2010 MarsdenLR 2869
MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN
MUHAMMAD RIDHWAN TOKIRI & SATU LAGI LWN. KETUA PENDAKWA SYARIE
[Kes Jenayah Rayuan Nos: 14000-143-0005-2009 & 14000-143-0006-2009]
The court determined that sentences must be proportionate and consider mitigating factors, and guilty pleas limit appeal scope solely to penalty severity.
Headnote:(A) Syariah Criminal Procedure Act (Federal Territories) 1997 - Sections 27(a)(b), 136, 139(3) - Penalty provisions for immoral acts - Both appellants convicted and sentenced to a monetary fine and imprisonment - The court noted no appeals could be made against conviction due to guilty pleas, only on the severity of the sentence. The court found the initial prison term exceeding lawful limits, thus modified the sentence to fine plus a just term of imprisonment. (Paras 2, 3, 11, 12, 39)
(B) Principle of Sentencing - The court highlighted the necessity of considering mitigating factors during sentencing, including the offender’s age, background, and the nature of the offence, guiding just and reasonable punishment. (Paras 15, 18, 34)
(C) Appeal Rights after Plea - The court reiterated that a guilty plea restricts the scope of appeal solely to matters of penalty. (Paras 4, 5, 6)
Facts of the case:
The appellants were charged under sections regarding immoral acts, pleaded guilty and were sentenced by a Syariah High Court judge. They appealed solely regarding the severity of their punishment.
Findings of Court:
The original sentence was found excessive with respect to lawful limits; modifications were made accordingly.
Issues: The main issues were the validity of the sentences and the consideration of mitigating factors in penalty assessment.
Ratio Decidendi: The court ruled that penalties must take into account mitigating factors and should not exceed legal thresholds; thus modifying the sentences.
Result: Appeals accepted, with the sentences altered.
| Table of Content |
|---|
| 1. basis of joint appeal and guilty pleas. (Para 1 , 2 , 3) |
| 2. limitation of appeal scope under s 136 apjsw. (Para 4 , 5 , 6) |
| 3. importance of clarity in appeal notices. (Para 7 , 8) |
| 4. evaluation of baseline penalties under law. (Para 9 , 10 , 11 , 12) |
| 5. significance of mitigating factors in sentencing. (Para 13 , 14 , 15 , 16 , 20) |
| 6. consideration of first-time offenders while sentencing. (Para 19 , 22 , 23) |
| 7. ignorance of the law not a defense. (Para 24 , 28) |
| 8. necessity of background information in sentencing. (Para 30 , 31 , 32 , 33 , 34 , 36) |
| 9. final decision to modify the sentence. (Para 39) |
[1] Rayuan ini telah difailkan oleh Perayu 1, Muhammad Ridhwan b Tokiri dan Perayu 2, Iffa Islah bt Ab Majid secara berasingan. Namun bagi memudahkan pendengaran rayuan ini dan memandangkan ke dua-dua Perayu adalah pasangan yang melakukan kesalahan yang sama, kedua-dua kes rayuan ini disatukan pendengarannya berdasarkan peruntukan s 95 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (APJSW), sebagaimana berikut:
'Apabila lebih daripada seorang dituduh atas kesalahan yang sama atau kesalahan-kesalahan yang berlainan yang dilakukan dalam transaksi yang sama, atau apabila seseorang dituduh melakukan suatu kesalahan dan seseorang yang lain dituduh bersubahat atau cuba melakukan kesalahan yang sama, maka mereka boleh dipertuduh dan dibicarakan bersama atau berasingan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.'
[2] Pada 20 Mei 2009, kedua-dua Perayu telah didakwa di bawah s 27(a) & (b) AKJSW. Kedua-dua Perayu telah mengaku bersalah dan YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah (selepas ini disebut Hakim/Mahkamah Bicara) telah mensabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukuman ke atas Perayu 1 Denda RM3,000.00 atau penjara 20 bulan jika gagal membayar denda dan penjara 7 hari. Manakala Perayu 2 pula telah dihukum dengan hukuman yang sama.
[3] Seksyen 27(a) & (b) AKJSW memperuntukan:
'Mana-mana:
(a) orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya; atau
(b) orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya, di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.'
[4] Dalam kes ini, oleh kerana Perayu-Perayu telah membuat pengakuan bersalah, maka rayuan yang boleh dibuat hanyalah berkenaan takat hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Bicara. Ini jelas diperuntukan di dalam s 136 APJSW, sebagaimana berikut:
'Apabila seseorang tertuduh telah mengaku salah dan disabitkan oleh Hakim atas akuan itu, maka tiada rayuan boleh dibuat kecuali tentang takat atau kesahan hukuman itu.'
[5] Berkaitan dengan peruntukan di atas juga, kami ingin menegur pernyataan hasrat Perayu di dalam Notis Rayuannya. Perayu 1 dan 2 menyatakan di dalam notisnya hasrat untuk merayu keseluruhan keputusan Hakim Bicara. Merujuk kepada keputusan Hakim Bicara bertarikh 20 Mei 2009, terma pertama (1) adalah berkaitan sabitan kesalahan yang didakwakan ke atas Perayu-Perayu. Terma kedua (2) pula hukuman yang dikenakan ke atas Perayu-Perayu. Apabila Perayu menyatakan hasratnya untuk merayu terhadap keseluruhan keputusan Hakim Bicara, maka ia memberi maksud bahawa PerayuPerayu juga berhasrat untuk merayu terhadap sabitan kesalahan di dalam terma pertama (1) keputusan Mahkamah Bicara. Walau bagaimanapun, petisyen rayuan Perayu tidak menggambarkan hasrat yang dinyatakan dalam Notis Rayuan dan hanya merayu ke atas kadar hukuman sahaja.
[6] Perayu sebenarnya dihalang oleh undang-undang untuk merayu ke atas sabitan kesalahan kerana Perayu-Perayu telah membuat pengakuan salah, sebagaimana peruntukan s 136 APJSW