2025 MarsdenLR 6376
MAHKAMAH TINGGI MALAYA SEREMBAN
KAMARIAH MOHD YASIN LWN. KAMARUDDIN IBRAHIM & SATU LAGI (LAMP 1 & 2)
[Saman Pemula No: NA-24NCVC-40-01/2024]
The court upheld that partitioning of co-owned land is warranted to ensure fair ownership distribution and prevent future disputes among joint owners, affirming application under Section 145 of the National Land Code.
Headnote:(A) National Land Code 1965 - Section 145 - Joint ownership of land - Court allowed plaintiff's application for partition based on the proposed plan, facilitating fair division among co-owners, ensuring equitable access and rights. (Paras 9, 10, 12, 15)
Facts of the case:
The plaintiff, a registered co-owner of the land, sought partition to establish individual ownership of the property shared with relatives, ensuring the avoidance of future disputes and clarifying property rights. The land is 1.2393 hectares and historically belonged to their grandmother. (Paras 2-5)
Findings of Court:
The Court deemed the plaintiff's partition plan equitable, supported by professional surveying input, affirming that justice necessitates the termination of joint ownership. The defendants' claims were considered unfounded. (Paras 9-16)
Issues: Whether the court could justly order the partition of the co-owned land, particularly regarding the allocation of land plots and existing residences. (Paras 4, 10, 15)
Ratio Decidendi: The court reinforced that the judicial authority allows partition when mutual consent among co-owners fails, focusing on fairness and the necessity of establishing individual property rights as articulated in Section 145 of the National Land Code. (Paras 10-12)
Result: Plaintiff's application for partition granted.
| Table of Content |
|---|
| 1. appeal against property partition decision. (Para 1) |
| 2. factual background of property ownership. (Para 2 , 3 , 4 , 5 , 6) |
| 3. arguments regarding property division. (Para 7 , 8) |
| 4. court’s reasoning in property division. (Para 9 , 10 , 11 , 12 , 13 , 14 , 15) |
[Diputuskan Oleh Yang Arif Pn. Wan Fadhilah Nor Binti Wan Idris Pada 9 Haribulan Disember 2024]
Pengenalan
[1] Ini adalah rayuan yang telah dikemukakan oleh perayu-perayu/defendan-defendan yang tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah ini yang telah diberikan pada 9 Disember 2024, dimana Mahkamah ini telah membenarkan tuntutan plaintif/responden melalui Saman Pemula di lampiran 1 dengan kos RM4,000.00 untuk perintah-perintah berikut:
i. Pemilikan bersama hartanah GRN 19442, No Lot 479, Mukim Port Dickson (Hartanah tersebut) yang dimiliki oleh perayu-perayu/defendan-defendan dan plaintif/responden ditamatkan dan hartanah tersebut dipecah bahagian mengikut bahagian masing-masing menurut peruntukan dibawah s 145 KTN.
ii. Pecah bahagian hartanah tersebut dibuat mengikut cadangan pembahagian yang dilampirkan oleh plaintif/responden; (Lampiran A dalam affidavit sokongan).
iii. Bahawa kos pecah bahagian hendaklah ditanggung secara bersama oleh kedua-dua plaintif/responden dan defendan- defendan/perayu.
iv. Untuk kemudahan, pihak-pihak akan dirujuk dalam kapasiti asal mereka di Mahkamah Tinggi iaitu sebagai plaintif dan defendan-defendan.
Fakta Kes Plaintif
[2] Plaintif adalah salah seorang pemilik berdaftar hartanah tersebut yang berkeluasan 1.2393 hektar (3 ekar). Hartanah tersebut telah didaftarkan atas nama 3 pemilik bersama iaitu:
i. Kamariah binti Mohd Yasin - 1/2
ii. Kamaruddin Bin Ibrahim -1/3
iii. Jahaya bin Ibrahim sebagai pentadbir -1/6
[3] Plaintif dan dua pemilik pemilik berdaftar ie defendan 1 dan 2 adalah sepupu. Pada asalnya, tanah tersebut dimiliki oleh Embun, yang merupakan nenek kedua-dua pihak. Selepas Embun meninggal dunia, tanah tersebut diturunmilik kepada anak-anaknya iaitu ibu plaintif, Kalthum dan ibu kepada defendan-defendan iaitu Mai.
[4] Adalah menjadi fakta kes plaintif bahawa defendan-defendan dan ibunya tidak mendiami hartanah tersebut. Malah, defendan-defendan membesar dan seterusnya menetap di tempat lain. Sebaliknya, plaintif dan ibunya telah sejak sekian lama tinggal di rumah asal yang telah dibina dalam hartanah tersebut dan tidak pernah berpindah. Pada tahun 2003, arwah ibu plaintif, iaitu Kalthum telah memindahmilik kesemua haknya sebanyak ^ bahagian atas hartanah tersebut kepada plaintif.
[5] Tujuan utama plaintif memfailkan permohonan untuk memecah bahagian hartanah tersebut adalah seperti berikut:
i. Untuk memastikan setiap pemilik hartanah mempunyai hak milik berasingan atas hartanah tersebut bagi mengelak berlakunya pertelingkahan antara pihak-pihak masing-masing pada masa akan datang.
ii. Hartanah tersebut juga mempunyai keluasan yang mencukupi untuk dibahagikan kepada 2 bahagian.
[6] Untuk tujuan tersebut, plaintif telah melantik juruukur berlesen untuk menyediakan Pelan Cadangan bagi tujuan pecah bahagian tersebut. (rujuk Ekhibit C di affidavit sokongan Lampiran 2). Berdasarkan pelan cadangan berkenaan, hartanah tersebut dicadangkan untuk dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Plot 1 dan Plot 2 dengan keluasan yang sama dengan setiap plot berukuran 0.61965 hektar (1.5312 ekar).
[7] Apa yang dipertikaikan oleh defendan-defendan adalah permohonan Plaintif supaya pihaknya diberikan dengan bahagian plot 1, manakala plot yang dicadangkan oleh defendan-defendan adalah Plot 2. Berdasarkan permohonannya, alasan-alasan mengapa plaintif memilih plot 1 adalah seperti berikut:
i. Sejak dari mula, ibu plaintif telah menduduki rumah asal yang dibina oleh nenek mereka yang terletak dalam bahagian Plot 1 hartanah tersebut. Rumah asal tersebut telah dibaik pulih oleh keluarga plaintif.
ii. Plaintif dan ahli-ahli keluarganya telah lama menghuni dan menduduki Plot 1 tersebut dan telah membina 4 buah rumah berdekatan dengan rumah