SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2024 MarsdenLR 643

MAHKAMAH PERUSAHAAN KUALA LUMPUR
MUHAMMAD ADDYNOOR MUHAMMAD ZAIN LWN. HUME CEMBOARD INDUSTRIES SDN BHD
Award No: 20 Tahun 2024 [No Kes: 2/4-408/22]



Petitioner Advocates:Sunthara Jothi Paramasivam ,Respondent Advocate: Mehala Marumuthoo,Rashmika Krishnamoorthy,Wang Jia Yi

Penamatan perkhidmatan Yang Menuntut adalah sah dan adil kerana kegagalan memenuhi syarat sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan yang berkompeten.

Headnote:(A) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 – Seksyen 20(3) – Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 – Seksyen 29(2) – Pemecatan kerja – Yang Menuntut dipecat oleh pihak Syarikat atas alasan gagal memenuhi syarat sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan yang berkompeten – Mahkamah mendapati bahawa penamatan adalah berdasarkan alasan yang adil dan munasabah. (Paras 21, 26, 36)

(B) Standard Pembuktian – Pihak Syarikat bertanggungjawab untuk membuktikan elemen salah laku yang digunakan sebagai asas penamatan perkhidmatan – Standard pembuktian adalah di atas imbangan kebarangkalian. (Paras 24, 25)

Facts of the case: Yang Menuntut dipecat oleh pihak Syarikat setelah gagal memenuhi syarat untuk menjadi Pegawai Keselamatan dan Kesihatan yang berkompeten, walaupun telah diberikan peluang selama empat tahun untuk melakukannya. (Paras 9, 10, 31)

Findings of Court: Mahkamah berpuas hati bahawa penamatan perkhidmatan Yang Menuntut adalah berdasarkan alasan yang adil dan munasabah, dan tiada unsur penganiayaan. (Paras 36, 34)

Issues: Adakah penamatan perkhidmatan Yang Menuntut adalah dengan just cause dan excuse? (Paras 21, 22)

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa pihak Syarikat telah memberikan peluang yang mencukupi kepada Yang Menuntut untuk memenuhi syarat yang ditetapkan dan penamatan adalah berdasarkan kegagalan Yang Menuntut untuk melakukannya. (Paras 31, 36)

Result: Tuntutan Yang Menuntut ditolak.

AWARD

Mohd Zulbahrin Zainuddin:

Rujukan

[1] Prosiding di hadapan Mahkamah ini adalah lanjutan daripada rujukan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan Malaysia di bawah s 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 , berhubung dengan pembuangan kerja Muhammad Addynoor Bin Muhammad Zain ("Yang Menuntut") oleh Hume Cemboard Industries Sdn Bhd ("pihak Syarikat") pada 29 Januari 2021.

Latar Belakang Kes Kedua-Dua Pihak

[2] Tindakan di hadapan Mahkamah ini timbul berikutan daripada pemecatan kerja Muhammad Addynoor Bin Muhammad Zain yang merupakan seorang warganegara Malaysia dan mempunyai pendidikan di tahap pengajian Diploma dalam bidang perniagaan.

[3] Hume Cemboard Industries Sdn Bhd adalah sebuah syarikat swasta yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat, 1965 yang mempunyai alamat pendaftar perniagaan di No 2 Tandang 46050 Petaling Jaya, selangor dan merupakan ahli Kumpulan Hong Leong (member of Hong Leong Group).

[4] Melalui 'Letter of Employment' bertarikh 3 Februari 2017 (COB1, ms 3-7), Yang Menuntut telah dilantik sebagai "Safety & Health Officer" (SHO) bermula pada 6 Februari 2017. Yang Menuntut dibayar gaji bulanan sebanyak RM4,300.00 dan terikat dengan tempoh percubaan (probation) selama enam (6) bulan.

[5] Selepas tiga (3) bulan menyertai pihak Syarikat, Yang Menuntut telah disahkan dalam jawatan berkuatkuasa pada 6 Mei 2017 (COB1, ms 8) dan gaji terakhir beliau adalah sebanyak RM4,759.00. Yang Menuntut melaporkan kepada 'Senior Operation Manager' dan kemudiannya kepada 'National Plant Manager'.

[6] Pihak Syarikat menegaskan bahawa adalah keperluan yang diperuntukan oleh undang-undang pihak Syarikat yang terlibat dalam industri pembuatan (manufacturing industry) untuk memiliki SHO di premis perkhidmatnnya dan perkara ini telah dinyatakan kepada Yang Menuntut sebelum pelantikannya. Yang Menuntut mengakui tidak memiliki kelayakan untuk dilantik sebagai SHO yang berkompeten, tetapi telah menghadiri kursus SHO yang dikendalikan oleh 'Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Kebangsaan' (NIOSH) dan beliau memiliki tiga (3) tahun pengalaman dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerja.

[7] Menurut pihak Syarikat lagi, Yang Menuntut telah memberikan akujanji (undertaking) bahawa beliau akan melengkapkan syarat sebagai SHO yang berkompeten dengan menduduki dan lulus peperiksaan berkaitan yang dikendalikan oleh NIOSH dan memohon untuk mendapatkan Buku Hijau (Green Book) daripada Jabatan Kesihatan & Keselamatan (DOSH).

[8] Berdasarkan kepada jaminan (assurance) yang diberikan itu dan atas fakta bahawa Yang Menuntut memiliki pengalaman dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerja bagi industri pembuatan, maka pihak Syarikat bersetuju untuk menyediakan peluang kepada beliau mendapatkan kecekapan yang diperlukan (necessary competency).

[9] Menurut Yang Menuntut, melalui surat 'Dismissal' bertarikh 29 Januari 2021 (COB1, ms 15) perkhidmatan beliau sebagai SHO telah ditamatkan serta merta berkuatkuasa pada 29 Januari 2021.

[10] Pihak Syarikat pula menegaskan bahawa perkara yang membawa kepada penamatan perkhidmatan Yang menuntut adalah seperti berikut:

i. Sepanjang perkhidmatan dengan pihak Syarikat, Yang Menuntut adalah tertakluk kepada 'Hong Leong Group's Manual on Personnel Policies and regulations' seperti yang terkandung di dalam 'Terms and Conditions of Employment';

ii. Sebagai SHO, Yang Menuntut dipertanggungjawabkan membantu pihak Syarikat dan pekerjanya terlibat dengan tuntutan pematuhan keselamatan, kesihatan dan persekitaran (safety, health & environment compliance requirement);

iii. Yang Menuntut telah sedar sepenuhnya bahawa sebagai SHO, keselamatan dan kesihatan pihak Syarikat dan pekerjanya adalah amat penting dan beliau sewajarnya mempunyai pendekatan yang tinggi di dalam melaksanakan tugasnya dalam memastikan kesihatan dan keselamatan pihak Syarikat;

iv. Walaupun beberapa kali amaran telah diberikan, Yang Menuntut masih tidak berkemampuan melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai SHO, khususnya di


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top