SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2023 MarsdenLR 1129

MAHKAMAH SESYEN SEMENYIH
PENDAKWA RAYA LWN. ALI KORBAN
[No Kes: 62PT-1559-12/2021 & 62PT-1560-12/2021]



The prosecution failed to establish ownership and authority under the Passport Act, leading to acquittal.

Headnote:Mahkamah telah menilai kes di bawah s 12(1)(f) Akta Pasport 1966, yang menegaskan kepemilikan pasport tanpa kuasa sah sebagai suatu kesalahan. Terdapat pertuduhan terhadap OKT yang dikemukakan tetapi Mahkamah mendapati bahawa elemen milikan dan kuasa tidak dibuktikan dengan memuaskan melalui bukti saksi. Kesemua pertuduhan terhadap OKT telah dijawab secara negatif. Mahkamah memutuskan OKT dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri, mengembalikan wang jaminan dan pasport yang ditahan.

Table of Content
1. details of the charging and context of the case. (Para 1 , 5 , 6 , 7)
2. clarification of the burden of proof in prosecution. (Para 8 , 9)
3. elements of proof relating to possession and authority. (Para 10 , 12 , 14)
4. judicial findings on evidence failure. (Para 20 , 25 , 33)
5. final verdict of acquittal. (Para 41)
Noorasyikin Sahat HMS:

Pengenalan

[1] Ali Korban [OKT] telah dipertuduhkan di Mahkamah ini kerana memiliki sejumlah enam pasport yang telah dikeluarkan ke atas enam orang penama tanpa kuasa yang sah. OKT dituduh di bawah s 12(l)(f) Akta Pasport 1966. Pertuduhan-pertuduhan ke atas OKT sebagaimana berikut:

[2] Hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan tersebut adalah denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit [RM10000] atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima [5] tahun atau kedua-duanya, jika sabit salah.

[3] OKT telah memilih untuk mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan bagi kesemua pertuduhan.

[4] Sepanjang perbicaraan berlangsung bermula pada 4 Oktober 2023, 24 Mac 2023 dan 18 Oktober 2023, pihak pendakwaan telah memanggil seramai empat (4) orang saksi untuk memberikan keterangan mereka bagi membuktikan setiap elemen pertuduhan terhadap OKT. Saksi-saksi adalah terdiri daripada ketua operasi, jurulakar, jurugambar dan pegawai penyiasat kes. Selanjutnya sebanyak tujuh puluh dua (72) ekshibit telah dikemukakan di Mahkamah ini antara lainnya termasuklah laporan polis, borang geledah, pelan lakar, rampasan pasport-pasport warganegara asing, pelbagai gambar-gambar di dua lokasi serbuan, telefon-telefon bimbit, buku-buku tulis, cop-cop pelbagai syarikat dan juga wang tunai pelbagai nilai.

Fakta Kes Pendakwaan

[5] Sebagaimana dibentangkan oleh keteraugan SP1 selaku pegawai serbuan, serbuan telah dilakukan pada 7 Disember 0221 jam lebih kurang 4.30 petang. Serbuan adalah satu tindak balas ke atas aduan awam yang diterima dan dinamakan 'Ops Serkap". SP1 bersama lapan anggotanya telah melakukan serbuan ke atas premis pertama, KJS Marketing Sdn Bhd [KJS], yang merupakan sebuah bengkel kenderaan.

[6] KJS adalah beralamat di No 11A, Jalan Apollo U5/195, Bandar Pinggiran Subang, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor. Sebaik tiba di lokasi, SP1 telah memperkenalkan dirinya kepada OKT yang berada di hadapan premis kejadian. OKT telah diperiksa dan SP1 telah menemui segugus anak kunci yang ada padanya. OKT ditahan. Pemeriksaan lanjut telah dilakukan di dalam Bilik 1 yang terletak di dalam premis tersebut dengan menggunakan kunci yang berada pada OKT. Hasil pemeriksaan di atas meja, bawah meja dan di dalam laci meja tersebut telah menemui antara lainnya beberapa naskah pasport Bangladesh.

[7] Anggota operasi kemudiannya telah dipandu arah oleh OKT ke lokasi kedua yang beralamat di Pangsapuri Blok A, 311, tingkat 2, Jalan Matahari U5/102, Seksyen U5 (PANASURIA), 40170 Shah Alam, Selangor. PANASURIA merupakan tempat kediaman OKT. Setibanya di lokasi, OKT telah membuka pintu rumah tersebut menggunakan anak kunci yang ada padanya. SP1 telah mengarahkan anggota operasi untuk membuat pemeriksaan secara menyeluruh. Hasil pemeriksaan itu, anggota serbuan telah menemui pasport milik OKT, juga beberapa naskah pasport milik orang lain, termasuk rampasan wang tunai yang bemilai.

Beban Pembuktian

[8] Di dalam pendakwaan kes jenayah, beban pembuktian adalah terletak di atas bahu pihak pendakwaan sepanjang masa. Beban pembuktian yang perlu dibuktikan ialah suatu kes Prima Facie sebagaimana yang termaktub di dalam s 173(h) dan s 180(1) Kanun Tatacara Jenayah [KTJ].

[9] Dalam memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes Prima Facie terhadap OKT, Mahkamah bertanggungjawab untuk mempertimbangkan keterangan kes pendakwaan dengan memberikan satu penilaian yang maksima. Seterusnya, Mahkamah perlu mengutarakan persoalan berikut: Jika Mahkamah membuat keputusan untuk memerintahkan OKT membela diri dan OKT memilih untuk berdiam diri, adakah Mahkamah bersedia untuk mensabitkan OKT dengan kesalahan berdasark

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top