SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 849

MAHKAMAH SESYEN KUALA LUMPUR
MUHAMMAD NOORAMSYAR MOHD LIMY LWN. RHB ISLAMIC BANK BERHAD
[Guaman No: WA-A52M-2524-05/2024]



Defendan tidak melanggar kewajipan kontraktual dalam mendapatkan perlindungan Takaful GRTT sebelum kematian Si Mati, yang tidak dapat diramalkan, oleh itu tuntutan Plaintif ditolak.

Headnote:(A) Mahkamah (Civil Procedure) Rules 2012 - A 18 k 19(1)(b) dan (d) - Permohonan membatalkan Writ dan Pernyataan Tuntutan - Tuntutan oleh Plaintif terhadap Defendan berkaitan perlindungan Takaful yang tidak dilaksanakan selepas kematian Si Mati - Kematian Si Mati selepas permohonan diluluskan tidak dapat diramalkan oleh Defendan - Defendan melaksanakan kontrak dan tanggungjawab dengan berhati-hati dalam masa yang munasabah. (Paras 1-33)

(B) Kontrak - Tanggungjawab untuk memastikan perlindungan Takaful GRTT yang tepat pada masanya bagi Si Mati adalah tertakluk kepada syarat-syarat dalam Surat Tawaran Bersyarat - Pihak Defendan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan melalui proses yang sesuai sebelum kelulusan dan pembiayaan - Kecuaian tidak terbukti berkaitan dengan kegagalan mendapatkan perlindungan dalam masa yang ditetapkan. (Paras 13-32) Fakta kes: Si Mati telah membuat permohonan untuk pembiayaan yang melibatkan perlindungan Takaful dan telah meninggal dunia setelah permohonan diluluskan; namun, perlindungan menjadi tidak sah apabila Si Mati meninggal dunia sebelum ia dapat dilaksanakan. (Paras 2-10) Temuan Mahkamah: Defendan telah melaksanakan tanggungjawab mereka dalam tempoh yang munasabah dan dengan prosedur yang sesuai, tidak terdapatnya pelanggaran kontrak. (Paras 31-32) Isu-isu: Sama ada Defendan berjaya memenuhi tanggungjawab kontraktual berkaitan perlindungan Takaful setelah kematian Si Mati. Ratio decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa perlindungan Takaful tidak dapat dilaksanakan setelah kematian Si Mati; kegagalan untuk mendapatkannya bukan kelalaian Defendan. Hasil: Permohonan Defendan dibenarkan dan tuntutan Plaintif dibatalkan dengan kos RM3,000.00.

Table of Content
1. factual background regarding financing and insurance. (Para 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12)
2. plaintiff's claims regarding contractual obligations. (Para 13 , 14 , 15 , 16 , 17)
3. court's analysis of contractual responsibilities and timelines. (Para 18 , 19 , 20 , 21 , 22 , 23 , 24 , 25 , 26 , 27 , 28 , 29)
4. legal test for prudent banking actions. (Para 30 , 31)
Zaman Mohd Noor HMS:

(Lampiran 10 Pembatalan Writ Dan Penyata Tuntutan)

Pengenalan

[1] Melalui Lampiran 10, Defendan memohon bagi perintah di bawah bidang kuasa sedia ada Mahkamah atau menurut A 18 k 19(1)(b) atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 seperti berikut:

1. Bahawa Writ dan Pernyataan Tuntutan Plaintif (selepas ini dirujuk sebagai "Writ dan Pernyataan Tuntutan") bertarikh 6 Mei 2024 dalam tindakan ini dibatalkan terhadap Defendan;

2. Bahawa kos Permohonan ini dibayar oleh Plaintif kepada Defendan; dan

3. Apa-apa relif lain dan tambahan yang difikirkan wajar dan sesuai oleh Mahkamah Yang Mulia ini.

Latar Belakang Kes

[2] Pada 6 Februari 2020, atas permohonan Si Mati, Si Mati telah menandatangani Surat Tawaran Bersyarat bagi Kemudahan Pembiayaan-i Berjangka berjumlah RM50,267.00 yang dijamin oleh Sijil Amanah Saham Berhad (ASB), yang telah diterima oleh Si Mati berdasarkan terma dan syarat yang terkandung di dalamnya.

[3] Kemudahan tersebut adalah bertujuan untuk membiayai pembelian 50,000-unit ASB oleh Si Mati dan juga sebagai Pelan Insurans yang dikenali sebagai Group Reducing Term Takaful (GRRT) oleh Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad, yang menyediakan perlindungan bagi Kemudahan tersebut untuk tempoh selama 5 tahun.

[4] Tujuan GRRT tersebut adalah untuk memberikan perlindungan terhadap Defendan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal ke atas si mati semasa tempoh pembiayaan.

[5] Si Mati telah bersetuju dengan terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran Bersyarat, yang mana memperuntukkan bahawa Tawaran itu tertakluk kepada kelulusan status kredit Si Mati oleh pihak Defendan dan penyempurnaan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh Plaintif dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

[6] Permohonan si Mati telah diproses sepenuhnya oleh Defendan mengikut aliran kerja dan diselesaikan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja seperti mana kronologi-kronologi yang berikut:

(a) Pada 7 Februari 2020, Defendan telah mendaftarkan permohonan si Mati ke dalam sistem perbankan dalam talian Defendan yang dikenali sebagai Sistem Flash;

(b) Dari 11 Februari 2020 sehingga 13 Februari 2020, permohonan Si Mati berada dalam proses semakan dan penilaian bagi pengesahan kelayakan, penilaian kredit, dan kelulusan oleh pihak Defendan;

(c) Si Mati mempunyai pengetahuan bahawa Permohonan tersebut telah diluluskan pada 14 Februari 2020 setelah semakan dan penilaian dijalankan oleh Defendan;

(d) Pada 14 Februari 2020, pada jam 4.34 petang, Defendan telah menghantar permohonan si Mati kepada Permodalan Nasional Berhad untuk tujuan pengesahan kelayakan;

(e) PNB telah meluluskan dan mengembalikan pengesahan melalui Sistem pada 17 Februari 2020 pada jam 4:21 petang; dan

(f) Pada 18 Februari 2020, setelah semua dokumen disempurnakan, Defendan telah membuat pengeluaran pinjaman sebanyak RM50,000.00 ke dalam akaun ASB si Mati dan RM267.00 kepada Takaful Malaysia Berhad.

[7] Si mati meninggal dunia pada 15 Februari 2020 dan Defendan hanya mengetahui tentang si Mati telah meninggal dunia 10 bulan kemudian melalui surat Plaintif bertarikh 10 Disember 2020.

[8] Perlindungan GRTT itu menjadi tidak sah laku oleh kerana si Mati telah meninggal dunia.

[9] Oleh kerana tiada bayaran dibuat terhadap Kemudahan tersebut oleh Plaintif dan/atau si Mati selepas Kemudahan tersebut diluluskan oleh Defendan, pihak Defendan telah mengeluarkan suatu Notis Tuntutan bertarikh 28 Disember 2020 terhadap si Mati.

[10] Defendan telah memaklumkan bahawa atas kegagalan mengawal selia Pembiayaan tersebut, Defendan telah menjual semula Sijil ASB yang dicagarkan kepada

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top