SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2025 MarsdenLR 2880

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SUNGAI PETANI
ADAM AHMAD LWN. KERAJAAN MALAYSIA & YANG LAIN
[Permohonan Semakan Kehakiman No: KB-25-6-12-2024]



Petitioner Advocates:Adam Ahmad ,Respondent Advocate: Mohd Faisal Md Noor

Permohonan semakan kehakiman perlu memenuhi ambang undang-undang yang ketat dan tidak boleh mencampuri urusan dasar kerajaan yang merupakan ranah eksekutif.

Headnote:(A) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 - Aturan 53 - Semakan kehakiman - Mahkamah menolak permohonan semakan kehakiman kerana tidak memenuhi kriteria di bawah Aturan 53 k 2(4) dan k 3(2) KM, serta tiada asas undang-undang mencukupi bagi membenarkan permohonan relif yang dipohon. Permohonan dianggap kabur dan tidak berasas. (Paras [4], [5], [28])

(B) Judicial Review - Threshold - Ambang untuk permohonan semakan kehakiman adalah rendah tetapi pemohon tetap perlu membuktikan wujudnya asas yang kukuh, dan tidak boleh hanya berasaskan tuntutan moral. (Paras [7] dan [10])

(C) Separation of Powers - Mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam hal dasar polisi kerajaan, yang merupakan ranah eksekutif. (Paras [26], [27])

Facts of the case:
Pemohon memohon kebenaran untuk semakan kehakiman dan membangkitkan pelbagai isu yang berkaitan dengan undang-undang dan prinsip-konstitusi yang dianggap dilanggar oleh kerajaan. Namun, permohonan ini mengandungi banyak perisytiharan yang tidak dapat diputuskan oleh Mahkamah. (Paras [1], [9])

Findings of Court:
Mahkamah mendapati Pemohon gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan di bawah Akta Mahkamah Kehakiman untuk permohonan semakan kehakiman dan bahawa relif-relif yang dipohon adalah tidak wajar. (Paras [29])

Issues: Adakah permohonan Pemohon memenuhi syarat undang-undang untuk semakan kehakiman yang sah?; Adakah mahkamah mempunyai kuasa untuk memutuskan isu-isu yang dikemukakan berkaitan dengan dasar kerajaan? (Paras [12], [29])

Ratio Decidendi: Dalam hal ini, Mahkamah menetapkan bahawa permohonan semakan kehakiman tidak memenuhi ambang bukti yang ditetapkan, dan isu yang ditangani adalah di luar jangkauan kuasa kehakiman. (Paras [27])

Result: Permohonan ditolak.

Table of Content
1. seeking judicial review for public actions. (Para 1 , 2)
2. arguments for validating the application. (Para 3 , 4 , 5 , 6 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12)
3. legal requirements for judicial review applications. (Para 13 , 14 , 15)
4. court's analysis on the application’s validity. (Para 16 , 17 , 18 , 19 , 20 , 21 , 22 , 23 , 24 , 25 , 26 , 27 , 28)
5. final ruling on the application rejection. (Para 29)
Narkunavathy Sundareson H:

Pengenalan

[1] Melalui Lampiran 1, Pemohon memohon kebenaran memohon semakan kehakiman untuk relif-relif berikut-

(i) perisytiharan bahawa Deen al-Fitrah dan Islam Kaffah adalah sistem kehidupan dan sistem kerajaan yang berasaskan prinsip tunggal tauhid, iaitu penegasan bahawa semua kewujudan adalah milikan Tuhan Sekalian Alam (Nature's God), yang dibuktikan melalui kepatuhan kepada Sunnatullah atau Undang-undang Semulajadi (Natural Law) atau prinsip utama Hak Semulajadi (Natural Rights) yang ditegaskan dalam Surah Al-Maaidah (5:101), Ali Imran (3:7), Al-An'aam(6:150), Hud(11:17), An- Nisaa' (4:82), serta Doktrin Tauhid (Perlembagaan) menurut Surah Al-A'raaf (7:172), Al-An'aam (6:12), Al-Qasas (28:74-75), Al- An'aam (6:161-163) dan Al-Kahfi (18:50-51);

(ii) perisytiharan bahawa Malaysia adalah negara yang tegak berasaskan Deen al-Fitrah dan Islam Kaffah, sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 3(1) dan Perkara 11(5) Perlembagaan Persekutuan serta Rukun Negara; dan bahawa sebarang prinsip jurisprudens yang melanggar fitrah manusia semulajadi menurut kerangka Perlembagaan Al-Quran, seperti yang ditegaskan dalam Surah Al-Mumtahanah (60:9) dan Ar-Ruum (30:30), adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah untuk menjadi negara Islam;

(iii) perisytiharan bahawa tujuan utama al-Quran diturunkan adalah untuk menetapkan sistem kerajaan sehingga hari kiamatyang sah dan layak memasuki kontrak bersama Allah menurut terma dan syarat al-Quran, dan bahawa Sultan dan Raja-raja yang mempertahankan bidang kuasa tauhid Deen al-Fitrah dan Islam Kaffah tanpa campur aduk hukum relativisme adalah seolah-olah Khalifah dan saksi atau bayangan Tuhan di atas muka bumi menurut prinsip Surah al-Fath (48:10), Al-Baqarah (2:151), Al- Anbiyaa' (21:105), An-Nur (24:55), Al-Baqarah (2:130-151), Ali Imraan (3:6468), Al-Hajj (22:78), Ali Imraan (3:81-85), Al-A'raaf 7:156158, An-Nisaa' (4:65), Yunus (10:47), Ibrahim (14:4), dan bahawa penderhakaan terhadap bidang kuasa tauhid mereka dalam memelihara fitrah semulajadi makhluk Allah menurut prinsip Surah Ar-Ruum (30:30) dan An-Nisaa' (4:119-121) adalah seolah-olah penderhakaan kepada Tuhan dan membawa implikasi murtad;

(iv) perisytiharan bahawa gerakan penghapusan spesis manusia Homo Sapiens melalui transhumanisme, yang dibawa oleh Forum Ekonomi Sedunia (WEF) dan disokong oleh perjanjian rakan strategik bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) untuk melaksanakan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR), serta paksaan kontrak sosial Great Reset melalui bioterrorisme, bertujuan mewujudkan sistem ekonomi parasit (riba) Stakeholder Capitalism di seluruh negara secara tidak demokratik, adalah bersamaan sifat dengan gerakan "keturunan Iblis" (Dajjal) dalam konteks pemahaman Islam seperti yang ditegaskan dalam Surah Al-Kahfi (18:50-51), Asy-Syu'araa' (26:94-98), Al-An'aam (6:112-116), Al-Mujaadalah (58:14-22), dan Al-Hajj (39-41);

(v) perisytiharan bahawa hasrat keturunan Iblis seperti yang disifatkan dalam Surah An-Nisaa' (4:119) dan Surah Al- Kahfi (18:50), serta sokongan Kerajaan Malaysia untuk melaksanakan paksaan kontrak sosial Order Baru Dunia atau Great Reset dengan menjadikan ahli-ahli World Economic Forum (WEF) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) sebagai Khalifah di atas muka bumi, adalah bertentangan dengan Perlembagaan dan suatu gerakan rampasan kuasa terhadap Khalifah atau Yang di-Pertuan Agong (YDPA) atau Raja sebenar seperti yang ditetapkan melalui doktrin kerajaan ilahi (Divine Kingship) dalam Surah A-li'lmraan (3:68) dan Surah Al-Hajj (22:78) al-Quran, serta sistem negara Ma

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top