SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2025 MarsdenLR 2678

MAKHKAMAH TINGGI SHAH ALAM
SIEMENS MALAYSIA SDN BHD LWN. PESTECH ENERGY SDN BHD & SATU LAGI
[Guaman No: BA-22NCC-152-08/2024]



Petitioner Advocates:Sivaram Prasad,Ong Wei Ying ,Respondent Advocate: Aarthi Jeyarajah,S Kumutha

The court confirms that summary judgment can be granted when there is no triable issue, supported by the clear admissions of debt by the defendants.

Headnote:(A) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 - Peruntukan A 14 k 1 - Permohonan penghakiman terus - Plaintif menuntut jumlah tertunggak yang ditanggung oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua berdasarkan jaminan korporat - Defendan tidak menafikan pembekalan barang tetapi membangkitkan isu mengenai prosedur pembayaran dan faedah yang dikenakan - Mahkamah mendapati tiada isu boleh dibicarakan yang memerlukan perbicaraan penuh, dan dokumen yang dikemukakan mencukupi untuk penghakiman terus - Dianggap bahawa Defendan Pertama menerima barang dan memberikan pengakuan mengenai jumlah yang terhutang. (Paras 1-34)

(B) Pengakuan dan pembelaan - Pengakuan yang jelas mengenai jumlah hutang dapat memudahkan Mahkamah memberikan penghakiman terus tanpa perbicaraan. (Paras 32-33)

Facts of the case:
Plaintif adalah pembekal perkhidmatan kejuruteraan yang telah membekal barang kepada Defendan Pertama berdasarkan kontrak, tetapi Defendan Pertama gagal membuat pembayaran yang tertunggak. Defendan Kedua menandatangani jaminan korporat untuk membayar jumlah tertentu.

Findings of Court:
Mahkamah mendapati Defendan Pertama terhutang kepada Plaintif secara kolektif sebanyak RM14,370,844.31 dan terdapat faedah pembayaran lewat serta kos yang dibenarkan.

Issues: Adakah terdapat isu pertikaian dalam tuntutan sehingga perlu melalui perbicaraan?

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa pembelaan yang dikemukakan oleh Defendan tidak cukup untuk menimbulkan sebarang isu yang boleh dibicarakan dan berdasarkan dokumen yang disediakan oleh Plaintif, tuntutan mereka adalah sahih dan wajar.

Result: Penghakiman terus dibenarkan terhadap Defendan Pertama dengan kos sebanyak RM6000.00.

Table of Content
1. plaintiff's claim for direct judgment. (Para 1)
2. summary of plaintiff's services provided. (Para 2 , 3 , 4 , 5)
3. defendants' claims regarding compliance. (Para 6 , 7 , 8)
4. court's decision on meritorious defenses. (Para 9)
5. criteria for summary judgment. (Para 11 , 12 , 16 , 17 , 18 , 19)
6. court's reasoning validates direct judgment. (Para 25 , 31 , 32)
Rozi Bainon PK:

Pengenalan

[1] Writ saman dan pernyataan tuntutan Plaintif bertarikh 16 Ogos 2024, dan pada 4 Disember 2024 Plaintif memfailkan permohonan menurut peruntukan A 14 k 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk memperoleh penghakiman terus (Kand. 12) terhadap Defendan-Defendan dan setiap satu daripada mereka seperti yang berikut:

Terhadap Defendan Pertama:

(a) Jumlah Prinsipal secara kolektif sebanyak RM14,370,844.31 dan Faedah Pembayaran Lewat pada 31 Mei 2024 dalam jumlah RM1,744,258.66, dan Faedah Pembayaran Lewat ke atas jumlah tertunggak di bawah Invois-invois tersebut di atas, terakru dan masih terakru pada kadar 1% setiap bulan dari tarikh masing-masing Invois (termasuk tarikh tamat tempoh tersebut) seperti yang dinyatakan di dalam Lampiran A yang dilampirkan di sini, sehingga pembayaran penuh jumlah tertunggak daripada Defendan Pertama kepada Plaintif.

