2018 MarsdenLR 445
MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SEPANG
PS LWN. AA & SATU LAGI
[Kes Jenayah Bil: 10006-143-0071-2018 dan 10006-143-0072-2018]
Court emphasizes the seriousness of immoral conduct in light of Islamic principles regarding personal relationships.
Headnote:This judgment concerns the offenses of khalwat under section 29(1)(a) and (b) of the Selangor Syariah Criminal Enactment 1995. The court found both defendants guilty of engaging in immoral conduct at a residential address on February 8, 2018. The court emphasized the importance of adhering to Islamic teachings, reiterating that actions leading to sin must be avoided. The sentencing reflects that both defendants failed to uphold the dignity dictated by their faith.
| Table of Content |
|---|
| 1. charges of khalwat under the syariah law. (Para 1 , 2 , 3) |
| 2. details of the charges against the defendants. (Para 4 , 5) |
| 3. process of plea and understanding of accusations. (Para 6 , 7 , 8 , 10 , 11) |
| 4. acknowledgment of guilty plea leads to conviction. (Para 12 , 14) |
| 5. court assesses credibility of confessions. (Para 13 , 16 , 18) |
| 6. importance of islamic morality in legal proceedings. (Para 19 , 20) |
| 7. plea and public morality issues raised. (Para 21) |
| 8. consequences of actions contrary to islamic teachings. (Para 24 , 25 , 26 , 27) |
| 9. final verdict reflects seriousness of the offense. (Para 29) |
[1] Dalam kes ini, Tertuduh Pertama dan Tertuduh Kedua telah dipertuduhkan seperti berikut:
Pertuduhan Pertama (Tertuduh Pertama)
Bahawa kamu pada 8 Februari 2018 lebih kurang jam 12.30 malam di dalam sebuah rumah yang beralamat XXX Taman Putra Perdana 47130 Puchong, Selangor Darul Ehsan, Daerah Sepang Dalam Negeri Selangor didapati berada bersama dengan seorang perempuan bernama NBEA K/P: XXX sedang dia bukan isteri atau mahram kamu dalam keadaan yang menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Maka dengan itu, kamu dituduh melakukan kesalahan berkhalwat di bawah s 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan apabila disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM3,000.00 atau di penjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua duanya sekali di bawah seksyen dan enakmen yang sama.
Pertuduhan Kedua (Tertuduh Kedua)
Bahawa kamu pada 8 Februari 2018 lebih kurang jam 12.30 malam di dalam sebuah rumah yang beralamat di XXX Taman Putra Perdana 47130 Puchong, Selangor Darul Ehsan, Daerah Sepang Dalam Negeri Selangor didapati berada bersama dengan seorang lelaki bernama AA K/P: XXX sedang dia bukan suami atau mahram kamu dalam keadaan yang menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Maka dengan itu, kamu dituduh melakukan kesalahan berkhalwat di bawah s 29(1)(b) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan apabila disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM3,000.00 atau di penjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua duanya sekali di bawah seksyen dan enakmen yang sama.
[2] Selepas dibaca pertuduhan, kedua dua OKT telah mengaku salah dan mahkamah telah mensabitkan kesalahan dan telah menjatuhkan hukuman setelah mengambil kira mitigasi kedua dua OKT dan ulasan pendakwa syarie.
[3] Kes ini adalah kes jenayah syariah berkaitan dengan kesalahan berkhalwat di bawah s 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) No 9 Tahun 1995. Kedua-dua tertuduh dalam kes ini telah dituduh melakukan kesalahan berkhalwat pada 8 Februari 2018 di dalam sebuah rumah beralamat di XXX Taman Putra Perdana 47130 Puchong, Selangor Darul Ehsan.
Tertuduh (1) dalam kes ini ialah AA No K/P:: XXX yang beralamat di XXX Taman Putra Perdana 47130 Puchong, Selangor Darul Ehsan manakala tertuduh (2) ialah NBEA No K/P: XXX yang beralamat di XXX, Bandar Baru Salak Tinggi, 42700 Sepang Selangor.
[4] Mahkamah berpuashati berbidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan kes ini berdasarkan peruntukan s 62(1) dan (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan s 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995. Seksyen-seksyen tersebut memperuntukkan:
62(1). Sesuatu Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di seluruh Negeri Selangor dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah.
(2). Mahkamah Rendah Syariah hendaklah:
(a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimum yang diperuntukkan oleh Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis itu tidak melebihi tiga ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh dua tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan man