2025 MarsdenLR 2413
MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH
RAHMAT LING LWN. MOHD AJMAL ABDUL JAMIL
[Rayuan Sivil No: CA-12B-2-01/2022]
Ketiadaan alasan penghakiman dari hakim perbicaraan tidak menghalang Mahkamah Rayuan untuk meneruskan siasatan berdasarkan nota keterangan yang ada.
Headnote:(A) Mahkamah Kehakiman (Kaedah-kaedah) 2012 - Peraturan A55 k 3 dan A55 k 4 - Kaedah pengendalian rayuan - Ketiadaan alasan penghakiman menghalang Perayu dan Responden dari memperhalusi kes masing-masing - Mahkamah merujuk kepada tanggungjawab hakim untuk menyediakan alasan penghakiman yang lengkap - PengLibatan jangka panjang proses keadilan di dalam perbicaraan. (Paras 10, 12, 25, 37)
(B) Penilaian Keterangan - Mahkamah perlu menilai berdasarkan nota keterangan dan keterangan saksi dalam keputusan tanpa alasan penghakiman - Dapatan kes bahawa kemalangan adalah 100% tanggungjawab Responden; dapatan sebelum ini perlu diketepikan. (Paras 30, 36, 53)
Facts of the case:
Kes ini melibatkan rayuan terhadap keputusan tanpa alasan penghakiman, yang dihadapi oleh ketiadaan keterangan dari Pihak Perayu. Terdapat perlanggaran di mana Responden didapati 75% bersalah, tetapi Mahkamah baru mendapati kesalahan adalah 100% pada pihak Responden. Mahkamah cardia memisahkan ketiadaan alasan demi keadilan.
Findings of Court:
Mahkamah meneruskan kes tanpa alasan penghakiman tetapi melalui analisis nota keterangan yang sedia ada, bahawa dapatan sebelumnya pada 75% tidak berdasarkan keterangan yang mencukupi.
Issues: Adakah rayuan boleh diteruskan tanpa alasan penghakiman, dan bukti yang memadai terhadap tanggungjawab kemalangan.
Ratio Decidendi: Ketiadaan alasan penghakiman tidak boleh menghalang proses pembelaan, dan Mahkamah bertanggungjawab untuk melihat kepada keterangan yang sedia ada dalam menciptakan keadilan, dalam situasi ini, menaikkan tanggungjawab 100% kepada Responden.
Result: Dapatan hakim bicara diketepikan, dan Responden tegaskan 100% bertanggungjawab.
| Table of Content |
|---|
| 1. procedural history of appeal (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6) |
| 2. importance of written judgment in appeals (Para 10 , 11 , 12 , 13) |
| 3. implications of missing judgment on appeal process (Para 14 , 15 , 16) |
| 4. legal definitions and implications of rehearing (Para 20 , 21 , 24) |
| 5. court's authority in absence of judgment (Para 25 , 26 , 27) |
| 6. assessment of evidence in appeal (Para 30 , 31 , 32) |
| 7. responsibility for evidence submission (Para 33 , 34 , 35) |
| 8. judicial accountability regarding judgments (Para 38 , 41) |
| 9. guidelines for providing judgment rationale (Para 44 , 46) |
Pendahuluan
[1] Ini adalah rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen. Kes ini diputuskan pada 12 Januari 2022. Notis Rayuan difailkan pada 19 Januari 2022.
[2] Rayuan ini telah dikemukakan di Mahkamah Terbuka pada 17 Mac 2023. Kes ditangguhkan kepada 9 Mei 2023 untuk mendapat alasan penghakiman oleh Hakim Mahkamah Sesyen. Seterusnya kes ditangguhkan pada 27 Jun 2023 untuk mendapat alasan penghakiman. Pada 27 Jun 2023 alasan penghakiman masih belum diperolehi. Kes ditangguhkan kepada 27 Julai 2023.
[3] Pada 27 Julai 2023 kedudukannya masih sama iaitu alasan penghakiman belum disiapkan. Pada tarikh tersebut peguam Perayu memaklumkan kepada Mahkamah bahawa dia dimaklumkan alasan penghakiman masih belum disediakan kerana giliran dia belum sampai. Kes ditangguhkan kepada 7 September 2023.
[4] Pada 7 September 2023 alasan penghakiman masih belum diperolehi. Kes ditangguhkan kepada 9 Oktober 2023. Kes ditetapkan kepada 9 November 2023 atas alasan Hakim Mahkamah Sesyen masih belum menyediakan alasan penghakiman. Kes ditetapkan untuk pengurusan kes pada 20 November 2023.
[5] Pada 26 November 2023, alasan penghakiman masih belum disediakan oleh Hakim Mahkamah Sesyen. Kes ditangguhkan kepada 18 Disember 2023. pada 18 Disember 2023 Mahkamah dimaklumkan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen akan menyiapkan alasan penghakiman sebelum akhir Januari 2024. Kes ditangguhkan kepada 19 Januari 2024.
[6] Pada 19 Januari 2024 Mahkamah dimaklumkan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen sedang dalam proses menyiapkan alasan penghakiman. Kes ditangguhkan kepada 31 Januari 2024. Pada 31 Januari 2024 Mahkamah dimaklumkan oleh peguam Perayu bahawa alasan penghakiman belum disiapkan dan dimaklumkan bahawa alasan penghakiman akan diserahkan sebelum 10 Februari 2024. Kes ditangguhkan kepada 22 Mac 2024.
[7] Pada 7 Mac 2024, Mahkamah mendapati alasan penghakiman masih belum disiapkan. Hakim Mahkamah Sesyen yang berkenaan telah bersara. Mahkamah telah memohon pengesahan sama ada rayuan akan ditangguhkan dengan alasan ketiadaan alasan penghakiman. Pihak-pihak menyatakan persetujuan untuk rayuan ini diteruskan tanpa alasan penghakiman.
[8] Pada 24 April 2024 Mahkamah telah meminta kedua-dua pihak menyediakan hujahan. Hujahan lisan ditetapkan pada 16 Julai 2024.
[9] Akhirnya rayuan ini telah dipindahkan daripada Mahkamah Tinggi Malaya di Kuantan ke Mahkamah ini pada 16 Ogos 2024.
[10] Rentetan perjalanan kes ini menunjukkan bahawa alasan penghakiman tidak disediakan oleh Hakim Mahkamah Sesyen semenjak 12 Januari 2022 sehingga beliau bersara pada Februari 2024 yang telah diambil maklum oleh Mahkamah pada 22 Mac 2024. Hal ini menyebabkan Perayu dan Responden tidak berpeluang untuk meneliti alasan penghakiman bagi tujuan rayuan ini. Mahkamah ini hanya dapat meneliti nota keterangan prosiding dan hujahan-hujahan pihak-pihak semasa perbicaraan tanpa alasan penghakiman.
[11] Alasan penghakiman secara umumnya adalah cerminan sudut pandang hakim bicara berkaitan penganalisaan keterangan saksi-saksi dan alasan kepada dapatan fakta atau pemakaian prinsip undang- undang di dalam keputusan tersebut. Berdasarkan kepada alasan tersebut pihak Perayu dapat menyediakan Memorandum Rayuan untuk menarik perhatian Mahkamah terhadap kekhilafan undang-undang dan fakta bagi mendorong Mahkamah Rayuan campur tangan dalam dapatan tersebut. Responden juga akan berpeluang untuk mempertahankan dapatan tersebut berdasarka