SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 5459

MAHKAMAH SESYEN GUA MUSANG
PENDAKWA RAYA LWN. AI HLA WAI & SATU LAGI
[Kes Jenayah No: DI-62ES-06-07/2024]



PENGHAKIMAN

Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri HMS:

[1] Perayu di dalam kes ini adalah pihak pendakwaan yang tidak berpuashati dengan hukuman yang telah diberikan. Responden-responden dalam kes ini telah mengaku salah setelah pertuduhan dibacakan.

[2] 3 Pertuduhan terhadap responden-responden adalah sebagaimana berikut:

PERTUDUHAN PINDAAN PERTAMA

Bahawa kamu secara bersama-sama pada 22 Jun 2024 jam lebih kurang 03.00 petang disebuah rumah kongsi tidak bernombor dalam Hutan Simpan Kekal Nenggiri, Gua Musang, Kelantan di kedudukan koordinat GPS X 426137; Y 546855 telah didapati menyimpan empat (4) bahagian disyaki Kucing Tulap (Catopuma temminckii) iaitu dua (2) bahagian gigi, satu (1) bahagian kuku dan satu (1) bahagian lidah yang merupakan bahagian hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kesepuluh, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (pindaan) 2022 [Akta A1646] tanpa suatu permit khas. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan di bawah s 68(1)(b) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta716] dan dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawah s 68(2)(c) Akta A1646.

HUKUMAN Sekiranya disabitkan, boleh dihukum denda tidak kurang daripada satu ratus lima puluh ribu ringgit (RM150,000.00) bagi setiap hidupan liar atau bahagian atau terbitan hidupan liar dan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima belas (15) tahun.

PERTUDUHAN PINDAAN KEDUA

Bahawa kamu secara bersama-sama pada 22 Jun 2024 jam lebih kurang 03.00 petang disebuah rumah kongsi tidak bernombor dalam Hutan Simpan Kekal Nenggiri, Gua Musang, Kelantan di kedudukan koordinat GPS X 426137; Y 546855 telah didapati menyimpan tiga (3) bahagian kuku disyaki Beruang Matahari (Helarctos malayanus) yang merupakan bahagian hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kesepuluh, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (pindaan) 2022 [Akta A1646] tanpa suatu permit khas. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan di bawah s 68(1)(b) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dan dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah s 68(2)(c) Akta A1646.

HUKUMAN Sekiranya disabitkan, boleh dihukum denda tidak kurang daripada satu ratus lima puluh ribu ringgit (RM150,000.00) bagi setiap hidupan liar atau bahagian atau terbitan hidupan liar dan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima belas (15) tahun.

PERTUDUHAN PINDAAN KETIGA

Bahawa kamu secara bersama-sama pada 22 Jun 2024 jam lebih kurang 03.00 petang disebuah rumah kongsi tidak bernombor dalam Hutan Simpan Kekal Nenggiri, Gua Musang, Kelantan di kedudukan koordinat GPS X 426137; Y 546855 telah didapati menyimpan sebahagian sisik disyaki Tenggiling (Manis javanica) yang merupakan bahagian hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kesepuluh, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (pindaan) 2022 [Akta A1646] tanpa suatu permit khas. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan di bawah s 68(1)(b) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta716] dan dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawah s 68(2)(c) Akta A1646.

HUKUMAN Sekiranya disabitkan, boleh dihukum denda tidak kurang daripada satu ratus lima puluh ribu ringgit (RM150,000.00) bagi setiap hidupan liar atau bahagian atau terbitan hidupan liar dan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima belas (15) tahun.

[3] Responden-responden pada 23 Ogos 2024 telah mengaku salah pada kali pertama pertuduhan dibacakan terhadapnya dengan bantuan Jurubahasa Myanmar lantikan Mahkamah. Responden seterusnya telah disabitkan sebagaimana pertuduhan dan telah dijatuhkan dengan hukuman penjara 3 tahun bermula dari Tarikh tangkap 22 Jun 2024 dan denda RM150,000.00 gagal bayar penjara tambahan 1 tahun bagi setiap pertuduhan.

[4] Pihak pendakwaan tidak berpuashati telah memfailkan rayuannya terhadap HUKUMAN yang diberikan oleh mahkamah ini.

Peruntukkan Hukuman

[5] Sebagaimana dinyatakan dalam pertuduhan bagi ketiga-tiga pertuduhan:

HUKUMAN Sekiranya disabitkan, boleh dihukum denda tidak kurang daripada satu ratus lima pulu


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top