MAHKAMAH TINGGI MALAYA ALOR SETAR
YONG SHUI TIAN LWN. MAJLIS PERBANDARAAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN (LAMP 1 12 & 16)
[Guaman No: KA-23NCvC-7-12/2020]
| Table of Content |
|---|
| 1. final judgment and costs awarded. (Para 1) |
| 2. identification of parties and claims. (Para 3 , 4 , 5 , 6) |
| 3. plaintiff alleges local authority's negligence. (Para 7 , 9) |
| 4. defendant's rebuttal and plaintiffs own negligence. (Para 8 , 11 , 12 , 14) |
| 5. burden of proof rests on the plaintiff. (Para 16 , 18) |
| 6. finding of no liability with respect to plaintiff's injuries. (Para 22 , 23 , 24 , 30 , 31) |
Pendahuluan
[1] Dalam kes ini, setelah suatu perbicaraan penuh dijalankan dan setelah Mahkamah ini meneliti, menilai dan mempertimbangkan kesemua pliding, keterangan lisan dan dokumentar dalam kes ini serta hujahan dan nas undang-undang yang dikemukakan dalam Mahkamah ini, Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati Plaintif telah gagal membuktikan kesnya atas imbangan kebarangkalian. Oleh itu, Mahkamah ini telah memutuskan bahawa tuntutan Plaintif terhadap Defendan ditolak dengan kos sebanyak RM10,000.00.
[2] Plaintif yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini telah merayu terhadap keputusan tersebut. Alasan Mahkamah ini adalah seperti di bawah.
Fakta Dan Latar Belakang Kes
[3] Plaintif adalah seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan mempunyai alamat penyampaian di No. 464, Jalan SK 7/1, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
[4] Defendan merupakan Pihak Berkuasa Tempatan seperti yang dimaksudkan dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] dan mempunyai alamat penyampaian di Majlis Perbandaran Langkawi, Bandaraya Pelancongan, 07000 Kuah, Langkawi, Kedah.
[5] Dalam Writ Saman seperti di Lampiran 1 dan Pernyataan Tuntutan Terpinda seperti di Lampiran 12, Plaintif telah menuntut perintah-perintah berikut daripada Defendan, iaitu:
(a) bahawa Defendan membayar ganti rugi khas sebanyak RM4,594,577.42 kepada Plaintif dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penghakiman/perintah;
(b) bahawa Defendan membayar ganti rugi am yang ditaksirkan oleh Mahkamah Yang Mulia ini kepada Plaintif dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penghakiman/perintah;
(c) bahawa Defendan membayar ganti rugi teruk (aggravated damages)/ganti rugi teladan (exemplary damages) yang ditaksirkan oleh Mahkamah Yang Mulia ini kepada Plaintif dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penghakiman/perintah;
(d) kebebasan untuk memohon pelaksanaan penghakiman/perintah ini;
(e) faedah yang ditetapkan oleh Mahkamah Yang Mulia ini setahun ke atas jumlah ganti rugi di perenggan-perenggan (a), (b) dan (c) dari tarikh pemfailan tindakan ini sehingga tarikh penghakiman/perintah menurut s 11 Akta Undang-Undang Sivil 1956 ;
(f) faedah pada kadar 5% setahun ke atas hutang penghakiman dari tarikh penghakiman/perintah sehingga penyelesaian penuh menurut A 42 k 12 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ;
(g) kos;
(h) faedah pada kadar 5% setahun dikira atas kos dari tarikh penghakiman/perintah sehingga penyelesaian penuh menurut A 59 k 24 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ; dan
(i) apa-apa relif lain yang Mahkamah yang Mulia ini fikirkan patut dan munasabah.
[6] Semasa perbicaraan penuh tindakan ini, Plaintif telah mengemukakan tiga orang saksi, iaitu Nor Sherizan binti Darus (Pegawai Meteorologi - SP1), Plaintif (SP2) dan Goh Hong Huat (Pakar Ortopedik Hospital Ampang - SP3). Defendan pula telah mengemukakan dua orang saksi, iaitu Mohd Fatkhy bin Mohd Jamil (Pegawai Undang-Undang Defendan - SD1) dan Siti Aisyah binti Mohd Taib (Pegawai Perancang Bandar dan Desa Defendan -SD2).
Kes Plaintif
[7] Dalam tindakan ini, Plaintif telah memplidkan, mengemukakan keterangan dan menghujahkan bahawa kemalangan yang menimpa Plaintif tersebut adalah diakibatkan sepenuhnya atau disumbangkan oleh Defendan sebagai Pihak Berkuasa Tempatan kerana kegagalan dan/atau ketinggalan (omission) Defendan untuk menjalankan kuasa yang diperuntukkan dalam statutori dan/atau tindakan mengingkari (breach) kewajipan statutori (statutory duty).
[8] Menurut Plaintif, Defendan telah mengingkari kewajipan statutorinya dan butir-butir keingkaran dan/atau keabaian kewajipan statutori Plaintif adalah seperti yang be
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.