2008 MarsdenLR 4729
CHEW SOO HO
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
AMER SPORTS MALAYSIA SDN BHD - Appellant
Versus
POTHERA MOHAN P SREEDHARAN - Respondents
AWARD NO: 1732 TAHUN 2008 (KES NO: 5/4-1149/07)
Decided On : 10/08/2008
Peguamcara Pihak Menuntut - Cheng Poh Heng; T/n Cheng Poh Heng & Co
Peguamcara Pihak Responden - Ravindra Kumar; T/n Raja, Darryl & Loh
Ini adalah satu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 mengenai Pembuangan Kerja ke atas Encik Pothera Mohan A/L P. Sreedharan (selepas ini disebut sebagai "Pihak Menuntut") oleh Amer Sports Malaysia Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai "Pihak Responden") pada 8 Ogos 2006.
AWARD
Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Encik Pothera Mohan A/L P. Sreedharan, Pihak Menuntut, pada 8 Ogos 2006.
Kes ini telah dibangkitkan untuk sebutan pada 8 Oktober 2008 dengan kehadiran Encik Cheng Poh Heng dari Tetuan Cheng Poh Heng & Co., peguamcara yang mewakili Pihak Menuntut dan Encik Ravindra Kumar dari Tetuan Raja, Darryl & Loh, peguamcara yang mewakili Pihak Responden. Encik Ravindra Kumar memaklumkan Mahkamah bahawa kes ini telah selesai di antara kedua-dua pihak. Encik Cheng Poh Heng mengesahkan dan seterusnya menarik balik kes ini tanpa kebebasan untuk ia difailkan semula.
Memandangkan kes ini telah selesai dan ditarik balik, maka Mahkamah mengeluarkan Award membatalkan kes ini tanpa kebebasan untuk ia dipohon atau difailkan semula.