SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2008 MarsdenLR 4255

CHEW SOO HO
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
HOT CAN SDN BHD - Appellant
Versus
LOH TEAN HIN - Respondents

AWARD NO: 1832 TAHUN 2008 (KES NO: 5(18)/4-817/07)
Decided On : 10/28/2008

Advocates:
Bagi Pihak Menuntut - Shaik Azrin Shaik Daud; T/n Shaik Azrin & Co
Bagi Pihak Responden - Steven KC Tang; T/n KC Tang & Co

Rujukan:

Ini adalah satu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 mengenai pembuangan kerja Encik Loh Tean Hin (selepas ini disebut sebagai "Pihak Menuntut") oleh Hot Can Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai "Pihak Responden") pada 1 Ogos 2006.

AWARD

Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Encik Loh Tean Hin, Pihak Menuntut, pada 1 Ogos 2006.

Kes ini dibangkitkan untuk sambung bicara pada 28 Oktober 2008 dengan kehadiran Encik Shaik Azrin bin Shaik Daud dari Tetuan Shaik Azrin & Co., peguamcara yang mewakili Pihak Menuntut dan Encik Steven K.C. Tang dari Tetuan K.C. Tang & Co., peguamcara yang mewakili Pihak Responden. Pihak Menuntut dan wakil Pihak Responden, Dato' Kenneth Warren Kolb turut hadir. Encik Shaik Azrin memaklumkan Mahkamah bahawa kedua-dua pihak telah mencapai penyelesaian damai di dalam kes ini dan memohon Award Persetujuan dirakamkan menurut terma-terma penyelesaian seperti berikut:

(1) Pihak Responden hendaklah mengeluarkan satu surat penamatan perkhidmatan Pihak Menuntut berkuatkuasa daripada 1.9.2005 kepada Pihak Menuntut pada atau sebelum 4.11.2008;

(2) Pihak Responden hendaklah membayar kepada Pihak Menuntut jumlah sebanyak RM24,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Empat Ribu sahaja) sebagai penyelesaian penuh dan muktamad ke atas tuntutan Pihak Menuntut melalui peguamcaranya dalam rekod dengan Enam ansuran bulanan yang sama mulai 30.12.2008 dan pada setiap 30hb pada bulan-bulan berikut sehingga penyelesaian; dan

(3) Pihak Menuntut bersetuju untuk menarik balik segala pengaduannya terhadap Pihak Responden daripada K.W.S.P dan Lembaga Hasil Dalam Negeri darihal pekerjaannya dengan Pihak responden.

Encik Steven K.C. Tang dan wakil Pihak responden, Dato' Kenneth Warren Kolb masing-masing mengesahkan terma-terma penyelesaian tersebut.

Maka, Mahkamah dengan ini menurunkan Award menurut terma-terma penyelesaian tersebut seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top