SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 4159

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SEREMBAN
NURUL AZREEN SULTAN & SATU LAGI LWN. ISMAIL ABDULLAH & YANG LAIN
[Guaman Sivil No: NA-21NCvC-13-07/2021]



The court affirmed the authority of wildlife officers to cull dangerous wildlife under specified conditions, while emphasizing the burden of proof rests with the plaintiffs to substantiate their claims, which they failed to do.

Headnote:(A) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 - Seksyen 86(1)(f) dan Seksyen 52 - Tindakan menembak lotong cengkong oleh pihak Perhilitan - Mahkamah mendapati operasi menembak dilakukan untuk kepentingan keselamatan manusia dan tidak melanggar mana-mana undang-undang. Pihak Plaintif tidak berjaya membuktikan tuntutan terhadap Defendan. (Paras 3, 87)

(B) Tindakan Perhilitan di bawah akta pemuliharaan yang diperuntukkan perlu berlandaskan kecemasan yang wujud akibat serangan. Mahkamah menegaskan bahawa keperluan untuk bertindak meskipun tanpa bukti lengkap terlebih dahulu. (Paras 86, 87)

(C) Beban pembuktian terletak kepada pihak yang menuntut; dalam hal ini, pihak Plaintif gagal membuktikan dakwaan. (Paras 44, 46)

Judgement Key Points

Kes ini melibatkan tindakan pihak Perhilitan menembak mati tujuh ekor lotong cengkong yang didakwa menyerang manusia di kawasan Port Dickson. Mahkamah mendapati bahawa tindakan tersebut dilakukan kerana keperluan dan keadaan kecemasan, serta selepas tindakan awal seperti pemantauan dan pemasangan perangkap tidak berjaya (!) (!) (!) . Mahkamah juga memutuskan bahawa spesis lotong cengkong adalah dilindungi tetapi tidak sepenuhnya dilindungi, dan tindakan menembak adalah selaras dengan kuasa yang diberikan oleh undang-undang untuk mengelakkan bahaya kepada manusia (!) (!) (!) (!) . Plaintif gagal membuktikan bahawa lebih daripada tujuh ekor lotong ditembak mati dan bahawa tindakan tersebut dilakukan tanpa keperluan atau melanggar peraturan (!) (!) (!) . Mahkamah menegaskan bahawa beban pembuktian adalah di pihak Plaintif dan mereka gagal memenuhi keperluan tersebut (!) (!) . Secara keseluruhan, keputusan mahkamah adalah menolak tuntutan Plaintif dan menganggap tindakan pihak Perhilitan sebagai wajar dan sah dari segi undang-undang (!) .


Table of Content
1. claims against wildlife shooting (Para 1 , 6 , 7 , 8)
2. defendants' justifications and plaintiff's allegations (Para 2 , 5 , 81)
3. court's assessment of witness testimonies (Para 3 , 4 , 9 , 10 , 11 , 12 , 19 , 20 , 21)
4. identification of the attacking monkeys (Para 22 , 23 , 24 , 25 , 26 , 30 , 31)
5. plaintiffs' claims on juvenile wildlife (Para 37 , 39 , 40 , 44 , 46)
6. legal justifications for shooting wildlife (Para 51 , 52 , 53 , 54 , 56 , 60 , 64)
7. final decision and costs (Para 87)
Mohamad Haldar Abdul Aziz PK:

Pendahuluan

[1] Di dalam kes ini melalui Writ Terpinda dan Pindaan Pernyataan Tuntutan Terpinda, antara lainnya, Plaintif-Plaintif menuntut terhadap Defendan-Defendan relif-relif berikut:

(a) Suatu deklarasi bahawa pembunuhan lotong cengkong-lotong cengkong oleh Defendan Keempat adalah melanggari s 86(1)(f) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716];

(b) Suatu deklarasi bahawa operasi penembakan dengan niat untuk membunuh sebarang haiwan-haiwan "endangered" yang tersenarai di bawah IUCN, iaitu International Union for Conservation of Nature dan/atau CITES, iaitu Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora, adalah tindakan salah dari segi undang-undang berdasarkan s 55 Akta 716;

(c) Suatu deklarasi bahawa operasi penembakan dengan niat untuk membunuh sebarang haiwan-haiwan yang didefinisikan sebagai haiwan terlindung dengan sepenuhnya ("totally protected animal") di bawah Akta 716 adalah salah dari segi undang-undang berdasarkan s 55 Akta 716; dan

(d) Relif-relif lain yang difikirkan suaimanfaat oleh Mahkamah yang Mulia ini dalam keadaan kes ini.

[2] Seterusnya, melalui Pernyataan Pembelaannya, secara ringkas Pihak Defendan telah memplidkan pembelaan seperti berikut:

(a) susulan daripada aduan berulang yang diterima mengenai serangan lotong cengkong terhadap orang awam sehingga membahayakan nyawa, pihak Perhilitan telah membuat kawalan, pemantauan rutin, menembak halau terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menembak mati 7 ekor lotong cengkong dewasa;

(b) tindakan pihak Perhilitan adalah selaras dengan s 52(1) Akta 716;

(c) tindakan pihak Perhilitan melupuskan 7 ekor lotong cengkong dewasa hanya dibuat setelah mengenal pasti wujudnya keperluan (necessity) untuk menembak mati lotong cengkong tersebut; dan

(d) tindakan pihak Perhilitan adalah dibuat berdasarkan undang- undang sedia ada dengan suci hati dan tanpa niat jahat.

[3] Setelah mendengar keterangan-keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi daripada kedua belah pihak Plaintif-Plaintif dan Defendan-Defendan, maka pada 30 Oktober 2024, Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif-Plaintif telah gagal untuk membuktikan tuntutannya terhadap Defendan-Defendan. Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan untuk menolak tuntutan yang difailkan oleh pihak Plaintif-Plaintif terhadap Defendan-Defendan ini dengan kos.

[4] Selanjutnya, Mahkamah juga telah menetapkan bahawa kos keseluruhan tindakan ini adalah sebanyak RM10,000.00 dan jumlah kos sebanyak RM10,000.00 ini mesti dibayar oleh Plaintif-Plaintif kepada Defendan-Defendan tertakluk kepada bayaran fi alokatur.

[5] Plaintif merasa tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah ini yang bertarikh pada 30 Oktober 2024 tersebut di atas telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 26 November 2024, merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap keseluruhan keputusan berkenaan.

Ringkasan Fakta Kes

[6] Tindakan ini telah dimulakan oleh Plaintif-Plaintif yang tidak berpuas hati dengan operasi yang dijalankan oleh Defendan Pertama hingga Keempat (pihak Perhilitan) pada 19 Mei 2021 jam lebih kurang 10.00 pagi di kawasan berhampiran Kuarters TNB Taman Raja Zainal, Port Dickson.

[7] Operasi yang telah dijalankan oleh pihak Perhilitan pada tarikh tersebut adalah berkenaan satu operasi rutin pengurusan hidupan liar daerah Seremban bersangkutan aduan berulang oleh orang awam terhadap spesis lotong cengkong yang telah menyerang dan mencederakan orang awam di kawasan berhampiran Kuarters Pendid

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top