SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2008 MarsdenLR 2085

AHMADI HAJI ASNAWI, J

MAHKAMAH TINGGI (MUAR)

PP - Appellant
Versus
NORDIN AHMAD - Respondents

RAYUAN JENAYAH NO: 45-8 TAHUN 2005

Decided On : 11/28/2008

PERTUDUHAN PILIHAN

"Bahawa kamu pada 10.07.2003 lebih kurang jam 1.30 tengahari, di tepi jalan berhadapan rumah POS 69, Jalan Dato' Hj. Kosai , Parit Keroma, dalam daerah Muar, dalam Negeri Johor Darul Takzim, telah menyebabkan kematian SULEIMAN @ SATIMAN BIN HJ. MOIN (NO. K/P: 150711-01-5019) dengan niat menyebabkan kecederaan tubuh badan yang mungkin menyebabkan kematiannya, dan dengan itu kamu telah melakukan homisid salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh yang boleh dihukum dibawah seksyen 304(a) Kanun Keseksaan."

Pertuduhan pilihan tersebut telah dibacakan dan difahamkan kepada tertuduh, dan beliau telah mengaku salah terhadap pertuduhan tersebut, serta memahami sifat dan akibat pengakuannya. Fakta ringkas yang diakui benar oleh OKT adalah seperti berikut:-

Pada 10.07.2003 jam lebih kurang 1.30 tengahari, pengadu iaitu Zainun binti Abdullah bersama suaminya Suleiman @ Satiman bin Hj Moin iaitu simati, berada di hadapan rumah mereka di alamat POS 69, Jalan Dato' Hj. Kosai, Parit Keroma, Muar, Johor. Pada waktu itu, OKT telah datang dengan menaiki sebuah motosikal, berpura-pura bertanyakan kepada mereka mengenai rumah untuk disewa. Ketika sedang berbincang, OKT telah merentap rantai leher yang dipakai oleh pengadu. OKT lantas memecut motosikalnya. Simati kemudian telah terus mengejar OKT dan berjaya mencapai bahagian belakang motosikal OKT. OKT kemudian telah melibaskan pisau terhadap simati dan libasannya telah mengenai pada bahagian perut Simati. Simati disahkan meninggal dunia pada jam lebih kurang 8.00 malam hari yang sama.

Atas pengakuan bersalahnya mahkamah telah menyabitkan OKT dengan pertuduhan tersebut dan menjatuhkan hukuman penjara selama 16 tahun dari tarikh beliau ditangkap pada 15 Ogos 2003. Atas hukuman inilah OKT telah memfailkan rayuan ini.

Didalam melaksanakan budibicara kehakiman untuk mengenakan bentuk sesuatu hukuman, mahkamah dikehendaki untuk mematuhi prinsip-prinsip penghukuman yang tertentu untuk menentukan apakah bentuk hukuman dan jika dipenjarakan, tempoh yang setimpal di dalam sesuatu kes itu. Prinsip-prinsip ini adalah tetap. Antara faktor-faktor yang perlu diambilkira oleh mahkamah adalah seperti yang telah diperjelaskan oleh Mahkamah Agong di dalam kes Mohd Abdullah Ang Swee Kang v. PP [1987] CLJ 209 (Rep); [1987] 2 CLJ 405 iaitu:-

In assessing the length of custodial sentence, the court must look at the overall picture in perspective by considering, firstly, the gravity of the of offence committed; secondly, the facts in the comission of the offence; thirdly, the presence or absence of mitigating factors, and fourthly, the sentences that have been imposed in the past for similiar offences to determine the trend of sentencing policy, if any.

Faktor lain yang perlu dititikberatkan oleh mahkamah adalah kepentingan awam. Demi mencegah mana-mana orang lain dari melakukan kesalahan yang serupa hukuman deteren di anggap suatu keperluan ( Tan Bok Yeng v. PP ; [1972] 1 MLJ 214). Mahkamah juga bertanggungjawab untuk memberi pertimbangan keseimbangan di antara kepentingan awam dan kepentingan tertuduh (PP v. Loo Choon Fatt ; [1976] 2 MLJ 256). Keseimbangan yang diperlukan adalah seperti yang dihuraikan dalam PP v. Dato' Waad Mansor [2005] 1 CLJ 421, iaitu:-

In Lim Poh Tee v. PP [2001] 1 SLR p. 674. it was held that the principle of deterrence dictated that the length of the custodial sentence awarded had to be a not insubstantial one in order to drive home the message that such offences would not be tolerated; but not so much as to be unjust in all the circumstances of the case. In this regard, the culpability of the offender, the circumstances of the offence, the aggravating and mitigating factors, and the sentences imposed in similar cases would be relevant considerations.

Setelah meneliti keseluruhan keadaan di dalam kes ini, mahkamah berpendapat oleh kerana kesalahan yang dilakukan adalah satu kesalahan yang berat, serious lagi tidak bertimbangrasa, hukuman yang wajar dan sesuai dikena

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top