SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2023 MarsdenLR 283

MAHKAMAH SESYEN SHAH ALAM
KERAJAAN MALAYSIA LWN. ABDUL MUHSIN ABDUL RAHMAN
[Guaman Sivil No: BA-A51NCvC-137-12/2022]



Petitioner Advocates:Mohf Faizal Mohd Fuad ,Respondent Advocate: Izzat Zabir Sariff

The court affirmed that under the Income Tax Act, a valid tax assessment becomes due upon service, and defenses claiming inaccuracies cannot be entertained in summary judgment proceedings.

Headnote:(A) Income Tax Act 1967 - Sections 77(1), 90(3), 103(2), 106(1), and 106(3) - Summary judgment sought for unpaid income tax of RM209,583.00 for Assessment Year 2019, including penalties - Defendant failed to file tax returns on time, leading to tax assessment and penalty - Court found that the defendant's claims were mere denials and did not raise triable issues - Court ruled that tax assessments were valid and enforceable. (Paras 20-45)

(B) Summary Judgment - The principles governing summary judgments require the plaintiff to establish a prima facie case, shifting the burden to the defendant to raise triable issues - The court cannot entertain defenses regarding the assessment amount as excessive or incorrect under the Income Tax Act. (Paras 28-41)

Facts of the case:
The plaintiff sought a summary judgment against the defendant for unpaid income tax totaling RM209,583.00 for the Assessment Year 2019, including a 10% penalty due to late payment. The defendant argued that they had made partial payments and raised issues regarding the actual amount owed.

Findings of Court:
The court found that the plaintiff had met the burden of proof and the defendant failed to raise any triable issues. The assessment was deemed valid and enforceable under the Income Tax Act.

Issues: The court addressed whether the defendant had raised valid defenses against the plaintiff's claim and the validity of the tax assessment.

Ratio Decidendi: The court held that the defendant's mere denial did not suffice to create triable issues and that the assessment was valid under the Income Tax Act, which restricts the court from entertaining claims regarding the assessment's accuracy.

Result: Summary judgment entered against the defendant for RM209,583.00 with costs.

Table of Content
1. overview of the plaintiff's claim and evidence. (Para 1 , 2)
2. plaintiff's arguments on tax arrears. (Para 3 , 4 , 5)
3. defendant's arguments and claims of merit. (Para 6 , 7 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12 , 13 , 14 , 15 , 16 , 17 , 18 , 19)
4. court's analysis on the merits of the case. (Para 20 , 21 , 22 , 23 , 24 , 25 , 26 , 27 , 28 , 29 , 30 , 31 , 32 , 33 , 34 , 35 , 36 , 37 , 38 , 39 , 40 , 41)
5. court's decision and order. (Para 42 , 43 , 44)
Rafiqha Hanim Mohd Rosli HMS:

A. Pendahuluan

[1] Ini adalah suatu permohonan Plaintif melalui Notis Permohonan (Kandungan 9) bertarikh 21 Jun 2023 dan disokong oleh Afidavit Sokongan Plaintif yang diikrarkan oleh Azraf bin Azmi pada 20 Jun 2023 (Kandungan 10) bagi satu Perintah Penghakiman Terus terhadap Defendan berkait tuntutan Plaintif bagi mendapatkan cukai pendapatan Tahun Taksiran 2019 berjumlah RM209,583.00 yang telah cukup tempoh dan telah menjadi terhutang serta kena dibayar oleh Defendan kepada Plaintif. Jumlah yang dituntut oleh Plaintif adalah termasuk kenaikan di bawah s 103 Akta Cukai Pendapatan 1967 ("ACP 1967").

[2] Mahkamah merujuk kesemua kertas kausa seperti di bawah:

i. Writ Saman bertarikh 23 Disember 2022 dan Pernyataan Tuntutan Plaintif bertarikh 23 Disember 2022 (selepas ini disebut sebagai "Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif);

ii. Pernyataan Pembelaan Defendan bertarikh 12 Mei 2023 (selepas ini dirujuk sebagai "Pembelaan Defendan");

iii. Jawapan Kepada Pernyataan Pembelaan bertarikh 26 Mei 2023 (selepas ini dirujuk sebagai "Jawapan Kepada Pembelaan"); dan

iv. Notis Permohonan Penghakiman Terus Plaintif bertarikh 21 Jun 2023 (selepas ini dirujuk sebagai ''Notis Permohonan Penghakiman Terus").

v. Afidavit Sokongan Plaintif yang diikrarkan oleh Azraf bin Azmi pada 20 Jun 2023 (selepas ini dirujuk sebagai "Afidavit Sokongan Plaintif);

vi. Afidavit Jawapan Defendan yang diikrarkan oleh Abdul Muhsin Bin Abdul Rahman pada 10 Julai 2023 (selepas ini dirujuk sebagai "Afidavit Jawapan Defendan"); dan

vii. Afidavit Balasan Plaintif yang diikrarkan oleh Azraf bin Azmi pada 24 Julai 2023 (selepas ini dirujuk sebagai "Afidavit Balasan Plaintif).

B. Hujahan Plaintif

[3] Plaintif melalui Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan tersebut telah menuntut daripada Defendan tunggakan cukai pendapatan yang menjadi terhutang kepada Kerajaan Malaysia yang merupakan Plaintif dalam tindakan ini bagi jumlah RM209,583.00 yang merupakan cukai pendapatan bagi Tahun Taksiran 2019 termasuk kenaikan menurut ACP 1967.

[4] Kausa tindakan tuntutan Plaintif melalui Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan tersebut adalah berdasarkan Notis Taksiran bertarikh 1 November 2021 (selepas ini dirujuk sebagai "Notis Taksiran tersebut") bagi jumlah RM190,530.00 yang telah disampaikan kepada Defendan secara pos ke alamat terakhir Defendan yang diketahui Plaintif pada masa itu.

[5] Disebabkan Defendan telah gagal untuk menyelesaikan bayaran tunggakan cukai pendapatan sebanyak RSV1190,530.00 yang ditaksirkan ke atasnya dalam tempoh yang ditetapkan, kenaikan 10% iaitu sebanyak RM19,053.00 telah dikenakan ke atas Defendan berdasarkan peruntukan s 13 ACP 1967. Setelah ditambah kenaikan berkenaan, jumlah yang terhutang dan dituntut oleh Plaintif dan Defendan masih gagal, enggan dan/atau mengabaikan tanggungjawabnya untuk menyelesaikan baki tunggakan cukai pendapatan yang telah cukup tempoh dan telah menjadi terhutang serta kena dibayar oleh Defendan kepada Plaintif.

C. Hujahan Defendan

[6] Hujahan Defendan adalah seperti di bawah:

(a) Defendan Mempunyai Pembeiaan-Pembelaan Yang Bona Fide Dan Bermerit Terhadap Tuntutan-Tuntutan Plaintif

[7] Defendan menghujahkan bahawa ia adalah tidak bertanggungan dengan tuntutan-tuntutan Plaintif dalam tindakan ini dan juga melalui Notis Permohonan Plaintif (Lampiran 9) tersebut yang mana Plaintif telah menuntut daripada Defendan sebanyak RM209,583.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sembilan Ribu Lima Ratus Lapan Puluh Tiga) berserta faedah sebanyak 5% setahun dari tarikh penghakiman hingga

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top