1999 MarsdenLR 2175
HIGH COURT (KUALA LUMPUR)
RAHMAH HUSSAIN, J
BAN HIN LEE BANK BHD
versus
WONG YUEN HOCK
SAMAN PEMULA NO OSF/OS/AE 38-275-94
Decided On : 05-25-99
[Kandungan (77) dan (83)]
Kandungan (77) adalah permohonan Pencelah untuk antara lain deklarasi bahawa beliau adalah pemilik benefisial dan ekuiti tanah yang di pegang di bawah surat ikatan hakmilik H.S.(D) No. 891, Lot No. P.T. 8944 dan H.S.(D) 2039 Lot No. P.T. 10103, Mukim Sungai Buluh, Daerah Petaling ("Hartanah tersebut") dan untuk milikan Hartanah tersebut. Sementara Kandungan (83) adalah permohonan Defendan untuk antara lain perintah-perintah berikut:
(a) ;penyerahan milikan kosong bagi hartanah dipegang di bawah Hakmilik H.S.(D) No. 891, Lot No. P.T. 8944 dan H.S.(D) 2039, Lot No. P.T. 10103 kedua-duanya di Mukim Sungei Buloh, Daerah Petaling digantung sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan; [3]
(b) ;pendaftaran Borang 16F Kanun Tanah Negeri bagi Hartanah tersebut di Pejabat Pendaftar Hakmilik Selangor di gantung sementara keputusan Mahkamah Rayuan.
Kedua-dua kandungan telah didengar serentak dan saya telah membuat keputusan untuk membenarkan permohonan Pencelah dalam Kandungan (77) dan menolak permohonan Defendan dalam Kandungan (83), setelah membaca dan meneliti hujahan bertulis kedua-dua peguam.
Pada permulaan hujahan, peguam Defendan telah membangkitkan Bantahan Permulaan mengenai locus standi Pencelah untuk membuat permohonan di Kandungan (77). Menurut beliau, walau pun perintah untuk mencelah telah diberikan pada 4 Julai 1996 namun perintah tersebut gagal dicabut. Oleh itu Pencelah telah tidak mematuhi Aturan 42 Kaedah 5(3) dan Kaedah 9(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 ("KMT"). Seterusnya beliau berhujah bahawa Pencelah juga telah gagal mematuhi Aturan 15 Kaedah 8(1) dan (5). Dengan hal yang demikian Pencelah masih belum boleh diiktiraf sebagai "Pencelah" di dalam tindakan ini.
Akhir sekali peguam Defendan berhujah bahawa perintah untuk mencelah hanya diberi untuk mengenepikan lelongan awam iaitu Kandungan (52). Oleh kerana Pencelah tidak mengambil langkah seterusnya untuk menambahkan dirinya sebagai satu pihak (party) dalam tindakan ini, maka beliau tidak ada locus untuk membuat apa-apa permohonan seterusnya. Peguam kemudian merujuk kepada kes Pekan Nenas Industries Sdn. Bhd. v Chang Ching Chuen & 12 Ors. (1998) 1 AMR 169. [4]
Sebagai menjawab, peguam Pencelah menyatakan bahawa bantahan Defendan adalah salah anggap dan tidak berasas. Mengenai perintah bertarikh 4 Julai 1996, peguam Pencelah mengesahkan bahawa ianya telah pun dicabutkan sebagai Kandungan (88). Mengenai hujahan ketidakpatuhan dengan Aturan 15 Kaedah 8(1) & (5) KMT, peguam Pencelah berhujah bahawa adalah amat lewat untuk Defendan membangkitkan bantahan sebegini kerana keterangan telah pun dikemukakan dan hujahan telah dibuat.
Peguam juga merujuk kepada kes yang sama iaitu kes PEKAN NENAS INDUSTRIES SDN. BHD. (supra). Selain itu peguam bergantung kepada satu kes Mahkamah Tinggi iaitu Malayan Banking Bhd. lwn Lim Tee Yong & 3 Ors. (1994) CLJ 558 di mana Hakim Mohd. Hishamuddin Mohd. Yunus mengatakan bahawa kegagalan seseorang peguamcara membangkitkan bantahannya berkenaan ketidakpatutan kaedah-kaedah Mahakmah Tinggi terlebih dahulu pada tarikh perbicaraan yang lepas dan permintaannya untuk suatu penangguhan perbicaraan bagi maksud menjawab sesuatu afidavit bermakna peguamcara tersebut telah mengenepikan peluangnya untuk membangkitkan bantahan. Menurut peguam lagi, keadaannya agak sama dengan kes sekarang, di mana peguamcara Defendan bersetuju untuk memberi peluang kepada Pencelah untuk menjawab afidavitnya dan tidak membangkitkan bantahannya pada perbicaraan yang lepas.
Setelah meneliti dan memberi pertimbangan kepada hujahan peguam Defendan dan Pencelah, saya berpendapat Bantahan Permulaan yang dibangkitkan oleh peguam Defendan adalah salah anggap dan tidak berasas [5] sama sekali. Ini memandangkan Defendan tidak membuat sebarang bantahan sebelum ini. Sebaliknya telah membenarkan Pencelah memfailkan afidavit jawapannya. Saya juga bersetuju dan menerima pakai apa yang dikatakan oleh Hakim Mohd. Hishamuddin dalam kes MALA