MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
TETUAN BEE LING & CO LWN. VIJENDRAN PONNIAH
[Rayuan Sivil No: W-02-5-2002]
| Table of Content |
|---|
| 1. factual background of bankruptcy proceedings. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 8) |
| 2. court's findings on malicious prosecution and abuse of process. (Para 9 , 12 , 13 , 15 , 20 , 21 , 31) |
| 3. legal standards and requirements for malicious prosecution. (Para 11 , 14 , 28 , 34) |
| 4. arguments about the validity and intentions behind bankruptcy proceedings. (Para 16 , 17 , 19) |
| 5. conclusions of the court regarding the case outcome. (Para 42) |
[1] Tetuan Bee Ling & Co, defendan kedua, telah merayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana ("hakim bicara") yang telah membenarkan tuntutan plaintif bagi ganti rugi atas kausa tindakan pendakwaan niat-jahat sivil (civil malicious prosecution) dan penyalahgunaan proses (abuse of process). Di akhir rayuan, mahkamah ini dengan keputusan majoriti telah membenarkan rayuan defendan kedua dengan kos, dan mengetepikan keputusan hakim bicara. Alasan bagi keputusan membenarkan rayuan ini adalah seperti yang dihuraikan berikutan ini.
Latar Belakang
[2] Keterangan di hadapan mahkamah menunjukkan plaintif, seorang peguambela dan peguamcara, adalah pemegang kad kredit Carte Blanche yang dikeluarkan oleh defendan pertama. Pada sekitar bulan Mac 1987 terdapat sejumlah RM7,289.17 yang masih terhutang dan kena dibayar di bawah kad kredit itu. Keterangan juga menunjukkan firma guaman plaintif pernah menyediakan satu perjanjian pinjaman untuk defendan pertama dan telah mengemukakan bil bertarikh 4 Ogos 1986 sejumlah RM15,000 sebagai fee guaman. Disamping itu firma guaman plaintif turut mengemukakan bil sejumlah RM31,250 kepada MBf Holdings, syarikat pemegangan defendan pertama, sebagai fee bagi penyediaan satu perjanjian untuk syarikat itu. Kedua-dua bil tersebut bagaimanapun tidak dijelaskan.
[3] Melalui suratnya bertarikh 24 Mac 1987, defendan pertama telah membatalkan akaun dan kad kredit plaintif dan sehubungan dengan itu telah memintanya menjelaskan jumlah yang masih terhutang di bawah akaun itu. Ini disusuli dengan surat tuntutan peguamnya Tetuan Azim, Ong & Krishnan bertarikh 29 Mac 1988 (disebut "peguam pertama"). Plaintif melalui surat peguamnya bertarikh 6 April 1988 telah menafikan berhutang dengan defendan pertama seperti yang dituntut, dan sebaliknya telah menuntut bayaran kedua-dua bil tersebut di atas.
[4] Perkembangan selanjutnya menunjukkan defendan pertama, melalui peguam pertamanya, telah memfailkan saman bertarikh 23 April 1988 di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur (disebut "saman") terhadap plaintif menuntut sejumlah RM7,519.44 yang masih terhutang di bawah kemudahan kad kredit tersebut. Pada 28 Jun 1988 melalui peguam pertamanya, defendan pertama telah memasuki penghakiman ingkar terhadap plaintif atas ketidakhadiran peguamnya pada tarikh kembalian saman itu (disebut "penghakiman ingkar"). Seterusnya, pada sekitar bulan Oktober 1992 defendan pertama telah melantik firma guaman defendan kedua, iaitu perayu sekarang ini, untuk menggantikan peguam pertamanya dengan arahan untuk memulakan prosiding kebankrapan terhadap plaintif menurut penghakiman ingkar tersebut.
[5] Bertindak atas arahan itu, pada 1 Disember 1992 defendan kedua telah memfailkan suatu notis kebankrapan terhadap plaintif di Bahagian Dagang, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menghendakinya menjelaskan jumlah yang masih terhutang di bawah penghakiman itu yang pada masa material telahpun meningkat ke RM16,945, berserta faedah. Plaintif, melalui suratnya bertarikh 10 Disember 1992, telah memberitahu defendan kedua bahawa dia terkejut atas percubaan defendan kedua yang hendak menyampaikan notis kebankrapan itu kepadanya dan menyatakan perkara itu telahpun diselesaikan. Dia turut mengingatkan defendan kedua tentang akibatnya jika dia tidak memberhentikan prosiding kebankrapan tersebut. Defendan kedua telah merujukkan surat itu kepada defendan pertama tetapi telah diberitahu tiada penyelesaian telah dicapai dan defendan kedua telah diarahkan untuk meneruskan dengan prosiding kebankrapan tersebut. Tarik
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.