SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 1787

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
GANESAN A RENGAN LWN. PENTADBIR TANAH DAERAH KLANG; WEST COAST EXPRESSWAY SDN BHD (PENCELAH YANG DIC....
[Saman Pemula No: BA-24NCvC-1770-08/2024]



Petitioner Advocates:R Kendadharan,R Prabhakaran,C Sivasankar ,Respondent Advocate: Nurul Afiqah Abdul Ghaffar

PENGHAKIMAN

Rozi Bainon PK:

Pengenalan

[1] Kandungan 1 Saman Pemula (Originating Summons/OS) yang difailkan oleh Pemohon terhadap Responden adalah dibuat di bawah A 45 k 3, 5, 6 dan A 92 k 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau bidangkuasa sedia ada Mahkamah ini untuk Perintah-perintah seperti berikut:

(a) bahawa segala prosiding perlaksanaan pengambilan tanah menurut Akta Pengambilan Tanah 1960 dan/atau prosiding perlaksanaan berasaskan Akta Pengambilan Tanah 1960 digantung sementara menunggu Keputusan Rayuan 14 orang Pemilik-Pemilik Tanah dan Estet Pentadbir-Pentadbir yang berikut:

(i) Duraisamy s/o Raju (BA-15-74-02/2024);

(ii) Ganesan a/l Rengan (BA-15-2-01/2024);

(iii) Jeevanathan a/l Angamuthu (BA-154-01/2024);

(iv) Jesudason s/o Vadamanickam (BA-15-44-01/2024);

(v) Kalimukan @ Mookan s/o Andy (BA-15-3-01/2024);

(vi) Kuttiammah d/o Periannan (BA-15-1-01/2024);

(vii) Lee Tiew (BA-15-25-01/2024);

(viii) Letchumi a/p Marimuthu (BA-15-181-12/2023);

(ix) Mahalakshmi a/p Sinniah (BA-15-2-01/2024);

(x) Manimorah a/l Letchumanan (BA-15-182-12/2023);

(xi) Muniamah d/o Ponamabalam (BA-15-180-12/2023); (xii) Ponusamy @ Ponnusamy (BA-15-78-02/2024);

(xiii) Rengam a/l Alagan (BA-15-37-01/2024);

(xiv) Subramaniam a/l Seenivasagam (BA-15-179-12/2023).

(b) bahawa segala prosiding perlaksanaan pengambilan menurut Akta Pengambilan Tanah 1960 dan/atau prosiding perlaksanaan berasaskan Akta Pengambilan Tanah 1960 termasuk dan tidak terhad kepada proses Writ Milikan dan apa jua tindakan perlaksanaan terhadap Pemilik-Pemilik dan Estet Pentadbir-Pentadbir digantungkan sehingga pelupusan dan/atau penyelesaian muktamad Rayuan ke Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam;

(c) sekiranya, permohonan ini tidak dilupuskan dan/atau diselesaikan pada hari pendengaran pertama yang ditetapkan, bahawa segala prosiding perlaksanaan dan/atau prosiding perlaksanaan berasaskan Akta Pengambilan Tanah 1960 termasuk dan tidak terhad kepada Writ Milikan terhadap Pemilik-Pemilik dan Estet Pentadbir-Pentadbir digantungkan sementara menunggukan pelupusan dan/atau penyelsaian permohonan ini;

(d) bahawa kos permohonan ini adalah kos didalam kausa; dan

(e) relief selanjutnya dan/atau yang lain yang dianggap sesuai dan wajar oleh Mahkamah ini.

Saman pemula oleh Pemohon (pemilik no. (ii) dalam senarai) menyatakan alasan permohonan ialah bahawa Pemilik-Pemilik Tanah dan Pentadbir Estet adalah wajar dan adil diberikan suatu Perintah sepertimana yang dipohon, antara lainnya, adalah merupakan kontensi Pemilik Pemilik Tanah dan Pentadbir Estet bahawa terdapat merit dalam Rayuan kepada Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam dan timbulnya keadaan-keadaan istimewa ("special circumstances").

Saman Pemula ini adalah disokong oleh Afidavit Ganesan a/l A. Rengan dan difailkan disini akan dibaca sebagai sokongan Permohonan ini.

[2] Dalam afidavit jawapan Responden membangkitkan bantahan awal iaitu afidavit sokongan Pemohon menyatakan mewakili kesemua 13 orang Pemilik-Pemilik Tanah dan Pentadbir Estet tetapi kesemua 13 Pemilik-Pemilik Tanah dan Pentadbir Estet tidak dinamakan dalam saman pemula Pemohon ini. Responden menegaskan bahawa penamaan adalah fatal.

Selain itu, Borang K telah dikeluarkan dan endorsan Borang K mengakibatkan bahagian tanah tersebut telah menjadi tanah Kerajaan.

Tindakan Pemohon dalam Saman Pemula (Kand. 1) ini terjerumus kepada encroachment mengenai hak Kerajaan Negeri dan/atau Pesuruhjaya Tanah Persekutuan untuk mengambil tanah menurut peruntukan undang-undang.

Hujahan peguam-peguam

[3] Peguam cara terpelajar Pemohon menghujahkan bahawa Mahkamah ini boleh menggunakan budibicaranya, secara khusus O 45 r 11 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, untuk menggantung pelaksanaan pengambilan tanah jika wujud keadaan khas iaitu dalam kes Pemohon ini, beliau menyatakan bahawa wujud keadaan khas iaitu-

(i) Injustice and Hardship to Landowners: the landowners have occupied Lot 11113 since 1960 and have built homes and conducted/carried on businesses there; the landowners rely on their land for income, engaging in smal


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top