SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2000 MarsdenLR 688

AUGUSTINE PAUL
PENDAKWA RAYA – Appellant
Versus
YAP AH KUM – Respondent



Public interest and mitigating factors play crucial roles in sentencing for serious offenses.

Headnote:The accused, Yap Ah Kum, was initially charged with murder under section 302 of the Penal Code, later amended to section 304(a) following a guilty plea. The facts revealed an altercation led to the fatal stabbing of the deceased. The court emphasized public interest in sentencing while mitigating circumstances were recognized, including the accused’s guilty plea. The verdict resulted in a 12-year prison sentence from arrest date.

ALASAN PENGHAKIMAN

Tertuduh di dalam kes ini, Yap Ah Kum, pada mulanya telah dituduh melakukan pembunuhan dengan niat menyebabkan kematian kepada penama Sow Boon Teck yang boleh dihukum di bawah sek 302 Kanun Keseksaan . Namum demikian, pihak pendakwa telah mengemukakan pertuduhan pindaan pada 31 Oktober 2000 kepada kesalahan di bawah sek 304(a) Kanun Keseksaan seperti berikut:

"Bahawa kamu pada 25 Februari 2000, jam lebih kurang 8.30 pagi di tepi jalan kedai No 17, Jalan Chan Sow Lin, di dalam Daerah Cheras, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah menyebabkan kematian Sow Boon Teck (L) 620206-10-6095 iaitu dengan mendatangkan bencana tubuh yang mungkin menyebabkan kematian Sow Boon Teck itu dan dengan demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 304(a) Kanun Keseksaan ."

Tertuduh telah membuat pengakuan bersalah kepada pertuduhan pindaan ini dan memahami sifat dan akibat pengakuan beliau.

Fakta ringkas kes adalah seperti yang dikemukakan oleh pihak pendakwa di dalam Eksibit P2. Pada 25 Februari 2000, jam lebih kurang 7.45 pagi, Tertuduh telah pergi ke kedai kopi di No 17, Jalan Chan Sow Lin untuk berjumpa si mati iaitu Sow Boon Teck. Setelah si mati selesai minum dan sedang berjalan ke arah keretanya di seberang [2] jalan, Tertuduh telah memanggilnya kerana ingin berbincang berkenaan pinjaman wang yang dikatakan dibuat oleh si mati dari Tertuduh. Ketika itu telah berlaku pertengkaran dan pergaduhan di antara mereka berdua. Pergaduhan ini akhirnya telah dileraikan oleh orang ramai yang berada di situ. Sebelum dileraikan, iaitu ketika pergaduhan, si mati telah ditikam oleh Tertuduh dengan menggunakan pencucuk air batu yang memang dibawa oleh Tertuduh. Selepas pergaduhan dileraikan, si mati telah mengutip barang-barangnya yang bertaburan dan kemudiannya masuk ke dalam keretanya manakala Tertuduh telah masuk semula ke dalam kedai kopi dengan tangan dan siku kanannya mempunyai kesan darah. Tidak lama selepas itu adik si mati bernama Sow Boon Man telah datang dan kemudiannya telah membawa si mati ke hospital UKM. Di hospital si mati telah diberi rawatan kecemasan tetapi gagal diselamatkan. Bedah siasat yang dijalankan mendapati si mati telah meninggal dunia akibat luka tikaman di jantung (stab wound to the heart). Dua hari selepas kejadian Tertuduh telah ditangkap selepas beliau menyerah diri di Balai Polis Sentul. Tertuduh telah mengakui fakta kes ini dan saya menerima pengakuan bersalah beliau.

Semasa mengemukakan rayuan untuk meringankan hukuman, Tertuduh melalui peguamnya telah memaklumkan kepada Mahkamah bahawa ini adalah kesalahan pertama beliau. Beliau kini berumur 58 tahun dan mempunyai dua orang anak dan seorang bapa berumur 86 tahun untuk ditanggung. Tertuduh bekerja sebagai akauntan. Tertuduh juga memaklumkan kepada Mahkamah bahawa kejadian ini berlaku berpunca dari pinjaman wang yang dibuat oleh si mati dari Tertuduh yang enggan dibayar balik oleh si mati. Tertuduh juga memaklumkan bahawa tindakan beliau membawa pencucuk air batu [3] pada hari kejadian ialah untuk melindungi dirinya seandainya beliau diserang oleh si mati. Tertuduh juga mengatakan yang tindakannya menikam si mati adalah untuk mempertahankan dirinya. Tertuduh telah menyerah diri kepada pihak polis apabila beliau mengetahui si mati telah meninggal dunia. Tertuduh juga memohon agar hukumannya berkuatkuasa dari tarikh beliau ditangkap.

Di dalam menjatuhkan hukuman ke atas Tertuduh, saya telah mengambilkira beberapa faktor untuk memastikan agar hukuman yang saya jatuhkan mestilah mencakupi ruanglingkup seksyen yang menetapkan hukuman serta menurut prinsip-prinsip undang-undang sedia ada. Faktor kepentingan awam merupakan faktor utama yang diambilkira di dalam menjatuhkan hukuman ke atas pesalah. Hilbery J di dalam kes R v Ball 35 Cr App r 164 telah menekankan di dalam penghakiman beliau mengenai betapa pentingnya mengambilkira faktor kepentingan awam di dalam menjatuhkan hukuman. Pandangan oleh Hilbery J ini telah di

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top