2025 MarsdenLR 1444
MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
TEOH SAY HEAN LWN. WAKIL SAH KEPADA HARTA PUSAKA GOH BIAN SOON & SATU LAGI
[Saman Pemula No: BA-24NCC-140-12/2024]
PENGHAKIMAN
Pengenalan
[1] Plaintif (Teoh Say Hean) memfailkan saman pemula ini (bertarikh 4-12-2024) terhadap defendan-defendan untuk mahkamah ini memerintahkan relief yang berikut:
a) deklarasi bahawa 750,000 saham biasa, yang merangkumi 50% saham dalam 2nd Defendant (Value Added Resources Sdn Bhd) yang dipegang oleh Goh Bian Soon (Simati) adalah dipegang dalam amanah ('held in trust') untuk plaintif di bawah Surat Ikatan Amanah ("Trust Deed") bertarikh 15 Mac 2023 di antara Simati dan plaintif, dan bahawa saham tersebut bukan sebahagian daripada harta pusaka Simati tersebut.
b) perintah mengarahkan 1st Defendant (dan/atau mana- mana pihak sah yang dilantik oleh mahkamah sebagai wakil sah kepada harta pusaka Simati) untuk menandatangani kesemua dokumen dan/atau borang pemindahan saham tersebut kepada plaintif serta mana-mana dokumen lain yang berkaitan dan/atau berbangkit daripadanya, dalam tempoh 7 hari dari tarikh penyampaian sesalinan termeterai Perintah Mahkamah ini kepada pihak tersebut.
c) sekiranya 1st Defendant (dan/atau mana-mana pihak sah yang dilantik oleh Mahkamah) gagal atau enggan menandatangani dokumen dan/atau borang pemindahan Saham tersebut serta mana-mana dokumen lain yang berkaitan dan/atau berbangkit daripadanya, maka suatu perintah memberi kuasa kepada Pendaftar Mahkamah Yang Mulia ini untuk menandatangani dokumen dan/atau borang yang material berkenaan pemindahan Saham tersebut berpihak kepada plaintif.
d) perintah mengarahkan 2nd Defendant untuk mendaftarkan pemindahan saham tersebut atas nama plaintif dalam Daftar Ahli-Ahli ('Register of Members') Syarikat tersebut menurut ss 105, 106, 107 dan/atau 109 Akta Syarikat-Syarikat 2016.
Afidavit Sokongan (AiS) Plaintif:
[2] Dalam AiS, Plaintif menyatakan alasan untuk menyokong permohonannya dengan memperkenalkan bahawa:
• Plaintif ialah pengurus besar.
• 1st Defendant ialah wakil sah kepada harta pusaka Goh Bian Soon (Simati). Setakat ini, Plaintif difahamkan oleh Puan Tey Rose (isteri Simati) dan plaintif percaya bahawa tiada permohonan untuk Geran Probet difailkan bagi harta pusaka Goh Bian Soon (Simati).
• melalui Kand. 5 bertarikh 13 Januari 2025, Plaintif memfailkan notis permohonan menurut a 15 k 6A(4)(a) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau a 92 k 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau di bawah bidang kuasa sedia mahkamah, untuk perintah-perintah seperti berikut:
1. (a) suatu perintah melantik TEY ROSE (No. K/P: 680520-01-5452) sebagai wakil sah untuk mewakili harta pusaka Goh Bian Soon (No. K/P: 630904-01-5333), Simati bagi maksud prosiding ini; ATAU
(b) sekiranya pemberian Geran Probet ataupun Geran Surat Kuasa Mentadbir telah dibuat berhubung harta pusaka Simati tersebut, maka suatu perintah bahawa wakil diri sah Simati tersebut dijadikan satu pihak dalam prosiding ini;
2. dalam mana-mana hal, untuk suatu perintah agar prosiding ini diteruskan terhadap pihak yang dilantik di bawah para 1(a) di atas, atau mengikut mana- mana yang berkenaan, terhadap wakil diri Simati tersebut di bawah para 1(b) di atas, seolah-olah dia telah menggantikan harta pusaka Simati tersebut.
Alasan-alasan untuk menyokong permohonan plaintif ini adalah secara ringkasnya:
(a) setakat pengetahuan plaintif sepertimana yang dimaklumkan oleh isteri Simati, tiada mana-mana permohonan untuk Geran Probet dan/atau Surat Kuasa Mentadbir dibuat oleh mana-mana wakil sah kepada harta pusaka Simati setakat ini;
(b) namun itu, pelantikan satu wakil sah yang boleh ditentukan bagi harta pusaka Simati tersebut adalah wajar agar prosiding plaintif di sini dapat diteruskan di mana kertas-kertas kausa yang relevan dapat diserahkan kepada wakil sah harta pusaka Simati tersebut secepat mungkin;
(c) permohonan ini dibuat secara bona fide dan tidak memprejudiskan mana-mana pihak.
• 2nd Defendant ialah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia.
Pemegangan Saham Dalam Syarikat (2nd Defendant/Value Added Resources Sdn Bhd):
[3] Plaintif menyatakan bahawa sekitar tahun 2014, Plaintif dan Goh Bian Soon