SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2024 MarsdenLR 277

MAHKAMAH SESYEN SELANGOR
MUHAMMAD ZAIRUL YAHYA LWN. ZAIL BADAROL HISHAM & YANG LAIN
[Guaman Sivil No: KB-A53KJ-305-11/2020]



The burden of proof lies on the Plaintiff to establish their claims, especially in cases involving allegations of fraud, which must be proven on the balance of probabilities.

Headnote:(A) Civil Procedure – Burden of Proof – The burden of proof lies on the Plaintiff to establish their case before it shifts to the Defendant – In cases involving fraud, the civil standard of proof applies, which is on the balance of probabilities. (Paras 6, 7, 16.1)

(B) Fraud – The court found that both Plaintiffs failed to prove their claims and that there was evidence of collusion to commit fraud between the Plaintiffs and Defendants. (Paras 4, 17)

Facts of the case: The Plaintiffs alleged negligence in a motorcycle accident involving two motorcycles, but investigations revealed fraudulent claims and inconsistencies in testimonies. (Paras 2, 3)

Findings of Court: The court determined that the Plaintiffs did not prove their claims and that fraud was present in both cases. (Paras 4, 17)

Issues: The main issues included whether the accident occurred and the credibility of the Plaintiffs' claims. (Paras 6, 16.2)

Ratio Decidendi: The court ruled that the Plaintiffs failed to meet the burden of proof, and the evidence indicated collusion and fraud. (Paras 4, 17)

Result: Claims dismissed with costs. (Paras 4, 17)

PENGHAKIMAN

Ahmad Rizki Abdul Jalil HMS:

Alasan Penghakiman

Pendahuluan

[1] Melalui Perintah Mahkamah ini yang bertarikh 16 Ogos 2021, kes BK-S1-A53KJ-287-12/2018 telah disatukan serta dibicarakan serentak dengan kes BK-A53KJ-305-11/2020, di mana Plaintif di dalam kes BK-A53KJ-305-11/2020 iaitu Muhammad Zairul bin Yahya adalah Defendan Pertama dalam kes A53KJ-287-12/2018. Manakala Defendan Pertama dalam kes BK-A53KJ-305-11/2020 iaitu Zail bin Badrol Hisham adalah Plaintif dalam kes A53KJ-287-12/2018. Kedua-dua kes ini telah disatukan serta dibicarakan serentak atas persetujuan pihak-pihak.

Rayuan hanya melibatkan kes BK-A53KJ-305-11/2020 oleh Plaintif terhadap liabiliti dan juga kuantum.

[2] Plaintif (Muhammad Zairul) telah membawa tindakan dalam kes BK-A53KJ-305-11/2020 terhadap Defendan (Zail) yang mendakwa melibatkan motorsikal no BFL 7031 dalam kemalangan ini. Selepas menerima satu laporan penyelaras, Pihak Defendan Ketiga (The Pasific Insurance Berhad) dalam kes BK-A53KJ-305-11/2020, telah mendapati adanya unsur "fraud" dalam kes ini.

[3] Hasil siasatan penyelaras mendapati bahawa Plaintif dan Defendan Pertama dalam kes ini telah bersubahat untuk membuat satu tuntutan palsu berkenaan ganti rugi daripada pihak Defendan Ketiga.

[4] Mahkamah setelah mendengar keterangan saksi-saksi dalam kedua-dua kes, meneliti ekshibit-ekshibit yang dikemukakan dan setelah mempertimbangkan hujahan pihak-pihak, di atas imbangan kebarangkalian mendapati bahawa bagi kes BK-A53KJ-305-11/2020 Plaintif telah gagal membuktikan tuntutannya. Defendan Ketiga berjaya membuktikan di atas imbangan kebarangkalian bahawa terdapat unsur penipuan (fraud) di antara Plaintif dan Defendan Pertama. Oleh itu, tuntutan Plaintif adalah ditolak dengan kos.

[5] Manakala bagi kes A53KJ-287-12/2018, Mahkamah mendapati bahawa plaintif telah gagal membuktikan tuntutannya. Plaintif telah gagal untuk membuktikan penglibatan motorsikal No BGV8040 dalam kemalangan dengan motorsikal Plaintif. Defendan Ketiga berjaya membuktikan di atas imbangan kebarangkalian bahawa terdapat unsur penipuan (fraud) di antara Plaintif dan Defendan Pertama. Oleh itu tuntutan Plaintif adalah ditolak dengan kos.

Liabiliti

Beban Pembuktian

[6] Berdasarkan nas undang-undang, beban pembuktian berada di atas bahu Plaintif sepanjang masa untuk membuktikan kes mereka terlebih dahulu sebelum beban berpindah kepada pihak Defendan.

Dalam kes ini adalah menjadi keutamaan bagi menentukan sama ada kemalangan benar-benar berlaku di antara Plaintif dan Defendan Pertama, memandangkan Defendan Ketiga mempertikaikan berlakunya kemalangan tersebut.

Mahkamah merujuk kepada kes-kes berikut:

Ng Chul Sia v. Maimon Ali ; [1983] 1 MLJ

"In an action for negligence, the onus of proving the allegation of negligence rests on the person who makes it. The Plaintiff must show affirmatively that there has been breach of specific or general duty by the defendant and this resulted in the damage to the Plaintiff. If he fails to prove this the action must fail."

[7] Dalam kes Sinnaiyah & Sons Sdn Bhd v. Damai Setia Sdn Bhd, , "we therefore reiterate that we agree and accept the rationale that in a civil claim, even when fraud is alleged the civil standard of proof, that is, on the balance of probabilities, should apply."

[8] Maka, Mahkamah mendapati adalah jelas bahawa Plaintif mempunyai tanggungjawab dan beban untuk membuktikan kesnya dengan keterangan yang secukupnya dan yang tidak bercanggah sebelum beban boleh dialihkan kepada Defendan-Defendan.

[9] Fakta-fakta kes yang menimbulkan isu fraud:

9.1 Laporan SKVE

Pihak SKVE adalah pihak pertama yang berada di tempat kejadian. Mereka mendapati bahawa, kedua-dua motorsikal Plaintif dan Defendan dalam kes ini telah jatuh sendiri akibat cuba mengelak serpihan tayar yang berada di atas jalan raya. Mengikut laporan SKVE, kedua-dua motorsikal berada di tempat kejadian semasa peronda SKVE sampai.

9.2 Kelewatan melaporkan kejadian kemalangan kedua-dua Plaintif dan Defendan melaporkan kejadian kemalangan ini la


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top