SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2025 MarsdenLR 3798

MAHKAMAH TINGGI MALAYA ALOR SETAR
LOO YOOK KHIN LWN. CHENG MING FUI
[Saman Pemula No: KA-24NCVC-153-03/2024]



Petitioner Advocates:Loo Yook Khin ,Respondent Advocate: Beh Hong Shien

PENGHAKIMAN

Arik Sanusi Yeop Johari H:

[1] Permohonan Plaintif dalam Saman Pemula (Kandungan 1) tersebut adalah untuk mendapatkan perintah-perintah seperti yang berikut:

(a) pemilikan bersama plaintif dan defendan ke atas hartanah yang dikenali sebagai H.S.(M) 9207, PT143, Bandar Alor Setar, Daerah Kota Setar, Kedah berserta sebuah rumah kedai dua tingkat dengan alamat pos No 48, Jalan Tembaga, Seberang Jalan Putra 05150 Alor Setar, Kedah ('Hartanah tersebut') ditamatkan dengan serta-merta;

(b) Plaintif dibenarkan membeli 1/3 bahagian hak milik defendan di dalam Hartanah tersebut berdasarkan harga pasaran sebanyak RM133,333.00 mengikut penilaian daripada penilai Tetuan VPC Alliance (Alor Star) Sdn Bhd;

(c) Defendan memindahmilik 1/3 bahagian hak milik beliau di dalam Hartanah tersebut kepada plaintif dengan harga balasan RM133,333.00, iaitu 1/3 daripada harga pasaran Hartanah tersebut sebanyak RM400,000.00;

(d) satu perjanjian jual beli disediakan Tetuan Y.K. Loo & Co untuk memberi efek kepada perintah di atas;

(e) Defendan menandatangani perjanjian jual beli, borang pindahmilik serta apa-apa dokumen lain yang berkaitan penjualan 1/3 bahagian hak beliau di dalam Hartanah tersebut termasuk dan tidak terhad kepada surat kebenaran kepada HSBC Bank Malaysia Berhad untuk Plaintif memohon melepaskan gadaian dan segala dokumen tersebut diserah kepada plaintif untuk urusan pindahmilik seterusnya;

(f) Plaintif menyerahkan harga pembelian 1/3 bahagian Defendan di dalam Hartanah tersebut sebanyak RM133,333.00 kepada defendan mengikut terma perjanjian jual beli pada atau sebelum tarikh penyempurnaan jual beli;

(g) setelah menerima RM133,333.00 daripada plaintif seperti mana yang dinyatakan di perenggan (f) di atas, defendan perlu memberi milikan kosong Hartanah tersebut khususnya tingkat atas rumah kedai dua tingkat dengan alamat pos No 48, Jalan Tembaga, Seberang Jalan Putra 05150 Alor Setar, Kedah kepada plaintif dengan serta-merta;

(h) Timbalan Pendaftar/Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah diarahkan untuk menandatangani segala dokumen berkenaan pindahmilik 1/3 bahagian hak milik defendan di dalam Hartanah tersebut kepada plaintif untuk memberi kesan dan efek kepada Perintah Mahkamah di dalam tindakan ini sekiranya defendan ingkar, gagal dan/atau cuai untuk berbuat demikian;

(i) Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar diperintahkan dan dibenarkan dengan sepenuh kuasa untuk melaksanakan segala urusan berkaitan pindahmilik 1/3 bahagian hak milik defendan di dalam Hartanah tersebut kepada plaintif dan mengambil segala langkah yang perlu untuk memberi kesan dan efek kepada Perintah Mahkamah di dalam tindakan ini;

(j) Notis Penal dimasukkan ke dalam Perintah Mahkamah Yang Mulia ini;

(k) kos prosiding ini dibayar oleh defendan kepada plaintif; dan

(l) lain-lain perintah yang difikirkan adil dan suaimanfaat oleh mahkamah Yang Mulia ini.

[2] Secara ringkasnya, fakta kes ini adalah seperti yang berikut:

(a) Plaintif dan Defendan adalah pengamal undang-undang dan rakan kongsi Tetuan Law Chambers of Y.K. Loo & Cheng sebelum firma guaman tersebut dibubarkan pada tahun 2013;

(b) Plaintif dan Defendan merupakan pemilik bersama hartanah yang dikenali sebagai H.S.(M) 9207, PT143, Bandar Alor Setar, Daerah Kota Setar, Kedah berserta sebuah rumah kedai dua tingkat dengan alamat pos No 48, Jalan Tembaga, Seberang Jalan Putra 05150 Alor Setar, Kedah (selepas ini dirujuk sebagai "Hartanah tersebut") yang mana plaintif memiliki 2/3 bahagian dan defendan memiliki 1/3 bahagian;

(c) Hartanah tersebut telah dibeli oleh plaintif dan defendan pada tahun 2006 dan telah digunakan sebagai pejabat firma guaman Tetuan Law Chambers of Y.K. Loo & Cheng sehingga tahun 2013 apabila firma guaman tersebut dibubarkan;

(d) Plaintif sebelum ini telah menggunakan tingkat bawah Hartanah tersebut sebagai pejabat beliau, manakala defendan telah menggunakan ruangan di bahagian tingkat atas bangunan yang sama sebagai pejabat beliau;

(e) setelah Tetuan Law Chambers of Y.K. Loo & Cheng dibubarkan, Defendan telah


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top