2025 MarsdenLR 6034
MAHKAMAH SESYEN SEREMBAN
ARICHANTHERAN MVSIVAGNANAM LWN. PERBADANAN PENGURUSAN OCEAN VIEW RESORT & YANG LAIN
[Guaman Sivil No: NA-A52NCVC-10-02/2021]
The plaintiff in a defamation case must prove that statements made were defamatory, identifiable, and published, failing which the defendants' justifications stand.
Headnote:(A) Defamation Act 1957 - Burden of proof - Defamation claimed by plaintiff against defendants for statements made during the Annual General Meeting was dismissed due to plaintiff's failure to prove that the defendants' statements were defamatory and referred to him specifically. Court found that the burden lay on the plaintiff to demonstrate that the statements identified him and were published, which he failed to do. (Paras 19, 22, 34)
(B) Justification and Fair Comment - Defendants established justification, as their statements were based on complaints from residents and relevant operational concerns. The Court determined that plaintiff's statements were not made in good faith but with malice. (Paras 131, 144)
(C) Costs - Plaintiff's claims were dismissed with costs awarded to defendants, emphasizing the plaintiff's failure to substantiate his claims while defendants proved their mitigating defense. (Paras 173, 174)
| Table of Content |
|---|
| 1. ensuring fair trial for self-representing litigants. (Para 2 , 3) |
| 2. plaintiff's claims of defamation and emotional distress. (Para 4 , 5 , 7 , 10) |
| 3. defendants' arguments of justifiable statements. (Para 11 , 12) |
| 4. claims of malicious intent by plaintiff. (Para 13 , 14 , 15) |
| 5. importance of establishing defamatory nature in alleged statements. (Para 19 , 40 , 41) |
| 6. court's analysis of witness credibility. (Para 22 , 23 , 26 , 30) |
| 7. plaintiff's burden of proof in defamation cases. (Para 34 , 49) |
| 8. final ruling and implications on damages. (Para 95 , 173 , 174) |
A. Pendahuluan
[1] Pada 30 Oktober 2024, Mahkamah telah menolak tuntutan Plaintif dengan kos dan membenarkan tuntutan balas Defendan Kedua (D2) dan Defendan Ketiga (D3) dengan kos.
[2] Di peringkat awal Plaintif diwakili peguamcara dari Tetuan Bala & Co, namun telah menarik diri di peringkat pertengahan perbicaraan, peguamcara menarik diri dan Plaintif menjalankan kes ini sendiri. Meskipun Plaintif menjalankan kes sendirian tanpa khidmat guaman (atas piiihan sendiri), Mahkamah telah memastikan Plaintif mendapat perbicaraan yang adil dengan memberi masa mencukupi untuk perlantikan peguam lain, menerangkan prosedur perbicaraan dan memandu arah secukupnya untuk setiap kali timbulnya isu undang-undang tanpa menjejaskan prinsip sama rata, adil dan saksama.
[3] Menerusi notis rayuan yang difailkan pada 12 November 2024, Plaintif keseluruhan keputusan tersebut.
B. Latar Belakang Tuntutan Plaintif
[4] Kausa tindakan Plaintif adalah saman fitnah terhadap Defendan- Defendan yang mana D2 dan D3 telah mengeluarkan kenyataan fitnah semasa berlangsungnya Mesyuarat Agong Tahunan ke 15 ("AGM ke 15") pada 21 Disember 2019.
[5] Pada setiap masa yang material, Plaintif adalah pemilik pangsapuri unit no A3-7-6 Ocean View Resort (OVR) Jalan Pantai, Batu 9 71050 Port Dickson.
[6] D2 dilantik sebagai Pengerusi dan D3 dilantik sebagai Setiausaha Defendan Pertama, Perbadanan Pengurusan Ocean View Resort ("PPOVR") semasa AGM ke 14. D2 dan D3 disaman atas kapasiti mereka secara peribadi.
[7] Plaintif memplidkan bahawa semasa AGM ke 15 tersebut, D2 dan D3 telah bergilir-gilir membaca tuduhan berunsur fitnah terhadap Plaintif seperti perenggan 7 (i) sehingga (vi) Penyataan Tuntutan berikut:
i. "Arichantheran membuat laporan kepada MACC" -Kenyataan Pertama
ii. "Arichantheran menuduh Jawatankuasa Pengurusan mencuri dan menipu wang pemilik" - Kenyataan Kedua
iii. "Arichantheran menghalau kanak-kanak dari bilik bacaan" - Kenyataan Ketiga
iv. "Arichantheran mengganggu kakitangan"- Kenyataan Keempat
v. "Arichantheran mencuri data pemilik" - Kenyataan Kelima
vi. "Arichantheran membuat beberapa laporan yang tidak berasas kepada Majlis Perbandaran Port Dickson" - Kenyataan Keenam.
[selepas ini disebut "Kenyataan Fitnah Lisan tersebut"]
[8] Plaintif mendakwa D2 dan D3 dengan sengaja membuat Kenyataan Fitnah Lisan tersebut untuk memalukan dan menjatuhkan reputasi Plaintif di hadapan semua ahli mesyuarat yang hadir. Di samping itu Plaintif memplidkan pemfitnahan ini sengaja dibuat untuk menggagalkan peluang Plaintif menjadi ahli jawatankuasa yang bakal dilantik.
C. Butir-Butir Kerugian Dan Kesusahan
[9] Disebabkan oleh Kenyataan Fitnah Lisan tersebut, Plaintif telah mengalami:
i. Kerugian keamanan dan kegembiraan tinggal di dalam pangsapuri:
ii. Plaintif dan isterinya mengalami ketakutan dan tekanan emosi, kehilangan keyakinan dan harga diri di kalangan jiran- jiran dan mula dibenci oleh mereka.
iii. Plaintif mengalami kerosakan pada watak, emosi dan reputasi.
[10] Oleh yang demikian, Plaintif dengan ini menuntut daripada Defendan-Defendan seperti berikut:
a. Perintah larangan (prohibitory injunction) terhadap Defendan- Defendan, ahii atau agen untuk tidak mengulangi sebarang kata fitnah atau tuduhan;
b. Ganti rugi am dan ganti rugi pampasan akibat daripada pemfitnahan dibuat;
c. Ganti rugi teruk;
d. Faedah;
e. Kos; dan
f. Apa-apa relif yang difikirkan adil dan sesuai oleh Mahkamah.
D. Pembelaan Defendan-D