SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2022 MarsdenLR 3032

MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
KERAJAAN NEGERI SELANGOR & SATU LAGI LWN. MACH 8 SDN BHD
[Rayuan Sivil No: B-01(A)-185-04-2019]



Petitioner Advocates:Nur Irmawatie Daud,Etty Eliany Tesno,Amelia Masran ,Respondent Advocate: Malcolm Fernandez,Mark Cheng

Pengeluaran Warta Pembetulan selepas Borang K adalah ultra vires dan tidak sah. Locus standi responden diuraikan berdasarkan kehadiran mereka dalam prosedur pengambilan tanah.

Headnote:(A) Akta Pengambilan Tanah 1960 – Pengambilan tanah untuk projek infrastruktur – Pindaan Warta Pembetulan selepas pengeluaran Borang K adalah salah di sisi undang-undang dan ultra vires. Mahkamah memutuskan bahawa proses pengambilan tanah untuk Lot 1 dan Lot 4 tidak boleh dipinda setelah pemberitahuan telah dikeluarkan di bawah s 8 APT. (Paras 16 - 21)

(B) Locus Standi – Responden sebagai pembeli tidak berdaftar mempunyai hak untuk mencabar keputusan pengambilan tanah, berdasarkan kehadiran mereka semasa siasatan dan perjanjian jual beli yang sah. (Paras 24 - 27)

Facts of the case: Permohonan semakan kehakiman dibuat oleh Mach 8 Sdn Bhd setelah pengambilan tanah yang terlibat dengan Projek SUKE diisytiharkan melalui Warta Pertama dan Warta Kedua. Warta Pembetulan yang dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah untuk membetulkan kesilapan dalam keluasan tanah adalah kontroversial. (Paras 1, 15)

Findings of Court: Mahkamah mendapati pengeluaran Warta Pembetulan adalah salah dan perlunya campur tangan untuk membetulkan keadaan. (Paras 56)

Issues: Isu berkaitan dengan kuasa perayu dalam mengeluarkan Warta Pembetulan dan hak locus standi responden dalam tindakan undang-undang ini. (Paras 23, 24)

Ratio Decidendi: Kuasa untuk mengeluarkan Warta Pembetulan di bawah s 8 APT 1960 tidak membenarkan sebarang pindaan setelah Borang K dikeluarkan. Mahkamah menekankan kepatuhan kepada proses undang-undang yang ketat dalam pengambilan tanah. (Paras 16 - 20)

Result: Rayuan pihak perayu dibenarkan, keputusan HMT diketepikan, dan responden diperintahkan membayar kos. (Paras 56)

PENGHAKIMAN

Che Mohd Ruzima Ghazali HMR:

Pendahuluan

[1] Ini adalah rayuan Kerajaan Negeri Selangor (perayu pertama) dan Pentadbir Tanah Hulu Langat (perayu kedua) terhadap keseluruhan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi (HMT) di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor yang membenarkan permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan oleh Mach 8 Sdn Bhd (responden). Permohonan semakan kehakiman tersebut adalah ekoran daripada pengambilan balik tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960) yang dibuat bagi tujuan pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi - Ulu Kelang (Projek SUKE). Empat bidang tanah yang sebahagiannya terlibat dengan pengambilannya dan dua daripadanya telah menjadi pertikaian adalah sepertimana berikut:

i. Lot 46145 (PT 25163), HSD 25128, Mukim Bandar Ampang, Daerah Ulu Langat (Lot 1);

ii. Lot 25167 (PT 46146), HSD 25132, Mukim Bandar Ampang, Daerah Ulu Langat (Lot 2);

iii. Lot 46147 (PT 25164), HSD 25129, Mukim Bandar Ampang, Daerah Ulu Langat (Lot 3); dan

iv. Lot 46148 (PT 25165), HSD 25130, Mukim Bandar Ampang, Daerah Ulu Langat (Lot 4).

[2] Untuk memudahkan rujukan, perayu pertama dan perayu kedua secara jamaknya akan disebut sebagai 'pihak perayu' dan keempat-empat lot tanah yang terlibat dengan pengambilan balik secara kolektifnya akan disebut sebagai 'lot-lot tanah tersebut'.

Latar Belakang Ringkas Tindakan

[3] Pada atau sekitar 1 Julai 2015, responden menandatangani perjanjian jual beli dengan Wiramuda (M) Sdn Bhd (WMSB) untuk membeli lima lot tanah, termasuklah lot-lot tanah tersebut. Harga belian untuk kelima-lima lot tanah adalah RM400,000,000.00 dan responden telah membayar sejumlah RM200,000.00 sebagai deposit.

[4] Namun begitu, melalui Pemberitahuan Warta Kerajaan Selangor No 281 bertarikh 23 Julai 2015 (Warta Pertama), perayu pertama telah mengisytiharkan bahawa lot-lot tanah tersebut diperlukan untuk Projek SUKE. Keluasan tanah yang diperlukan adalah sepertimana berikut:

[5] Bagi menangani isu berhubung dengan pengambilan tanah oleh perayu pertama berdasarkan Warta Pertama, responden telah mengambil tindakan dengan memasuki satu perjanjian tambahan bertarikh 26 Ogos 2015 dengan WMSB. Perjanjian tambahan tersebut adalah bagi mengambil kira segala perkara berhubung dengan pengambilan balik lot-lot tanah tersebut.

[6] Selaras dengan peruntukan di bawah s 10 APT 1960, perayu kedua telah mengeluarkan Borang E bertarikh 12 Ogos 2015 kepada WMSB untuk menghadiri sesi siasatan bagi tujuan pengambilan Lot 2 yang dijadualkan pada 15 Oktober 2015 di hadapan perayu kedua. Siasatan tersebut telah ditangguhkan kerana diputuskan untuk didengar bersekali dengan siasatan bagi tujuan pengambilan Lot 1, Lot 3 dan Lot 4 yang kemudiannya diadakan pada 3 November 2015, 5 April 2017, 18 April 2017 dan 20 Jun 2017. Award pampasan telah diberikan pada 20 Jun 2017.

[7] Semasa siasatan pada 3 November 2015, perayu kedua mendapati wujud percanggahan dalam Warta Pertama, iaitu keluasan yang akan diambil bagi Lot 1 adalah lebih kecil daripada apa yang dinyatakan dalam Pelan Pengambilan Tanah yang dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri. Oleh kerana perbezaan keluasan melebihi keluasan yang dibenarkan di bawah s 14 APT, perayu kedua telah mengarahkan agar pengambilan Lot 1 ditarik balik dan diwartakan semula bagi mengelakkan implikasi undang-undang.

[8] Selaras dengan peruntukan subseksyen 35(1) APT, perayu kedua turut menarik balik pengambilan bagi Lot 1, Lot 3 dan Lot 4 yang disiarkan melalui Pemberitahuan Warta Kerajaan Selangor No 4813 bertarikh 9 Disember 2016 (Warta Ketiga). Pada tarikh yang sama, pengambilan sebahagian Lot 1, Lot 3 dan Lot 4 telah diwartakan semula melalui Pemberitahuan Warta Kerajaan Selangor No 4810 (Warta Kedua) dan keluasan yang akan diambil adalah seperti berikut:

[9] Siasatan semula bagi tujuan pengambilan lot-lot tanah tersebut telah diadakan pada 20 Jun 2017. Semasa siasatan, perayu kedua sekali lagi telah menyedari bahawa terdapat kesilapan dalam Warta Kedua, iaitu keluasan yang dinyatakan akan diambil bagi Lot 1 dan L

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top