2025 MarsdenLR 2844
MAHKAMAH SESYEN KLANG
DATO SERI SHANMUGAM RAMASAMY LWN. ADIVISAN VERASAMY
[Guaman Sivil No: BL-A52NCC-76-10/2022]
Important Points
Subject
Civil Law - Contract Law
Act Referred
Headnote
(B) Credibility of evidence - The court evaluated the presented evidence and found inconsistencies in the plaintiff's claims, including the lack of written agreements or supporting documentation - The plaintiff's conduct also indicated the absence of a loan agreement. (Paras 28, 29, 30, 37, 46, 68)
(C) Conclusion - The court ruled that the plaintiff had failed to prove the loan existed, stating: 'the claim of the plaintiff is dismissed.' (Paras 67, 69)
| Table of Content |
|---|
| 1. nature of the financial transaction (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6) |
| 2. circumstances around the monetary exchange (Para 7 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12) |
| 3. defendant's perspective on the funds (Para 13 , 14 , 15 , 16 , 17 , 18) |
| 4. burden of proof in legal claims (Para 19 , 20 , 21 , 22 , 23 , 24) |
| 5. probative value in the plaintiff's claim (Para 25 , 26 , 27 , 28) |
| 6. conduct relevant to credibility (Para 29 , 30 , 31 , 32) |
| 7. plaintiff’s background relevance (Para 33 , 34 , 35 , 36) |
| 8. need for formal documentation (Para 37 , 38 , 39 , 40 , 41) |
| 9. societal awareness of loan agreements (Para 42 , 43 , 44 , 45) |
| 10. importance of written agreements (Para 46 , 47 , 48 , 49 , 50 , 51 , 52) |
| 11. long opportunity for agreement (Para 53 , 54 , 55) |
| 12. examination of documentary evidence (Para 56 , 57 , 58 , 59 , 60 , 61 , 62 , 63 , 64 , 65 , 66) |
| 13. final ruling on the plaintiff's claim (Para 67 , 68 , 69) |
Latar Belakang
[1] Plaintif/pemberi wang memfailkan rayuan terhadap penghakiman oleh Mahkamah yang menolak tuntutannya terhadap defendan/penerima wang setelah bicara penuh.
[2] Plaintif memohon defendan membayar RM234,900.00 kepadanya atas dakwaan ia adalah pinjaman persahabatan.
[3] Pembelaan oleh defendan ialah wang di atas adalah pelaburan dan bukannya pinjaman.
[4] Saksi plaintif adalah plaintif seorang sahaja [SP1].
[5] Saksi defendan ialah defendan [SD1] dan Ganesan A/L Vengadasalam @ Balan [SD2]. SD2 menyokong dakwaan defendan bahawa ia adalah wang pelaburan.
[6] Amnya kes ini adalah persoalan fakta.
Pli Kes Plaintif
[7] Plaintif adalah seorang ahli perniagaan. Dia ada syarikatnya sendiri.
[8] Defendan adalah seorang agen insuran.
[9] Plaintif dan defendan berkawan.
[10] Antara 3 Mac 2016 hingga 26 Mac 2016, plaintif memberikan wang berjumlah RM234,900.00 kepada defendan melalui beberapa siri transaksi pindahan wang ke dalam akaun defendan.
[11] Terkait pemberian di atas, lihat perenggan 3 dan 4 penyata tuntutan yang berikut:
"3. Sekitar bulan Februari 2016, Defendan telah memohon bantuan Plaintif untuk meminjam wang daripada Plaintif. Defendan telah menyatakan bahawa dia akan mengembalikan pinjaman tersebut kepada Plaintif dalam tempoh setahun iaitu pada bulan Mei 2017. Plaintif telah bersetuju untuk memberikan pinjaman persahabatan kepada Defendan untuk sejumlah wang yang tidak ditentukan.
4. Di atas dasar persahabatan yang terjalin di antara Plaintif dan Defendan dan di atas niat untuk menolong Defendan, Plaintif telah memberikan Pinjaman Persahabatan berjumlah RM234,900.00 secara berperingkat yang dimasukkan ke dalam akaun milik defendan (No Akaun Maybank ...) seperti berikut:
[12] Pada 31 Mei 2022, peguamcara plaintif menghantar notis tuntutan terhadap defendan menuntut bayaran balik pinjaman. Lihat perenggan 10, penyata tuntutan pindaan.
Pli Kes Defendan
[13] Defendan mengaku menerima wang berkenaan.
[14] Defendan mendakwa wang bukannya pinjaman kepadanya. Ia adalah pelaburan yang diberikan oleh plaintif kepadanya untuk dilaburkan dalam forex.
[15] Untuk kemudahan, lihat perenggan 2 dan 3, penyata pembelaan seperti yang berikut:
"2. Defendan menafikan kandungan Perenggan 3 Pernyataan Tuntutan tersebut dan menegaskan tiada sebarang "Pinjaman Persahabatan" wujud di antara Plaintif dan Defendan pada bila-bila masa.
3. Defendan menafikan kandungan Perenggan 4 Pernyataan Tuntutan tersebut dan menegaskan bahawa wang berjumlah RM234,900.00 yang dikatakan dipinjam oleh Defendan di bawah suatu "Perjanjian Persahabatan" adalah tidak benar dimana Plaintif telah memberikan wang tersebut kepada Defendan bagi urusan pelaburan "FOREX" pada tahun 2016."
[16] Selanjutnya, defendan menegaskan setelah menerima wang daripada plaintif, defendan memberikannya kepada pihak ketiga untuk dilaburkan dalam forex. Plaintif mengetahui dan bersetuju mengenai perkara ini.
[17] Walau bagaimanapun, pelaburan mengalami kerugian. Defendan sendiri juga mengalami kerugian dari pelaburannya ke dalam forex.
[18] Defendan mendakwa plaintif membuat tuntutan ini adala