SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2023 MarsdenLR 989

MAHKAMAH PERUSAHAAN KUALA LUMPUR
MUHAMMAD HAIROL FAIZOL MAT ZALAN LWN. YR CAPITAL SDN BHD
Award No: 2373 Tahun 2023 [No Kes: 19/4-1009/22]



Petitioner Advocates:,Respondent Advocate:

Pemecatan tanpa sebab yang adil adalah tidak sah; beban pembuktian terletak pada pihak yang menamatkan perkhidmatan untuk membuktikan justifikasi pemecatan.

Headnote:(A) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 - Seksyen 20(3) - Pemecatan tanpa sebab yang adil - Mahkamah memutuskan bahawa pemecatan Pihak Yang Menuntut adalah tidak sah kerana Pihak Syarikat gagal hadir di perbicaraan dan tidak memberikan jawapan kepada tuntutan. (Paras 34, 36, 41)

(B) Beban Pembuktian - Pihak Yang Menuntut mempunyai beban untuk membuktikan pemecatan dan Pihak Syarikat gagal membuktikan bahawa pemecatan adalah dengan sebab yang adil. (Paras 13, 16)

(C) Pendengaran Ex-Parte - Mahkamah berhak untuk meneruskan pendengaran secara ex-parte apabila satu pihak gagal hadir. (Paras 17, 18)

Facts of the case:
Pihak Yang Menuntut ditamatkan perkhidmatan oleh Pihak Syarikat tanpa notis dan gagal membayar gaji tertunggak. Tuntutan dibuat setelah proses rundingan damai tidak berhasil. (Paras 7-12)

Findings of Court:
Mahkamah mendapati pemecatan adalah tanpa sebab yang adil dan mengarahkan ganti rugi kewangan serta gaji kebelakangan dibayar kepada Pihak Yang Menuntut. (Paras 34, 41)

Issues: Adakah terdapat pemecatan dan adakah pemecatan tersebut dengan sebab yang adil? (Paras 19)

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa pemecatan adalah tidak sah kerana Pihak Syarikat gagal membuktikan alasan yang adil untuk pemecatan dan tidak hadir di perbicaraan. (Paras 34, 36)

Result: Tuntutan Pihak Yang Menuntut dibenarkan dengan jumlah ganti rugi sebanyak RM23,731.20. (Paras 41, 43)

Table of Content
1. procedural background of the case. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6)
2. details of employment and termination. (Para 7 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12)
3. legal principles regarding dismissal. (Para 13 , 14 , 15 , 16 , 17 , 18)
4. court's evaluation of evidence. (Para 19 , 20 , 21 , 22)
5. assessment of the claimant's situation. (Para 23 , 24 , 25 , 26 , 27 , 28 , 29)
6. impact of termination on the claimant. (Para 30 , 31 , 32)
7. court's finding on the claimant's case. (Para 33)
8. court's decision on compensation. (Para 34 , 35 , 36 , 37 , 38 , 39 , 40)
9. final award and payment terms. (Para 41 , 42)

[1] Ini adalah suatu rujukan pada 7 Jun 2022 yang dibuat di bawah s 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) oleh Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan Malaysia yang dirujuk daripada pembuangan kerja MUHAMMAD HAIROL FAIZOL BIN MAT ZALAN (selepas ini disebut sebagai "Pihak Yang Menuntut") oleh YR CAPITAL SDN BHD (selepas ini disebut sebagai "Pihak Syarikat") pada 10 Disember 2021.

Latar Belakang Prosedural

[2] Di dalam pematuhan amalan mantap Mahkamah yang mulia ini, secara umumnya dikenali sebagai Pengurusan Kes Pra-Perbicaraan, Mahkamah ini telah menetapkan tarikh e-sebutan bagi kes ini pada 6 Julai 2022, 12 September 2022, 23 Februari 2023, 20 September 2023.

[3] Semasa pengurusan kes secara fizikal pada 20 September 2023 dalam kehadiran Pihak Yang menuntut, manakala Pihak Syarikat tidak hadir, Mahkamah Yang Mulia ini telah memaklumkan tentang tarikh pengurusan kes yang telah ditetapkan iaitu pada 20 September 2023. Pihak Syarikat dan Pihak Yang Menuntut telah dimaklumkan tarikh pengurusan kes pada 20 September 2023 melalui email yang bertarikh pada 14 September 2023. Pihak Syarikat telah gagal hadir semasa perbicaraan pada tarikh 3 Oktober 2023.

[4] Atas sebab yang tidak pernah dimaklumkan kepada Mahkamah, Pihak Syarikat telah gagal hadir mahupun menghantar sebarang perwakilan ke Mahkamah Yang Mulia ini pada hari perbicaraan yang telah ditetapkan pada 3 Oktober 2023.

[5] Dengan latar belakang prosiding di atas, perbicaraan bagi kes ini telah di jalankan secara ex-parte pada 3 Oktober 2023 di dalam ketidakhadiran wakil Pihak Syarikat. Manakala Pihak Yang Menuntut telah hadir untuk perbicaraan dan beliau telah mewakili diri sendiri di dalam perbicaraan tersebut.

[6] Adalah penting untuk dinyatakan bahawa Pihak Syarikat telah gagal memfailkan Pernyataan Jawapan kepada Pernyataan Kes yang telah difailkan oleh Pihak Yang Menuntut.

Fakta Ringkas Dan Kes Pihak Yang Menuntut

[7] Pada tarikh 13 Ogos 2019, Pihak Yang Menuntut telah menandatangani surat tawaran kerja di Syarikat YR Retail Sdn Bhd Jawatan yang di tawarkan pada Pihak Yang Menuntut ialah sebagai 'Purchasing and Warehouse Executive' dengan gaji sebanyak RM2300.00 sebulan.

[8] Pada tarikh 1 Disember 2019, Pihak Yang Menuntut telah menerima surat 'Confirmation Letter' daripada syarikat Bahagian Sumber Manusia yang menyatakan jawatan yang dipegang oleh Pihak Yang Menuntut telah tetap dan Pihak Yang Menuntut telah menerima kenaikan gaji sebanyak RM2400.00 sebulan. Pihak Yang Menuntut telah menandatangani surat ini pada tarikh 12 Disember 2019.

[9] Pada tarikh 24 Disember 2019, Pihak Yang Menuntut diberi surat perpindahan Syarikat yang menyatakan Company transfer from YR Retail Sdn Bhd to YR Capital Sdn Bhd Di dalam surat ini, Pihak Yang Menuntut akan di pindahkan ke syarikat YR Capital Sdn Bhd secara rasmi pada tarikh 1 Januari 2020. Di dalam surat ini juga menyatakan segala syarat & terma pekerjaan tidak berubah dan sama seperti Surat Tawaran Kerja terdahulu. Selain itu, di dalam surat ini jawatan Pihak Yang Menuntut telah ditukarkan sebagai 'Purchasing and Admin Executive'. Pihak Yang Menuntut telah menandatangani surat ini pada tarikh 7 Januari 2020.

[10] Pihak Yang Menuntut menyatakan bahawa Pihak Yang Menuntut dan semua pekerja yang lain telah diperdaya oleh pihak majikan dengan mengarahkan mereka menutup kafeteria di Setapak Central Kuala Lumpur dengan menjanjikan akan membuk

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top