SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Headnote Court Copy Facts Arguments Court observation Judicial Analysis Case Map Category Hierarchy Table of Content
Listen Article Pause Article
judgment-img

2023 MarsdenLR 940

MAHKAMAH PERUSAHAAN KUALA LUMPUR
WONG WUI YANG LWN. TMAKER SALES SDN BHD
Award No: 985 Of 2023 [Case No: 15(6)(15)/4-2131/20]



Important Points

The court set a precedent that employers bear the burden of proof in dismissal cases, ensuring just cause is established for termination, as supported by relevant statutes.

Subject

Employment - Unfair Dismissal

Act Referred

Akta Perhubungan Perusahaan 1967: S.20(3), S.30(5)

Headnote

This ruling addresses a referral under Section 20(3) of the Industrial Relations Act 1967 regarding the dismissal of Wong Wui Yang by TMaker Sales Sdn Bhd on December 13, 2019. The claimant was employed from July 1, 2019, and underwent a probation period followed by a confirmation of employment on October 1, 2019. The termination was contested on grounds of misconduct, including lateness and undermining company policies. The court found TMaker failed to substantiate these claims, ruling in favor of Wong Wui Yang and awarding back wages and a month's salary in lieu of notice, amounting to RM7,490. Ultimately, the court reinforced the burden of proof on employers in dismissal cases, ensuring just cause is established for termination.

Petitioner Advocates:Surekaa Santhiran ,Respondent Advocate: Aszriyati Ahmad Suhaimi

Table of Content
1. addressed the factual background and employment history of the claimant. (Para 1 , 2 , 10 , 25)
2. detailed the court's reasoning on the burden of proof and justification for dismissal. (Para 39 , 41 , 70 , 135)
3. clarified the court's findings on misconduct and evidentiary standards. (Para 58 , 76 , 114)
4. concluded the findings and the judgement outcome. (Para 134 , 142)
AWARD

Iznan Ishak:

Rujukan

[1] Ini adalah suatu rujukan di bawah s 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 berkaitan dengan pembuangan kerja Wong Wui Yang (selepas ini disebut sebagai "Pihak Menuntut") oleh TMaker Sales Sdn Bhd (selepas ini disebut sebagai "Pihak Syarikat") pada 13 Disember 2019.

A. Ringkasan Kes

(Berdasarkan Hujahan-Hujahan Pihak-Pihak)

[2] Pihak Menuntut telah ditawar bekerja pada 14 Mei 2019 dan pihak bersetuju untuk mulai bekerja pada 1 Julai 2019 selepas menandatangani surat tawaran pada 1 Julai 2019 (CLB-1 m/s 2-5).

[3] Pihak Syarikat telah menawarkan Pihak Menuntut ke jawatan tetap melalui surat bertarikh 1 Oktober 2019 bertajuk "Confirmation of Employment-Sales Executive" (CLB-1 m/s 6).

[4] Pihak Menuntut telah mengembalikan surat pengesahan ke jawatan tetap pada 1 Disember 2019.

[5] Pihak Syarikat telah mengeluarkan surat menarik balik surat tawaran pengesahan jawatan kepada Pihak Menuntut pada 5 November 2019 (CLB-1 m/s 7).

[6] Pihak Menuntut telah menerima Surat Pemberhentian serta merta daripada Pihak Syarikat pada 13 Disember 2019 dan Pihak Menuntut diarahkan untuk mengembalikan barang kepunyaan Pihak Syarikat pada 13 Disember 2019 (CLB-1 m/s 8 & 9).

[7] Dalam Surat Pemberhentian alasan yang diberikan ialah masalah datang lewat dan kononnya memburuk Pihak Syarikat.

[8] Pihak Menuntut tidak menandatangani Surat Pemberhentian.

[9] Gaji Pihak Menuntut semasa diberhentikan ialah RM2,700.00.

B. Kronologi Kes

[10] Kes ini telah beberapa kali ditetapkan e-sebutan tetapi telah ditangguhkan disebabkan pandemik COVID dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

[11] Pada tarikh e-sebutan 5 Ogos 2021, Mahkamah telah menetapkan tarikh bicara pada 28 dan 29 Mac 2022 dan memberi arahan kepada pihak-pihak untuk memfailkan Rejoinder, Penyata Saksi dan Ikatan Dokumen sebelum 4 Mac 2022 dan menetapkan tarikh e-sebutan pada 14 Mac 2022.

[12] Pada tarikh e-sebutan 14 Mac 2022 Pihak Syarikat atau wakil tidak hadir untuk e-sebutan dan peguam Pihak Menuntut memohon lanjutan masa untuk failkan Penyata Saksi dan membangkitkan isu Pihak Syarikat tidak memfailkan Ikatan Dokumen.

[13] Pada tarikh e-sebutan tersebut Mahkamah membenarkan lanjutan masa untuk peguam Pihak Menuntut memfailkan Kenyataan Saksi sehingga 21 Mac 2022.

[14] Pada tarikh perbicaraan iaitu 28 Mac 2022, Pihak Syarikat diwakili oleh Puan Aszriyati Binti Ahmad Suhaimi (Eksekutif Sumber Manusia) Pihak Syarikat dan Puan Surekaa daripada Tetuan Prem & Associates bagi Pihak Menuntut.

[15] Puan Aszriyati telah mohon kepada Mahkamah satu penangguhan kerana saksi Pihak Syarikat tidak sihat dan takut untuk hadir Mahkamah kerana di kilang terdapat pekerja dijangkiti dengan COVID-19.

[16] Mahkamah atas permohonan Puan Aszriyati membenarkan penangguhan perbicaraan pada 28 Mac 2022 dan perbicaraan akan dijalankan pada 29 Mac 2022.

[17] Pada 29 Mac 2022 Puan Aszriyati mengatakan bahawa saksi Pihak Syarikat iaitu ujian RTK Encik Chong Hock Cheng adalah negatif dan salinan ujian RTK bertarikh 29 Mac 2022 dikemukakan kepada Mahkamah.

[18] Puan Aszriyati juga menyatakan bahawa telah mendapat arahan Pihak Syarikat untuk mengendalikan perbicaraan dan surat kebenaran daripada Pihak Syarikat bertarikh 28 Mac 2022 dikemukakan kepada Mahkamah.

[19] Puan Aszriyati memaklumkan kepada Mahkamah bahawa Pihak Syarikat tidak akan memfailkan kenyataan saksi.

[20] Puan Aszriyati sebelum perbicaraan menyatakan ingin memfailkan Ikatan Dokumen bagi Pihak Syarikat tetapi peguam Pihak Menuntut telah membantah sebarang Ikatan Dokumen difailkan pada hari perbicaraan.

[21] Mahkamah setelah me

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top