MAHKAMAH SESYEN KUALA LUMPUR
PENDAKWA RAYA LWN. MOHD KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ
[Kes Tangkap No: WA-62CY-19-08/2021]
| Table of Content |
|---|
| 1. procedural initiation of appeals. (Para 1 , 2 , 3) |
| 2. charges and initial complaint specifics. (Para 4 , 5 , 6) |
| 3. witnesses listed for prosecution. (Para 7) |
| 4. essentials of section 233(1)(a) definition. (Para 19 , 20) |
| 5. prosecution argues prima facie case established. (Para 21 , 22 , 23 , 24 , 25 , 26) |
| 6. intent inferred from context of communication. (Para 28 , 29) |
| 7. court's observations on communicative intent. (Para 36 , 37 , 46) |
| 8. final sentencing and judgment rationale. (Para 50 , 55 , 56) |
| 9. balancing public interest with individual rights. (Para 63 , 64) |
[1] Ini merupakan rayuan-rayuan jenayah oleh pihak-pihak terhadap keputusan yang diberikan pada 13 November 2024.
[2] Bagi tujuan keseragaman, pihak-pihak dirujuk sebagaimana status asal mereka di Mahkamah ini. Pihak Pembelaan telah menfailkan rayuan vide Notis Rayuan bertarikh 13 November 2024 ke Mahkamah Tinggi seperti berikut:
SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA MOHD KHAIRUL AZAM BIN ABDUL AZIZ (NO KIP: 770509-06-5757), Perayu yang dinamakan di atas, tidak berpuas hati dan merayu terhadap keseluruhan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, Puan Nor Hasniah binti Ab Razak yang diberikan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 13 November 2024 yang memutuskan bahawa Perayu didapati bersalah di atas pertuduhan di bawah s 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM15,000.00 dan jika gagal bayar, 6 bulan penjara ke atas Perayu.
Rayuan ini adalah terhadap sabitan dan hukuman.
Perayu hendaklah hadir di Pendengaran rayuan dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelak.
[3] Timbalan Pendakwa Raya pula telah menfailkan rayuan vide Notis Rayuan bertarikh 14 November 2024 ke Mahkamah Tinggi seperti berikut:
ADALAH DIBERI NOTIS bahawa Pendakwa Raya sebagai perayu tersebut di atas, tidak berpuas hati dengan hukuman Responden diarahkan membayar denda sebanyak RM15,000.00 jika gagal 6 bulan penjaran yang diberikan oleh Hakim Puan Nor Hasniah binti Ab Razak berhubung dengan satu (1) pertuduhan di bawah s 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum di bawah s 233(3) Akta yang sama, merayu kepada Mahkamah Tinggi terhadap hukuman yang tidak memadai.
[4] OKS telah dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah 4 (Siber) pada 3 Ogos 2021 dengan pertuduhan yang berikut:
Pertuduhan:
Bahawa kamu, melalui perkhidmatan aplikasi Facebook dengan menggunakan laman profil Facebook "Buzze Azam" di pautan https://www.facebook.com/100050732042926/posts/267454684955598/?d=n secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya sepertimana di LAMPIRAN A dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, yang telah dibaca pada 25 Mac 2021 jam lebih kurang 3.50 petang di Pejabat JSJK Bukit Aman di dalam Daerah Wangsa Maju, di dalam WPKL. Oleh itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah s 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] dan boleh dihukum di bawah s 233(3) Akta yang sama.
Hukuman:
Boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Seribu) bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Kes Pendakwaan
[5] Pada 25 Mac 2021 jam lebih kurang 1.04 petang, Pengadu (selepas ini dirujuk sebagai "SP5") semasa bertugas di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Kuala Lumpur, SP5 telah melayari Internet dan terlihat satu hantaran yang telah dimuatnaik oleh akaun Facebook penama "Buzze Azam" (selepas ini dirujuk sebagai "Hantaran"). Pemilik Hantaran tersebut adalah merupakan OKS dalam kes ini.
[6] SP5 telah membuat laporan polis JLN TUN RAZAK/001601/21 bertarikh 25 Mac 2021 (Eksibit P16) sebagai laporan awal terhadap Hantaran tersebut. Hantaran tersebut adalah sepertimana dalam kertas pertuduhan (Lampiran 1) dan juga LAMPIRAN A (Lampiran 4).
Saksi-Saksi Pendakwaan
[7] Pihak Pendakwaan telah memanggil enam (6
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.