SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Headnote Court Copy Facts Arguments Court observation Judicial Analysis Case Map Category Hierarchy Table of Content
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 2963

MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
PENDAKWA RAYA LWN. AZMAN WAHAB
[Rayuan Jenayah No: K-05-381-09-2022]



Important Points

The court determined that the absence of intent to kill does not justify a conviction under lesser charges; intent is critical in homicide, and the accused failed to prove insanity as a defense.

Subject

Criminal Law - Homicide

Act Referred

Kanun Keseksaan: S.302, S.304(b), S.84
Akta Keterangan 1950: S.105

Headnote

(A) Kanun Keseksaan - Seksyen 302 dan 304(b) - Pertuduhan membunuh - Tertuduh didapati bersalah atas dua pertuduhan mengikut s 302, tetapi diperuntukkan sabitan di bawah s 304(b) dengan hukuman penjara 8 tahun oleh Mahkamah Tinggi - Rayuan oleh Pendakwa Raya terhadap sabitan ini - Mahkamah Rayuan mendapati bahawa ketiadaan niat semasa kejadian tidak menjustifikasikan sabitan di bawah s 304(b) - Tertuduh tidak dapat membuktikan ketidakwarasan semasa kejadian mengikut s 84 - Keputusan YA HMT yang meminda pertuduhan asal disifatkan salah - Putusan akhir, kedua-dua sabitan di bawah s 302 disahkan, hukuman penjara 35 tahun dan sebatan 12 kali. (Paras 40-42)

(B) Niat membunuh - Niat merupakan elemen penting dalam menimbulkan kesalahan bunuh dan boleh dibuktikan melalui inferens dari fakta - Keputusan didasarkan pada keterangan saksi dan bukti injuries ke atas si mati. (Paras 14-18)

(C) Pembelaan tidak waras - Pembelaan yang dibangkitkan gagal dibuktikan pada imbangan kebarangkalian - Keterangan pakar menunjukkan Tertuduh tidak mengalami keadaan mental yang menyebabkan dalam ketidakmampuan untuk mengetahui kesalahan. (Paras 23-38)

Petitioner Advocates:Ng Siew Wee ,Respondent Advocate: Rafidi Mohamad

Table of Content
1. overview of charges against the accused (Para 1 , 2)
2. defense's strategical and procedural moves (Para 4 , 5)
3. details of prosecution's case (Para 6)
4. accused's mental state during the crime (Para 8 , 9)
5. judgment modifications and rationale (Para 10 , 11)
6. key issues in appeal (Para 12)
7. legal considerations regarding intent (Para 13 , 14 , 15 , 16 , 17)
8. court's reasoning on intent and mental state (Para 18 , 19 , 20)
9. exceptions to intent in law (Para 21)
10. legal standards for insanity defense (Para 22 , 23 , 24 , 25 , 26)
11. high standard of proof required for insanity (Para 27 , 28)
12. court's evaluation of psychiatric evidence (Para 32 , 34 , 36)
13. final judgment and sentencing decision (Para 39 , 40 , 41)
Azman Abdullah HMR:

A. Latar Belakang Kes

[1] Tertuduh, Azman Wahab (No K/P: 840718-02-5453) telah dituduh di Mahkamah Tinggi Malaya di Alor Setar, Kedah dengan dua (2) pertuduhan yang boleh dihukum menurut s 302 Kanun Keseksaan , sebagaimana berikut:

Pertuduhan pertama:

"Bahawa kamu pada 2 Oktober 2016, jam lebih kurang 11.00 pagi di dalam ruang tamu rumah No 147, Kg Lanai Parit Panjang, 09120 Baling, di dalam negeri Kedah Darul Aman, telah melakukan pembunuhan ke atas Muhammad Azwan bin Wahab (No. K/P: 900921-02-5215). Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan boleh dihukum di bawah s 302 Kanun Keseksaan ."

Pertuduhan Kedua

"Bahawa kamu pada 2 Oktober 2016, jam lebih kurang 11.10 pagi di luar rumah No. 147, Kg Lanai Parit Panjang, 09120 Baling, di dalam negeri Kedah Darul Aman, telah melakukan pembunuhan ke atas Rokiah binti Abdullah (No. K/P: 620417-02-5850). Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan boleh dihukum di bawah s 302 Kanun Keseksaan ."

[2] Bagi membuktikan inti pati kedua-dua pertuduhan di atas, pihak pendakwaan telah memanggil seramai enam belas (16) orang saksi bagi memberikan keterangan di Mahkamah. Di akhir kes pendakwaan, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana (YA HMT) telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh dan memerintahkan Tertuduh membela diri terhadap kedua-dua pertuduhan.

[3] Di peringkat pembelaan, Tertuduh telah memilih untuk memberikan keterangan bersumpah dari kandang saksi. Tertuduh telah membangkitkan pembelaan tidak sempurna akal semasa kejadian dan tiada niat untuk melakukan perbuatan yang dituduh.

[4] Selanjutnya, di akhir kes pembelaan iaitu pada 25 Ogos 2022, YA HMT telah meminda dua (2) pertuduhan asal di bawah s 302 Kanun Keseksaan kepada s 304(b) Kanun Keseksaan . YA HMT seterusnya menjatuhkan hukuman pemenjaraan selama tempoh lapan (8) tahun bermula dari tarikh tangkap iaitu 2 Oktober 2016 bagi kedua-dua pertuduhan dan kedua-dua hukuman pemenjaraan adalah berjalan secara berasingan.

[5] Tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan YA HMT tersebut, Pendakwa Raya telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 1 September 2022, bagi merayu terhadap keseluruhan keputusan YA HMT tersebut ke Mahkamah Rayuan.

B. Kes Pendakwaan

[6] Semasa prosiding perbicaraan di Mahkamah Tinggi, kes pendakwaan secara ringkasnya adalah seperti berikut:

i) Tertuduh merupakan anak kelima kepada Che Piah binti Senpai (SP8) dan tinggal bersama SP8 di rumah SP8 yang beralamat di No 147, Kg Lanai Parit Panjang, 09120 Baling, Kedah. Si Mati 1, Muhammad Azwan bin Wahab, merupakan anak kelapan SP8 (adik lelaki Tertuduh) dan tinggal bersama SP8 sejak mengalami kemalangan dan menjadi lumpuh lima (5) bulan sebelum kejadian. Si Mati 2 pula, Rokiah binti Abdullah merupakan jiran dan ibu saudara kepada SP8.

ii) Pada 20 Oktober 2016 jam lebih kurang 10 pagi, SP8 telah mengekori Tertuduh yang telah pergi ke kedai untuk membeli rokok. Semasa Tertuduh berjalan pulang ke rumah, SP8 mendengar Tertuduh asyik mengucap "Allahuakbar" secara berulangan dengan nada yang kuat. SP8 nampak Tertuduh balik dari kedai dan memanggil Zurina binti Wahab (SP15), iaitu kakak Tertuduh untuk membuka pintu rumah.

iii) Apabila SP15 membu

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top