2019 MarsdenLR 984
MAHKAMAH RENDAH SYARIAH HULU LANGAT
PS LWN. SNS
[Kes Jenayah Bil: 10005-143-0058-2019]
The case establishes the application of s. 29(1)(b) of the Selangor Syariah Criminal Law regarding unlawful cohabitation and outlines sentencing discretion within the legal framework.
Headnote:The accused was charged under s. 29(1)(b) of the Selangor Syariah Criminal Law Enactment 1995 for khalwat. A guilty plea was recorded after the facts were presented and acknowledged by the accused. The court determined sentencing was appropriate within jurisdictional limits. The case illustrates the court's application of legal provisions concerning the unlawful association between the accused and non-mahram individuals. The court ultimately sentenced the accused to 15 days imprisonment and a fine of RM1,500, with an option of additional imprisonment for non-payment.
| Table of Content |
|---|
| 1. accused charged with khalwat and behavior established. (Para 1 , 2 , 3 , 4) |
| 2. guilty plea recorded and sentencing options discussed. (Para 5 , 6 , 7) |
| 3. court's authority and sentencing aligned with legal provisions. (Para 8 , 10 , 11) |
| 4. court confirmed elements of the crime based on legal standards. (Para 28 , 29 , 30) |
| 5. court considered defendant's lack of preparation in sentencing. (Para 31 , 32 , 33) |
| 6. sentencing aimed at deterrence and social order preservation. (Para 35 , 36 , 37 , 38 , 39) |
Fakta Kes
[1] Tertuduh telah dipertuduhkan dengan satu kesalahan khalwat seperti dalam kertas pertuduhan yang dibacakan seperti berikut:
"Bahawa kamu SNS No Kad Pengenalan: XXXXX pada 19 Februari 2019 jam lebih kurang 01.50 pagi di dalam sebuah rumah beralamat XXXXX, 56000 Cheras, Selangor dalam daerah Hulu Langat dalam negeri Selangor Darul Ehsan didapati berada bersama dengan 2 orang lelaki bukan Islam bernama (1) CE No Passport: XXXXX dan (2) MA No Passport: XXXXX sedangkan dia bukan suami atau mahram kamu yang sah dalam keadaan yang menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Maka dengan itu kamu dituduh melakukan kesalahan berkhalwat di bawah s 29(1)(b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No 9 Tahun 1995 dan apabila disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya di bawah Seksyen dan Enakmen yang sama"
[2] Tertuduh telah membuat pengakuan salah atas pertuduhan tersebut setelah tertuduh mendengar dan memahami pertuduhan-pertuduhan yang dibacakan terhadapnya, faham kesan dan akibat daripada pengakuan salah terhadap setiap satu kesalahan yang dipertuduhkan dan kesemua pengakuan salah tertuduh tersebut dibuat dengan kerelaan tanpa wujud paksaan atau pujukan dari mana-mana pihak. Tertuduh juga sekali lagi telah membuat pengakuan salah dan telah mengekalkan pengakuan bersalahnya sebelum fakta kes dibacakan kepadanya.
[3] Fakta kes ini dibacakan dan dibentangkan oleh Pendakwa Syarie seperti berikut:
i. Tangkapan dibuat berdasarkan Aduan Awam bernombor AJ-Hulu Langat/166/2019 bertarikh 19 Februari 2019 jam 1.50 pagi. Tangkapan dilaksanakan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) di sebuah rumah beralamat XXXXX, 56000 Cheras, Selangor;
ii. Semasa tangkapan dibuat, pintu utama dan pintu grill tertutup dan bermangga. PPA mengetuk pintu utama dan memberi salam. Pintu dibuka oleh seorang perempuan India (bukan Islam) berpakaian baju t-shirt lengan pendek dan berseluar pendek paras lutut;
iii. Keadaan rumah adalah terang;
iv. Pemeriksaan di dalam rumah terdapat OKT (P) berada di ruang tamu berpakaian seluar pendek paras peha dan berbaju t-shirt;
v. Pemeriksaan dalam bilik 1 menemui seorang lelaki Nigeria bernama CE (bukan beragama Islam) berpakaian seluar boxer sahaja tanpa baju;
vi. Pemeriksaan dalam bilik 2 menemui seorang lelaki Nigeria bernama MA (bukan beragama Islam) berpakaian seluar boxer sahaja tanpa baju;
vii. Pengakuan OKT (P) bahawa lelaki dalam bilik 1 adalah pasangan kepada OKT (P);
viii. Hasil siasatan OKT (P) dan 2 lelaki Nigeria tersebut tiada hubungan suami isteri atau mahram yang sah.
[4] Tertuduh kemudiannya telah bersetuju dengan fakta kes yang dibentangkan pendakwa. Tertuduh sebelum itu telah faham dengan fakta kes yang dibentangkan. Tertuduh sekali lagi telah mengekalkan pengakuan bersalahnya dengan ikrar.
[5] Setelah Mahkamah merekodkan pengakuan bersalah Tertuduh sebanyak tiga (3) kali, merekodkan persetujuan Tertuduh terhadap fakta kes maka Mahkamah telah mensabitkan tertuduh dengan satu dapatan bersalah di bawah seksyen yang dipertuduhkan setelah tertuduh tidak berhasrat untuk melantik peguam bagi mewakilinya dan setelah Mahkamah menjelaskan hak tertuduh untuk mendapatkan khidmat mana-mana Peguam Syarie. Setelah Mahkamah mendengar rayuan peringanan hukuman oleh tertuduh dan hujahan pemberatan hukuman yang dikemukakan oleh Pendakwa Syarie yang terpelajar, Mahkamah menjatuhkan hukuman sepert