2025 MarsdenLR 2542
MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
ZULHAZMI ARIFIN LWN. PENDAKWA RAYA
[Rayuan Jenayah No: BA-41S-32-11/2024]
Court upheld the principle that understanding the nature of charges is essential for a guilty plea, while the social implications are beyond the court's inquiry.
Headnote:(A) Akta Kesalahan Kecil 1955 - Seksyen 29(1) - Kanun Keseksaan - Seksyen 424 - Pengakuan salah - Tertuduh dipaksa membuat pengakuan salah tanpa nasihat yang memadai tentang kesan kepada pekerjaan - Mahkamah mendapati pengakuan adalah tanpa syarat dan tertuduh memahami pertuduhan dan kesan pengakuan - Rayuan ditolak. (Paras 26, 22, 17)
(B) Prosedur - Tatacara perbicaraan terus di bawah s 173 Kanun Tatacara Jenayah - Mahkamah tidak bertanggungjawab memastikan tertuduh memahami implikasi sosial daripada pengakuan salahnya, tetapi perlu memastikan pemahaman terhadap pertuduhan dan akibat hukum yang akan dikenakan. (Paras 23, 24)
Facts of the case:
Perayu telah disabitkan dengan pertuduhan pilihan berdasarkan pengakuan salah terhadap pemilikan wang tunai tanpa dapat memberikan penjelasan. Perayu berface sabitan dengan hukuman denda dan penjara jika gagal bayar. (Paras 5, 6)
Findings of Court:
Mahkamah menegaskan bahawa pengakuan salah perayu dibuat secara sukarela dan dengan pemahaman yang mencukupi, serta tidak ada bukti tatacara perbicaraan dilanggar. (Paras 25, 19)
Issues: Keberkesanan pengakuan salah dan sama ada tertuduh telah mendapat nasihat undang-undang yang sesuai mengenai kesan pengakuan tersebut. (Paras 12, 10)
Ratio Decidendi: Mahkamah menyatakan bahawa tertuduh tidak memerlukan nasihat tentang impak sosial tetapi perlu memahami pertuduhan dan hukuman, yang telah dipatuhi oleh majistret. (Paras 26, 22)
Result: Rayuan ditolak.
| Table of Content |
|---|
| 1. summary of charges and initial outcomes (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5) |
| 2. arguments presented by the appellant and the respondent (Para 6 , 7 , 8 , 9) |
| 3. details of the appellant's guilty plea and its implications (Para 10 , 11 , 12 , 13 , 14 , 15) |
| 4. court's analysis and observations on the plea process (Para 16 , 17 , 18 , 19 , 20) |
| 5. procedural adherence to section 173 ktj (Para 21 , 22 , 23 , 24 , 25) |
Pengenalan
[1] Ini adalah rayuan daripada perayu terhadap sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan oleh majistret yang bijaksana ke atas perayu pada 17 Oktober 2024 di bawah s 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 .
Latarbelakang
[2] Terdapat dua (2) pertuduhan terhadap perayu iaitu pertuduhan utama di bawah s 424 Kanun Keseksaan (KK) dan pertuduhan pilihan di bawah s 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 .
[3] Pertuduhan utama adalah berbunyi sedemikian:
Bahawa kamu antara 18 Julai 2024 hingga 28 Ogos 2024 di alamat No 86, Jalan 17A/12, Petaling Jaya, dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati dengan curang menolong menyembunyikan harta milik Wong Yow Hoong, Kpt: 990317-10-5253 iaitu wang tunai berjumlah RM22,700.00/- yang dimasukkan kedalam Akaun Hong Leong Bank no: 18700086326 yang dimiliki oleh kamu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dlhukum di bawah s 424 Kanun Keseksaan .
Hukuman: Penjara seiama tempoh yang boleh sampai 5 tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya
("pertuduhan utama")
[4] Manakala pertuduhan pilihan terhadap perayu adalah seperti berikut:
Bahawa kamu antara 18 Julai 2024 hingga 28 Ogos 2024 di aiamat No 86, Jaian 17A/12, Petaiing Jaya, dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Seiangor Darul Ehsan, telah didapati memiliki wang tunai berjumlah RM22,700.00/- yang dimasukkan ke dalam Akaun Hong Leong Bank no: 18700086326 milik kamu yang mana kamu tidak dapat memberi keterangan yang memuaskan bagaimana wang itu di peroiehi. Oleh yang demikian, kamu teiah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum dibawah s 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 .
Hukuman: Penjara tidak iebih dari satu tahun atau boleh di hukum denda tidak lebih dari RM1,000.00 atau kedua-duanya sekali
("pertuduhan pilihan)
[5] Perayu telah mengaku salah terhadap pertuduhan pilihan. Justeru itu, perayu telah disabitkan oleh majistret yang bijaksana dan dijatuhkan hukuman denda RM800-00 gagal bayar satu (1) bulan penjara. Perayu telah membayar denda tersebut.
[6] Terkilan dengan keputusan tersebut, perayu telah memfailkan Notis Rayuan bertarilkh 31 Oktober 2024. Di dalam Petisyen Rayuan bertarikh 31 Januari 2025, peguambela perayu telah menimbulkan isu-isu berikut:
(i) perayu tidak dinasihati secara undang-undang berkenaan kesan dan akibat pengakuan salah terhadap pekerjaan perayu;
(ii) pengakuan salah perayu bukanlah tanpa syarat;
(iii) kegagalan mematuhi syarat-syarat ketat di bawah s 173 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) yang menyebabkan satu ketidakadilan.
[7] Oleh itu, pihak peguambela memohon agar rayuan dibenarkan dan perayu dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan.
[8] Namun, di dalam penghujahannya pula, pihak peguambela memohon agar rayuan dibenarkan dan sabitan dan hukuman majistret yang bijaksana diketepikan dan kes diremit ke mahkamah majistret untuk dibicarakan semuladi hadapan majistret yang berlainan.
[9] Pihak responden pula menghujahkan bahawa sabitan adalah selamatdan tidak pernah pada bila-bila masa perayu diprejudiskan serta hukuman yang diperintahkan adalah wajar, munasabah dan tidak keterlaluan. Tambahan pula, perayu turut diwakili oleh pihak peguam di peringkat mahkamah bicara.
Dapatan Mahkamah Ini
[10] Secara ringkas, hujahan perayu adalah berkaitan pengakuan salah perayu yang telah dibuat secara bersyarat serta perayu tidak dinasihati secara undang-undang berkenaan kesan dan akibat pengakuan salah terhadap pekerjaan perayu.
[11] Peguambeia perayu telah menghujahkan seperti berikut (sila lihat mukasurat 5 "Appellants Submission") yang mana adalah dinyatakan sem