(b) Kos.

(c) Relief lain dan/atau yang selanjutnya yang dianggapkan wajar oleh Mahkamah ini.

Terhadap Defendan Kedua:

(a) RM9,060,000.00 di bawah Jaminan 20 Oktober 2022.

(b) RM39,232.80 di bawah Jaminan 20 Januari 2022 bersama dengan Faedah pada 31 Mei 2024 sebanyak RM7,390.81 dan Faedah terakru dan masih terakru daripada 1 Jun 2024 pada kadar 1% setiap bulan sehingga tarikh pembayaran penuh.

(c) Kos.

(d) Relief-relif lain dan/atau yang selanjutnya yang dianggapkan wajar oleh ini.

Alasan-alasan permohonan Plaintif adalah seperti yang terkandung dalam Afidavit Sokongan Nuraini Binti Nasrudin (No. K/P: 780324-10-5686) selaras dengan A 32 k 13(2)(a) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan secara ringkas adalah seperti yang berikut:

(a) Defendan-Defendan adalah dengan benar dan adil terhutang kepada Plaintif untuk jumlah sepertimana yang dituntut di sini; dan

(b) Defendan-Defendan tiada pembelaan terhadap tuntutan Plaintif dan tiada isu-isu yang boleh dibicarakan.

Writ saman dan pernyataan tuntutan (Kand. 1)

[2] Plaintif adalah pembekal, antara lain, pelbagai perkhidmatan kejuruteraan.

[3] Defendan Pertama melantik Plaintif untuk menyediakan barang-barang dan perkhidmatan ("Barang") seperti berikut:

i. Pembekalan Meter Pintar 1Phase untuk Projek Advanced Metering Infrastructure;

ii. Pembekalan & Pengiriman Smart Meter untuk Smart Billing Project Deployment Phase 2 - Fasa Tunggal FR IM100.

iii. Pembekalan & Pengiriman Smart Meter untuk Smart Billing Project Deployment Phase 2 - Pesanan Tambahan untuk 33,600 Unit FR IM100;

iv. NUR 132/33kV Pencawang Barat - Kerja-kerja Perluasan SCADA;

v. NUR Utara 132kV Geganti Perlindungan; dan

vi. 7SR11 untuk Kemaman.

[4] Selaras dengan pembekalan Barang tersebut maka, Plaintif memplidkan bahawa adalah sewajarnya-

(a) Plaintif menuntut bayaran daripada Defendan Pertama semua amaun yang perlu dibayar dan tertunggak oleh Defendan Pertama kepada Plaintif melalui 6 surat tuntutan masing-masing bertarikh 20 Jun 2024 daripada peguamcara Plaintif, Tetuan Christopher & Lee Ong ("CLO"), walau bagaimanapun Defendan Pertama gagal dan/atau mengabaikan dan/atau tidak membayar kepada Plaintif, jumlah yang perlu dibayar dan tertunggak kepada Plaintif.

(b) Plaintif menuntut bayaran daripada Defendan Kedua bagi-

i. RM9,060,000.00 di bawah Jaminan 20 Oktober 2022.

ii. RM39,232.80 di bawah Jaminan 20 Januari 2022 bersama dengan Faedah pada 31 Mei 2024 sebanyak RM7,390.81 dan Faedah terakru dan masih terakru dari 1 Jun 2024 sehingga tarikh pembayaran penuh, melalui 2 surat tuntutan masing-masing bertarikh 20 Jun 2024 daripada CLO, namun Defendan Ke-2 gagal dan/atau mengabaikan dan/atau tidak membayar kepada Plaintif, jumlah yang perlu dibayar dan tertunggak kepada Plaintif.

Oleh sebab perkara yang dinyatakan di a

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top