SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2021 MarsdenLR 2884

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH TERENGGANU
ABCD WXYZ LWN. KETUA PENDAKWA SYARIE JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH TERENGGANU
[Rayuan Jenayah No: 11500-143-XXXX-2020]



Petitioner Advocates:Wan Mohd Azziadi Wan Abd Jalil ,Respondent Advocate: Khasmizan Abdullah

Penjatuhan hukuman dalam kesalahan khalwat perlu mempertimbangkan latar belakang pesalah dan prinsip kepentingan umum dalam hukum syarak.

Headnote:(A) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 – Seksyen 31(b) – Kesalahan khalwat – Tertuduh disabitkan bersalah dan dihukum penjara selama 6 bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan – Mahkamah meneliti alasan rayuan dan mempertimbangkan latar belakang tertuduh serta menguatkuasakan prinsip bahawa hanya hukuman tidak berlebihan boleh dikenakan – Keputusan rayuan ditolak berdasarkan bukti keinsafan dan fakta yang gagal dibentangkan semasa perbicaraan – Pentingnya kesan umum terhadap masyarakat diambil kira dalam menjatuhkan hukuman (Paras 58, 59).

Facts of the case: Tertuduh ditangkap pada 8 Oktober 2016 dengan seorang lelaki bukan suami atau mahram di Chalet Tiang Tembesu, Marang.

Findings of Court: Mahkamah mengekalkan hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Bicara kerana mematuhi undang-undang dan keperluan untuk memberi pengajaran terhadap kesalahan yang dilakukan.

Issues: Adakah Hakim terkhilaf dalam menilai latar belakang tertuduh sebelum menjatuhkan hukuman?

Ratio Decidendi: Mahkamah mendapati tiada kesilapan pada hukuman yang dijatuhkan dan menegaskan bahawa hukum syarak perlu dipatuhi untuk kepentingan awam.

Result: Permohonan rayuan ditolak.

PENGHAKIMAN

Rosdi Harun:

[1] Kes Rayuan Jenayah ini didengar di dalam Mahkamah Terbuka, Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di Kuala Terengganu dengan kehadiran Perayu bersama Peguam Syarie, Encik Wan Mohd Azziadi bin Wan Abd Jalil dari Tetuan Wan Mohd Azziadi & Co, dan Pendakwa Syarie, Tuan Khasmizan bin Abdullah dari Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu, maka pada hari ini Yang Arif Hakim telah membuat penghakiman seperti berikut:

Dalam kes ini, Perayu telah terkilan dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang terhadap keseluruhan keputusan/hukuman iaitu hukuman yang telah diputuskan oleh Hakim Bicara ke atas Perayu (Tertuduh). Perayu, ABCD binti WXYZ, No KP: 1234567 adalah orang kena tuduh di bawah s 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001. Ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang, Tertuduh mengesahkan bahawa dia faham akan pertuduhan dan mengaku bersalah. Pada tarikh 24 Januari 2017, Perayu telah disabitkan bersalah oleh Hakim Mahkamah Syariah Daerah Marang, Terengganu atas kesalahan khalwat dan dijatuhkan dengan hukuman ditahan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Sabak Bernam, Selangor selama 6 bulan.

[2] Dalam kes ini Perayu telah terkilan dengan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang terhadap keseluruhan keputusan/ hukuman iaitu sabitan hukuman ditahan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan yang telah diputuskan oleh Hakim Bicara ke atas Perayu. Perayu ABCD binti WXYZ, No KP: 1234567 adalah orang kena tuduh di bawah s 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001, dan tertuduh ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang mengesahkan faham akan pertuduhan yang dibacakan dan mengaku bersalah. Pada 24 Januari 2017, tertuduh telah disabitkan bersalah oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang, Terengganu atas kesalahan khalwat di bawah seksyen yang sama dan dijatuhkan dengan hukuman ditahan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Sabak Bernam, Selangor selama 6 bulan.

Fakta Kes

[3] Perayu telah didakwa di atas pertuduhan di hadapan Hakim Bicara dengan pertuduhan seperti berikut:

"Bahawa kamu pada tarikh 8 Oktober 2016 jam lebih kurang 1.16 pagi didapati berada bersama dengan seorang lelaki yang bukannya suami kamu atau mahram kamu iaitu FGHI Bin JKLM, KP: 111213 bertempat di dalam sebuah bilik No 4, Chalet Tiang Tembesu, Jalan Bukit Khor, 21600 Marang, Terengganu yang mana pada ketika itu keadaan tersebut boleh menimbulkan syak bahawa kamu sedang melakujab perbuatan yang tidak bermoral. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan khalwat di bawah s 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama."

[4] Pertuduhan tersebut telah didengar di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang pada 24 Januari 2017 dengan kehadiran Perayu tanpa diwakili Peguam Syarie. Setelah pertuduhan dibacakan ke atas Perayu, Perayu mengaku faham pertuduhan dan mengaku bersalah. Atas pengakuan faham akan pertuduhan serta pengakuan bersalah Perayu Hakim Bicara telah memberi satu penghakiman berkaitan pertuduhan kesalahan Jenayah Syariah dengan kesalahan khalwat sebagaimana berikut:

Hukuman terhadap Tertuduh:

Saya sabitkan kamu, ABCD binti WXYZ, No KP: 1234567 dengan kesalahan jenayah khalwat di bawah s 31(b) Enakmen Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 di atas iqrar (pengakuan salah) kamu, dan saya hukum ke atas kamu dengan hukuman di tahan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Sabak Bernam, Selangor selama 6 bulan mulai hari ini.

[5] Perayu tidak berpuas hati dengan penghakiman dan hukuman tersebut, Perayu telah memfailkan Notis Rayuan pada hari yang sama, 24 Januari 2017, yang mana rayuan adalah terhadap keseluruhan penghakiman dan hukuman yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang tersebut.

[6] Seterusnya, Perayu dalam Petisyen Rayuannya telah mengemuk


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top