. NOR NASHUHA AZMI & SATU LAGI
[Kes Rayuan Mal No: 14000-042-0067-2014]



Mahkamah tidak boleh mengajar semula isu yang telah diputuskan oleh mahkamah berbeza berdasarkan prinsip res judicata.

Headnote:(A) Akta Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 - Seksyen 46(2)(b)(i) - Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan), Akta 585 - Mahkamah Tinggi Syariah tidak berbidangkuasa untuk memutuskan permohonan bagi memfaraqkan pernikahan yang telah disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah. (Paragraf 7, 12, 17)

(B) Res judicata - Prinsip bahawa isu yang telah diputuskan tidak boleh dibicarakan semula di mahkamah berbeza. (Paragraf 18, 24)

(C) Procedural fairness - Penghakiman yang tidak mengikut tatacara yang benar tetap diiktiraf jika hasilnya mencegah pertentangan perintah. (Paragraf 25)

Facts of the case:
Permohonan difailkan oleh bapa kepada Responden 1 bagi memfaraqkan pernikahan Responden 1 dengan Responden 2 yang diadakan di Thailand tanpa kebenaran beliau. (Paragraf 2, 4)

Findings of Court:
Mahkamah memutuskan bahawa permohonan dibatalkan disebabkan kekurangan bidangkuasa bagi mahkamah untuk membatalkan pengesahan pernikahan oleh mahkamah lain. (Paragraf 7, 28)

Issues: Isu utama ialah sama ada mahkamah berbidangkuasa untuk memutuskan pengesahan nikah setelah keputusan Mahkamah Rendah Syariah dibuat. (Paragraf 11)

Ratio Decidendi: Mahkamah mendapati bahawa berdasarkan kepada prinsip res judicata, keputusan Mahkamah Rendah Syariah adalah muktamad dan tidak boleh dibicarakan di mahkamah lain untuk mengelakkan pertentangan keputusan. (Paragraf 18, 22)

Result: Rayuan Perayu ditolak.

Table of Content
1. final decision on appeal (Para 1 , 8 , 9 , 28)
2. grounds for divorce based on incompatibility (Para 2 , 3 , 5 , 6)
3. challenging jurisdiction of the court (Para 10 , 11 , 12)
4. powers of the court regarding marital status (Para 13 , 14 , 15)
5. application of res judicata in family law (Para 16 , 17 , 18)
6. procedural errors and their implications (Para 19 , 20 , 21 , 22 , 23 , 24)
7. interlocutory orders and jurisdiction (Para 25 , 26 , 27)
Md Yusup Che Teh HMRyS:

Pengenalan

[1] Rayuan Perayu adalah terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam Kes Mal No: 14700-042-0067-2012 (Permohonan Faraq Nikah) di mana diputuskan sebagaimana yang berikut:

(i) Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan tidak berbidangkuasa untuk memutuskan permohonan Pemohon, oleh itu Permohonan Pemohon tidak disabitkan.

Fakta Kes

[2] Perayu adalah bapa kandung kepada Responden 1 (Nur Nashuha). Manakala Responden 2 (Mazri) telah berkahwin dengan Responden 1 tanpa kebenaran dan tanpa perwalian oleh Perayu selaku wali mujbir. Perkahwinan tersebut dilangsungkan di Majlis Agama Islam, Wilayah Songkhla, Negara Thailand pada 20 Julai 2010 secara wali hakim.

[3] Pada 11 Julai 2011, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Muda, Kedah melalui Kes Mal No: 02007-010-0234-2011 telah membuat keputusan bahawa pernikahan tersebut adalah sah.

[4] Setelah mengetahui pernikahan tersebut melalui Responden 2, maka pada 21 Januari 2011, Perayu telah memfailkan Permohonan Faraq Nikah. Perintah yang dipohon oleh Perayu adalah sebagaimana yang berikut:

(i) Mahkamah memfaraqkan pernikahan antara Responden 1 (Nur Nashuha Azmi) dengan Responden 2 (Mazri Shariff) yang berlangsung pada 20 Julai 2010 di Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand berdasarkan s 46(2)(b)(i) Akta Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993;

(ii) Apa-apa relif yang difikirkan patut dan sesuai oleh Mahkamah Yang Mulia ini.

[5] Permohonan faraq tersebut dibuat atas alasan Responden 2 tidak sekufu dengan Responden 1 dari segi taraf pelajaran, pendidikan agama dan taraf hidup.

[6] Responden 2 hanya hadir sekali sahaja (3 Ogos 2011) selepas Notis Permohonan diserahkan kepadanya dan tidak memfailkan sebarang dokumentasi bagi menjawab permohonan Perayu. Manakala Responden 1 tidak pernah hadir dan tidak memfailkan jawapan. Sepanjang kes dibicarakan dan sehingga keputusan diberikan, mereka tidak hadir.

[7] Pada 17 Disember 2012, YA Hakim MTS telah membuat keputusan bahawa MTS Wilayah Persekutuan tidak berbidangkuasa untuk membuat perintah yang dipohon kerana tidak berbidangkuasa untuk membatalkan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Kedah yang telah mengesahkan pernikahan kedua-dua Responden. YA Hakim Bicara seterusnya berpendapat bahawa Perayu sepatutnya membuat rayuan atau semakan sebagai pencelah untuk didengar semula kes ini di MTS Negeri Kedah.

[8] Perayu telah tidak berpuas hati dengan keputusan YA Hakim Bicara dan telah memfailkan rayuan ini.

[9] Kedua-dua Responden tidak pernah hadir sepanjang prosiding pendengaran rayuan ini dan tidak memfailkan sebarang dokumentasi walaupun semua kertas kausa rayuan telah diserahkan kepada mereka.

Alasan Penghakiman Mahkamah Rayuan Syariah

[10] Perayu telah memplidkan 4 alasan rayuan, iaitu:

(i) Bahawa YA Hakim Bicara telah terkhilaf dari segi Hukum Syara', undang-undang dan fakta apabila menerima pakai dokumen dalam membuat pertimbangan tanpa melalui proses keterangan yang diiktiraf dan/atau diguna pakai oleh undang-undang sedia ada dan/atau Hukum Syara';

(ii) Bahawa YA Hakim Bicara telah terkhilaf dari segi Hukum Syara', undang-undang dan fakta apabila tidak mengarahkan minda kepada maqasid syariah malah meletakkan prosedur sebagai keutamaan dalam memutuskan kes;

(iii) Bahawa YA Hakim Bicara telah terkhilaf dari segi Hukum Syara', undang-undang dan fakta apabila gagal menerima pakai Arahan Amalan No 13 Tahun 2002 yang menetapkan bahawa mana-mana kes yang terdahulu difailkan hendaklah diberi keutamaan;

(iv) Bahawa

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top