1990 MarsdenLR 526
MAHKAMAH TINGGI MALAYA, KUALA LUMPUR
LAMIN MOHD YUNUS H
LIANG JEE KENG
versus
YIK KEE RESTAURANT SDN. BHD.
USUL PEMULA NO. 25-9-90
Decided On : 05-02-90
Bagi pihak plaintif - Raghbir Singh Gill; T/n. Raghbir Singh Gill & Co.
Bagi pihak defendan - Karam Singh Bhal; T/n. K.S. Bhal & Co.
PENGHAKIMAN
Lamin Mohd Yunus H:
Dua usul pemula telah dibicara dan diperhujahkan dihadapan saya, pertama seperti di Kdg.2 iaitu pemohon dari pihak defendan memohon suatu perintah dari Mahkamah ini semoga Writ Saman bertarikh 13 April 1989 dan Peryataan Tuntutan bertarikh 29 Mac 1989 dibatal atau diketepikan dan kedua seperti di Kdg.6 iaitu pemohonan dari pihak plaintif memohon satu deklarasi bahawa pendaftaran plaintif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja-pekerja 1969 dibuat selepas berlakunya kemalangan yang berkenaan adalah satu perbuatan yang berupa fraud, terbatal dan tidak sah.
Sebelum keterangan dikemukakan oleh pihak plaintif, telah dipersetujui oleh kedua belah pihak bahawa kemalangan yang terlibat dalam kes ini telah berlaku pada 21 Februari 1988. Kecederaan yang dialami seperti yang dinyatakan dalam Eksibit 2 pada Kdg.2 juga dipersetujui. Juga dipersetujui bahawa lapuran kemalangan kepada Pengurus, Pejabat Tempatan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah dibuat pada 23 Februari 1988. SP1, iaitu Pengurus Tempatan PERKESO, menyatakan bahawa Yik Kee Restoran Sdn. Bhd. (defendan telah menghantar borang-borang yang berkenaan kepada PERKESO untuk didaftarkan sebagai majikan pada 7 Julai 1980. Sementara Liang Jee Keng (plaintiff) mengikut rekod PERKESO telah didaftarkan sebagai pekerja defendan pada 23 Februari 1988. Sebagaimana SP1 telah diberitahu oleh plaintiff, plaintif telah mula berkhidmat dengan defendan pada 15 Februari 1988. Pada masa kemalangan itu berlaku plaintif berumur 14 tahun 11 bulan.
Pihak plaintif telah dengan sedaya upayanya cuba menegakkan hujahan bahawa keadaan plaintif adalah terkeluar daripada maksud dan tujuan Akta Keselamatan Sosial Pekerja-pekerja 1969 dan dengan pendirian itu pihak plaintif boleh meneruskan tuntutan sivilnya dalam kes guaman Mahkamah Tinggi Temerloh 22-45-89. Disamping itu pihak plaintif telah mengemukakan pendapatnya bahawa dengan adanya umur plaintif semasa kemalangan itu berlaku baru 14 tahun 11 bulan maka menggaji plaintif didalam sebuah "factory" dimana sebagai pekerja terpaksa menggunakan alat-alat yang dipanggil "machinery" adalah bertentangan dengan Akta Kilang dan Jentera-jentera 1967 (Factories and Machinery Act 1967) dan Akta (pekerjaan) Kanak-kanak dan Orang-orang Muda (Akta 350) (Children and Young Persons (Employment) Act 1966 (Act 350)).
Defendan menjalankan satu peniagaan restoran. Saya rasa cuma orang yang kurang sihat sahaja mungkin boleh bersetuju bahawa "restoran" adalah "factory". Tidak perlu saya perturunkan disini apa dia "factory" seperti yang ditakrifkan di s. 2(1) pada Akta Kilang dan Jentera-jentera. Jelas bahawa mengikut takrif itu "restoran" bukanlah satu "factory". Menjalankan perniagaan restoran iaitu menjual barang makanan dan minuman yang mana lazimnya dihidangkan untuk sarapan dipremis restoran itu, adalah satu "industry" seperti yang diberi makna dalam Akta keselamatan Sosial Pekerja-pekerja 1969 dimana s. 2(10) memperuntukkan:
"industry" means any business, trade, undertaking, manufacture or calling of employers and includes any calling, service, employment, handicraft or industrial occupation or avocation of employees.
Tangan kiri plaintif telah cedera parah kerana termasuk dalam sebuah "meat grinder" semasa ia menggunakannya dan "meat grinder" itulah yang dikatakan oleh plaintif "machinery". Mengikut SP1 "meat grinder" itu besarnya 2 kaki x 2 kaki dan boleh dialih-alih. Izinkan saya memetik sebahagian dari takrif yang diberikan oleh Akta Kilang dan Jentera-jentera 1967 seperti berikut:
"machinery" includes steam boilers, unfired pressure vessels, prime movers, gas cylinders, gas holders, hoisting machines and tackle, transmission machinery, driven machinery and any equipment for the casting, welding or electro-deposition of metals and for the spraying by means of compressed gas or air of metals or other materials, but does not include:
(c) any machinery used solely for private and domestic purposes.
SP1 telah menyatakan bahawa grinder itu ada