SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2025 MarsdenLR 4161

MAHKAMAH TINGGI MALAYA JOHOR BAHRU
MOHAMAD UZAIR HAQIMI ZAINUDDIN & YANG LAIN LWN. MUHAMMD AFIQ S OSMAN & LAIN-LAIN
[Rayuan Sivil No: JA-11B-4-05/2023]



Petitioner Advocates:Aimi Zaman ,Respondent Advocate: Nur Najiah Hamidi

The court affirmed that negligence in traffic accidents is apportioned according to actions taken, emphasizing driver responsibility even in emergencies and underscoring the necessity for adequate medical evidence in damage claims.

Headnote:(A) Motor Vehicle Act - Highway Traffic Regulations - Liability and quantum in motor accident claim - The court found Plaintiff 1 liable with 70% negligence and Defendant 1 with 30% negligence. The judgment maintained that emergency response did not fully relieve driver's liability, supporting a balanced assessment of care under urgent conditions. (Paras 12, 14, 21)

(B) Award for damages - The court dismissed the Plaintiff's appeals on quantum, affirming the Magistrate's dismissal of claims for treatment costs and lost income, stating lack of medical evidence supporting severe injuries. The approach taken to assess damages properly aligned with legal principles governing compensation. (Paras 15, 17, 22)

Facts of the case:
The Plaintiff was riding a motorcycle involved in an accident with an ambulance responding to an emergency, leading to liability assessments between the parties. The incident occurred under specific traffic conditions, impacting duty of care obligations.

Findings of Court:
The court upheld the lower court’s finding of 70% liability attributed to Plaintiff 1 and a 30% share for Defendant 1, emphasizing duty of care irrespective of emergency context.

Issues: The primary issues include the apportionment of liability due to negligence and the substantiation of treatment costs and lost income claims.

Ratio Decidendi: The court ruled that the emergency context does not exempt a driver from responsibility and verified the Magistrate's discretion in damage awards as justified under the circumstances.

Result: Appeals dismissed.

Table of Content
1. appeals regarding liability and quantum. (Para 1 , 2)
2. factual background on the accident and liability. (Para 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10)
3. court's assessment of negligence percentages. (Para 12 , 13 , 14)
4. decisions on quantum and damages awarded. (Para 15 , 16 , 17 , 19)
5. court’s discretion in evaluating damage awards. (Para 20 , 21 , 22)
Nurulhuda Nur'Aini Mohamad Nor H:

[1] Ini adalah rayuan Perayu Mohamad Uzair (dalam JA-11B-4-05/2023 dirujuk selepas ini sebagai "rayuan utama") yang merupakan Plaintif 1 (P1) dalam bicara di Mahkamah Majistret adalah penunggang motorsikal JMA 1631 dan P2 selaku pemilik motorsikal. Kedua-dua merayu terhadap keputusan Majistret atas isu liability dan kuantum apabila tuntutan Plaintif/Perayu pada jumlah yang tertentu, dibenarkan dengan liablity Plaintif 70% cuai dan Defendan 30% cuai.

[2] Defendan 1 (D1) iaitu pemandu ambulan nombor BMB 2375 yang semasa kejadian memasang lampu beacon dan membunyikan siren kecemasan kerana bertujuan memberi respon kepada panggilan kecemasan pesakit yang mengalami sesak nafas, juga mengemukakan rayuan silang dalam JA-11B-6-06/2023 (selepas ini dirujuk sebagai "rayuan silang") atas liability dan sebahagian kuantum gantirugi khas yang dibenarkan oleh Mahkamah Majistret.

Dapatan Atas Liabiliti

[3] Plaintif/Perayu (P1) adalah penunggang motorsikal nombor pendaftaran JMA 1631 yang pada 28 Februari 2021 jam lebih kurang 9.30 malam, menunggang di Lorong A-A1 di mana menurut P1 dia telah melihat ambulan ini keluar daripada Hospital Kulai yang terletak di belah kiri 100 meter dari Lorong A-A1 ini (lihat: lampiran 4 Rekod Rayuan penyata saksi SP3 muka surat 42 pdf). Malahan menurut SP3 sejurus sebelum kemalangan, ambulan berada di hadapan sedikit daripada kedudukan SP3.

[4] Pada dapatan Mahkamah, ini bermakna SP3 sentiasa berada di belakang D1 untuk membolehkan SP3 melihat ambulan yang dipandu oleh D1 keluar daripada Hospital Kulai, malahan semasa pemeriksaan balas, SP3 menyatakan dia telah bertindak memberi ruang kepada ambulan untuk keluar daripada Kawasan Hospital Kulai.

[5] Manakala tindakan D1 pula, pada dapatan Mahkamah ini adalah akibat daripada panggilan kecemasan yang memerlukan D1 bertindak kerana atas kedudukan hospital dan keadaan trafik yang tidak memberikan laluan, memerlukan untuk D1 menghala ke Lorong A-A1 di rajah kasar dan menyongsang masuk ke kanan untuk menghala ke Bandar Putra (lihat: rajah kasar di alasan penghakiman Majistret di lampiran 6 ms 18 pdf).

[6] Melihat kepada gambar-gambar warna di Rekod Rayuan (lihat: Rekod Rayuan lampiran 4 ms 112 pdf.), tindakan D1 ingin membuat pusingan ke kanan pada hujung Lorong A-A1 untuk menuju ke Bandar Putra mungkin mengakibatkan ambulan ini memasuki laluan bertentangan kenderaan dan mengakibatkan kemungkinan bertembung dengan kenderaan dari jalan bertentangan. Namun, ini semata-mata andaian dan tidak berlaku dalam kes ini kerana kemalangan menurut D1, berlaku di kawasan garis "chevron" sebelum ambulan memasuki laluan ke Bandar Putra.

[7] Berdasarkan kerosakan ambulan ialah pada pintu kanan belah pemandu kenderaan ambulan, kemalangan berlaku dengan kedudukan motorsikal ditunggang SP3 berada berhampiran di belah kanan ambulan. Ambulan, walau bagaimanapun pada ketika impak kemalangan ini berlaku, kedudukan ambulan pada ketika ini belum berada di atas jalan menghala ke Bandar Putra kerana kemalangan berlaku pada laluan zebra atau sebenarnya garisan "chevron" pada ruang berbentuk segitiga di rajah kasar.

[8] Versi P1 sedikit berbeza kerana semasa diminta menandakan tempat kemalangan telah membuat tandaan di atas garis "chevron" di rajah kasar tetapi membuat tandaan di luar garis "chevron" pada gambar. Walau bagaimanapun pada dapatan Mahkamah ini, kemalangan ini berlaku sama ada di atas atau berhampiran dengan garisan "chevron" ini menurut SP3 (P1) semasa disoalbalas, berlaku pada kedudukan SP3 (P1) lebih kurang 40 meter daripada ambulan (lihat: Rekod Rayuan lampiran 6 ms 51 pdf). Di dalam pemeriksa

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top