SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 5469

MAHKAMAH TINGGI MALAYA JOHOR BAHRU
PHANG SIN KIEN LWN. PANG SHYIAN JUANG
[Saman Pemula No: JA-24NCVC-599-06/2023]



Petitioner Advocates:Clement Chong ,Respondent Advocate: En KC Chan

Caveats can only be maintained by individuals with a present interest in the estate, as established in the context of estate administration.

Headnote:(A) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 - Seksyen 13 dan 14(9) - Kanan Tanah Negara 1965 - Seksyen 327 dan 323 - Tindakan membatalkan kaveat persendirian ke atas hartanah - Mahkamah memutuskan bahawa Perintah Pentadbiran dan Pembahagian adalah sah dan boleh dikuatkuasakan, membenarkan permohonan untuk membatalkan kaveat persendirian D sebagai tidak berasas kerana D tidak mempunyai kepentingan boleh kaveat ke atas harta pusaka yang belum dibahagi. (Paras 22-32)

(B) Kaveat Persendirian - Kepentingan boleh kaveat - Hanya pihak yang mempunyai kepentingan semasa yang boleh memfailkan kaveat persendirian; pengguguran kaveat D dibenarkan oleh mahkamah. (Paras 27-32)

Table of Content
1. plaintiff's claim for cancellation of caveat (Para 1 , 2 , 3 , 4)
2. estate of the deceased and heirship details (Para 8 , 9 , 10 , 11 , 12 , 13 , 14 , 15)
3. previous legal challenges by defendant (Para 16 , 17 , 18 , 19 , 20 , 21)
4. court's ruling on the validity of administrative orders (Para 22 , 23 , 24 , 25 , 26 , 27 , 28)
5. criteria for caveatable interest (Para 29 , 30 , 31 , 32)
Noor Hisham Ismail H:

Pengenalan

[1] Ini merupakan tindakan Saman Pemula (Lampiran 1) oleh Plaintif ("P") bagi membatalkan kaveat persendirian yang dimasukkan oleh Defendan ("D") ke atas dua (2) hartanah milik si mati Phang Hoon Ying yang dikenali sebagai No Hakmilik: H.S.(M) 2680, Lot 5350, Tempat Sg. Lenek II, Mukim Chaah, Daerah Labis, Negeri Johor ("HSM 2680") dan No Hakmilik: HS(D) 17823, Lot 2703, Mukim Chaah, Daerah Segamat, Negeri Johor ("HSD 17823").

[2] Selain pembatalan kaveat, P turut memohon perintah deklarasi bahawa P adalah berhak kepada milikan dan jagaan dokumen hakmilik keluaran HSM 2680 tersebut dan sekiranya perintah deklarasi dibenarkan, memerintahkan D mengembalikan dokumen hakmilik HSM 2680 tersebut kepada P dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh perintah.

[3] Relif-relif lain yang dimohon oleh P di dalam Lampiran 1 merupakan perintah-perintah berbangkit (consequential orders) daripada relif-relif yang disebut sebelum ini.

[4] Walau bagaimanapun, ketika perbicaraan, P menarik balik permohonannya untuk membatalkan kaveat bagi hartanah HSD 17823 kerana telah menjadi akademik berikutan D telah menarik balik kaveat persendirian yang dimasukkannya ke atas hartanah tersebut.

[5] Mahkamah ini pada 21 Januari 2024, setelah selesai mendengar hujah-hujah peguam P dan peguam D, telah memutuskan untuk membenarkan permohonan P sebagai mana terma-terma di dalam Saman Pemula yang berkaitan dengan hartanah HSM 2680, kecuali tuntutan gantirugi oleh P terhadap D, dengan kos RM3,000.00 tertakluk kepada fi alokator.

[6] D telah memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah ini yang tersebut.

[7] Maka, berikut merupakan alasan-alasan penghakiman Mahkamah ini.

Fakta-Fakta

[8] Seorang Phang Hoon Yin ("si mati") telah meninggal dunia pada 16 September 1991 tanpa wasiat. Si mati turut meninggalkan seorang isteri, lima (5) anak lelaki dan tiga (3) anak perempuan sebagai waris dan benefisiari beliau.

[9] Semasa meninggal, si mati merupakan pemilik kepada dua buah hartanah dikenali secara ringkas sebagai hartanah "HSM 2680" dan hartanah "HSD 17823".

[10] P adalah salah seorang anak si mati.

[11] D adalah cucu si mati dan merupakan anak serta pentadbir harta pusaka kepada Pang Seng Hee (meninggal dunia pada tahun 2014) iaitu abang kepada P dan salah seorang waris dan benefisiari si mati.

[12] Pada 15 Oktober 2019, P telah dilantik sebagai pentadbir tunggal harta pusaka si mati melalui perintah pentadbiran dan pembahagian ("Perintah Pentadbiran dan Pembahagian") yang dikeluarkan menurut s 13 Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 ("AHPK") selepas dibicarakan di hadapan Pentadbir Tanah, Unit Pembahagian Pusaka Johor Utara, Segamat, Johor (rujuk eksibit "PSK-3" Afidavit Sokongan P).

[13] Fakta-fakta sedia ada menunjukkan bahawa D turut hadir bersama-sama waris dan benefisiari si mati yang lain semasa perbicaraan pembahagian harta pusaka yang mana akhirnya membawa kepada persetujuan masing-masing untuk Perintah Pentadbir dan Pembahagian bertarikh 15 Oktober 2019 tersebut dikeluarkan.

[14] Plaintif kemudiannya telah mengumpulkan wang sebanyak RM1,380.00 daripada kesemua benefisiari si mati termasuk D untuk dibayar kepada Unit Pembahagian Pusaka Johor Utara sebagai bayaran fi yang ditentukan di bawah AHPK dan peraturan-peraturan yang digubal di bawahnya.

[15] Pada 18 Disember 2019, P telah mengambil salinan asal Perintah Pentadbiran dan Pembahagian tersebut daripada Unit Pembahagian Pusaka Johor Utara.

[16] Pada 28 Jun 2020, D telah memfailkan Saman Pemula di Mahkamah Tinggi Johor melalui Guaman No JA-24NCVC-343-06/2020 ("Guama

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top