2025 MarsdenLR 5726
MAHKAMAH TINGGI MALAYA JOHOR BAHRU
ARUN NOVAL DASS, M
NG SHOO CHONG – Appellant
Versus
MALAYAN BANKING BERHAD – Respondent
[Dalam Perkara Kebankrapan No: JA-29NCC-577-06/2024]
A creditor must obtain court approval before initiating bankruptcy proceedings against a non-social guarantor per Section 5(3)(b) of the Insolvency Act, and established judgments remain enforceable until set aside.
Headnote:(A) Insolvency Act 1967 - Section 5(3)(b) - Judgment Creditor filed bankruptcy notice against Judgment Debtor without court approval as required - Court clarified that leave from the court must be obtained before commencing bankruptcy proceedings against a non-social guarantor. (Paras 4, 5, 8, 19)
(B) Bankruptcy proceedings - Validity of proceedings initiated without service of summons - Court affirmed that existing judgments must be obeyed until set aside; thus, non-service of the judgment does not invalidate the bankruptcy proceedings. (Paras 23-25, 28, 30)
Facts of the case:
JC provided a loan facility of RM500,000 secured by a guarantee from JD. JC initiated bankruptcy proceedings after the principal debtor was wound up, arguing that all modes of execution had been exhausted. (Paras 1-3)
Findings of Court:
JC had fulfilled the requirements under Section 5(3)(b) of the Insolvency Act by exhausting all avenues against the principal debtor before pursuing bankruptcy against JD. The bankruptcy notice was deemed premature, but the proceedings were consistent with precedents. (Paras 19-30)
Issues: Whether JC was required to obtain court approval before filing a bankruptcy notice against JD and if failure to serve the summons was fatal to JC's case.
Ratio Decidendi: The court ruled that statutory provisions require a creditor to seek leave first for bankruptcy against a non-social guarantor, affirming adherence to existing judgments unless legally set aside.
Result: Application granted.
| Table of Content |
|---|
| 1. introduction to the debt and bankruptcy actions. (Para 1 , 2 , 3) |
| 2. jurisdictional requirements for bankruptcy actions. (Para 4 , 5 , 6 , 7 , 8) |
| 3. interpretation of relevant statutes and amendments. (Para 9 , 10 , 11) |
| 4. conditions under which bankruptcy proceedings may commence. (Para 12 , 19) |
| 5. previous court rulings shaping the interpretation. (Para 13 , 14) |
| 6. obligation to obey court orders and validity of judgments. (Para 23 , 24 , 25 , 27) |
| 7. nature and enforceability of default judgments. (Para 28 , 29 , 30) |
Pengenalan
[1] Pemiutang Penghakiman (selepas ini dirujuk sebagai "JC") telah memberi kemudahan terma kepada D & Yee Trading Sdn Bhd (selepas ini dirujuk sebagai "Penghutang Prinsipal") bagi jumlah RM500,000.00. Penghutang Penghakiman (selepas ini dirujuk sebagai "JD") telah menjamin pinjaman tersebut melalui Surat Jaminan bertarikh 9 Mei 2019.
[2] JC telah memulakan tindakan terhadap Penghutang Prinsipal dan JD atas kemungkiran pembayaran semula dan pada 28 April 2023 JC memasukkan Penghakiman terhadap Penghutang Prinsipal dan JD. Seterusnya Penghutang Prinsipal telah digulungkan pada 29 Februari 2024 dan JC telah memfailkan bukti hutang terhadap Penghutang Prinsipal pada 3 April 2024.
[3] JC seterusnya memfailkan Notis Kebankrapan terhadap JD pada 26 Jun 2024. Setelah itu, JC telah memfailkan Saman Dalam Kamar (Lampiran 5) bagi memohon kebenaran Mahkamah bagi meneruskan tindakan kebankrapan terhadap JD menurut s 5(3)(b) Akta Insolvensi 1967 (selepas ini dirujuk sebagai "Akta Tersebut") pada 23 Julai 2024. JD membantah permohonan JC tersebut yang menjadi subjek pertikaian di Mahkamah.
Analisis Dan Keputusan
Isu Pertama: Sama Ada Jc Seharusnya Mendapatkan Kebenaran Mahkamah Terlebih Dahulu Sebelum Memulakan Tindakan Kebankrapan Terhadap JD
[4] JD berhujah bahawa s 5(3)(b) Akta Tersebut secara spesifik dan nyata memperuntukkan bahawa kebenaran Mahkamah perlu diperolehi oleh JC terlebih dahulu sebelum memulakan tindakan kebankrapan terhadap mana-mana JD yang merupakan penjamin bukan sosial. JD berhujah bahawa JC telah memfailkan Notis Kebankrapan sebelum mendapatkan kebenaran dari Mahkamah dan hanya memfailkan Saman Dalam Kamar (lampiran 5) untuk mendapatkan kebenaran tersebut selepas 28 hari dari tarikh pemfailan Notis Kebankrapan. Dengan demikian, JD berhujah bahawa tindakan JC adalah bertentangan dengan s 5(3) Akta Tersebut.
[5] Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada s 5(3) Akta Tersebut yang memperuntukkan bahawa:
"(3) A petitioning creditor shall not be entitled to commence any bankruptcy action:
(a) against a social guarantor; and
(b) against a guarantor other than a social guarantor unless the petitioning creditor has obtained leave from the court."
[6] Akta Tersebut juga mentaksirkan "social guarantor" dalam s 2 seperti berikut:
""social guarantor" means a person who provides, not for the purpose of making profit, the following guarantees:
(a) a guarantee for a loan, scholarship or grant for educational or research purposes;
(b) a guarantee for a hire-purchase transaction of a vehicle for personal or non-business use; and
(c) a guarantee for a housing loan transaction solely for personal dwelling"
[7] Penelitian Mahkamah kepada pliding yang dilampirkan dalam Permintaan untuk Mengeluarkan Notis Kebankrapan (Lampiran 1) dengan jelas menunjukkan bahawa JD adalah seorang penjamin bukan sosial.
[8] Mahkamah merujuk kepada hansard Parlimen berkenaan pindaan kepada Akta Tersebut pada 29 Mac 2017 di mana Menteri dalam membentangkan pindaan kepada Akta Tersebut telah menyatakan seperti berikut:
"Kerajaan amat prihatin isu-isu kebankrapan terutama di mana mereka diisytiharkan bankrap disebabkan mereka menjadi penjamin kepada peminjam yang gagal menjelaskan pinjaman. Golongan ini tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan sepenuhnya tanpa tindakan terhadap peminjam prinsipal terlebih dahulu untuk menjelaskan pinjaman yang diambil...
...Kerajaan telah mempertimbangkan lapan perubahan dasar untuk meminda Akta