MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
ADI BASTIAN BUSTAMI & YANG LAIN LWN. PENDAKWA RAYA
[Rayuan Jenayah No: B-05(H)-311-06/2024]
| Table of Content |
|---|
| 1. accused pleaded guilty in human trafficking case. (Para 1 , 2 , 3 , 4) |
| 2. details of the migrant smuggling operation. (Para 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12) |
| 3. court's rationale for sentencing based on guilty plea. (Para 13) |
| 4. arguments on judge's consideration of human trafficking report. (Para 14 , 15 , 16 , 17 , 18) |
| 5. appeal against sentence is dismissed. (Para 19 , 20) |
Mukadimah
[1] Pendakwaan terhadap keempat-empat perayu bermula di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor Darul Ehsan terhadap pertuduhan seperti yang berikut:
"Bahawa kamu bersama-sama pada 21 Jun 2023 jam lebih kurang 10.30 malam di atas sebuah bot gentian kaca tanpa nombor pendaftaran, di kedudukan garis lintang 2 darjah 35.349' minit utara dan garis bujur 11 darjah 35.222' minit timur dalam perairan Malaysia pada jarak 3.4 batu nautika dengan daratan berhampiran Tanjung Rhu, Sepang Selangor telah melakukan penyeludupan migran iaitu (29) warga asing sepertimana di lampiran A. Oleh itu, kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 [Akta 670] yang dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan [Akta 574]".
Hukuman:
Hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan juga boleh dikenakan denda atau kedua-duanya.
[2] Pada 11 Jun 2024, pertuduhan tersebut telah dibacakan dan diterangkan kepada keempat-empat perayu di dalam Bahasa Malaysia. Keempat-empat perayu mengaku salah, memahami sifat dan akibat pengakuan salah mereka.
[3] Keempat-empat perayu telah dijatuhi hukuman pemenjaraan selama lapan (8) tahun bermula dari tarikh tangkap (21 Jun 2023) dan bot serta segala peralatan lain dilucuthakkan kepada Kerajaan Malaysia.
[4] Terkilan dengan hukuman yang dikenakan, keempat-empat perayu telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman sahaja.
Fakta Kes (Ekshibit P3)
[5] Pada 26 Januari 2023 jam lebih kurang 10.30 malam, pengadu Bintara Kanan Maritim Ahmad Salleh Bin Mohd Arif dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ketika melaksanakan Operasi Murni di perairan Selat Melaka dan Negeri Sembilan menggunakan sebuah bot PETIR 84 bersama 4 anggotanya, telah menerima maklumat satu kontak curiga daripada SWASLA Lumut.
[6] Pada 26 Januari 2023 jam lebih kurang 10.30 pagi pengadu bersama empat (4) anggotanya telah memeriksa sebuah bot gentian kaca tiada nombor Pendaftaran di Garis Lintang 02 35.349' Utara dan Garis Bujur 101o 35.222' Timur iaitu lebih kurang 3.4 batu nautika daratan terhampir Tanjung Rhu, Sepang, Selangor di dalam perairan Malaysia.
[7] Hasil pemeriksaan awal mendapati sebuah bot gentian kaca tiada nombor pendaftaran didapati membawa penumpang seramai 33 warga asing terdiri daripada tiga (3) warganegara Myanmar dan tiga puluh (30) warganegara Indonesia cuba memasuki Malaysia melalui jalan yang tidak sah. Bot ditahan dan kesemua tangkapan diiringi ke Jeti Maritim Negeri Melaka Dan Negeri Sembilan untuk tindakan selanjutnya.
[8] Pemeriksaan lanjut mendapati bot gentian kaca tersebut dalam perjalanan masuk ke Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan. Kesemua mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670] dan Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155] termasuk bot gentian kaca tiada nombor pendaftaran yang digunakan. Laporan polis berkaitan tangkapan dan rampasan dibuat sepertimana Report SG PELEK/000272/23.
[9] Siasatan dijalankan dan mendapati empat (4) daripada kesemua tangkapan iaitu Zali Bin Saad (tertuduh Pertama) merupakan tekong bot manakala Tengku Mohd Bashah Bin Tengku Husin (tertuduh ke dua), Adi Bastian Bustami (tertuduh ke tiga) dan Mohd Yusof Bin Husin (tertuduh ke empat) telah menyeludup dua puluh sembilan (29) orang migran warga Indonesia dan Myanmar (tiada dokumen) masuk ke Malaysia iaitu:
1. NUR KASIM BIN SUYUT / LELAKI / 23 TAHUN / MYANMAR
2. MOHD JALIL BIN M. ALI / LELAKI / 45 TAHUN / INDONESIA
3. NUROHMAN BIN ROHIM / LELAKI / 41 TAHUN / INDONESIA
4. MO
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.